Sunday 28 July 2013

Dengan Nama Allah.

“No one should ever be depressed by his or her worldly situation as long as he or she is walking on the path leading to Paradise. Attaining Paradise is the great objective of this life, and the person who gains it is victorious, regardless of what he achieved in the world.” – Imam Zaid Shakir

20 Ramadhan. Malam pertama untuk 10 malam terakhir. Sunyi. Sepi. Di hujung sana kelihatan seseorang menyelak lembaran ayat-ayat suci. Di hujung sini, ada yang qiyam, rukuk dan sujud. Di belakang, ramai yang terlentang buat sementara. Dengan niat untuk bangun berjumpa Tuhan barang sejam dua lagi. Ragam manusia, kelihatan di mana-mana.

Ramadhan sudah mahu pergi. Aku diam. Mata terkebil-kebil. Tak mampu dilelapkan. Merenung kembali. 20 hari sudah, apa yang aku dah buat. Cukupkah sekadar dengan rutin taraweh, witir, tilawah dan solat sunat? Gambaran syurga seluas langit dan bumi di dalam al-Quran. Telan air liur. Layak ke aku ke sana?

Tiba-tiba teringat sebuah hadis Qudsi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir, (kemudian) Dia berfirman, ‘Barang siapa berdoa kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan, barang siapa meminta kepada-Ku, niscaya akan Aku berikan, dan barang siapa memohon ampun kepada-Ku, niscaya akan Aku ampuni.’” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkan. Tuhan kita sendiri offer kepada kita. Dia sendiri turun ke langit dunia. Untuk memakbulkan apa yang kita minta.



Di sepertiga malam yang hening. Berdoalah. Mintalah. Andai kita punya hajat, mintalah kepada empunya segala hajat.

Nak dapat dean’s list, mohonlah. Nak cari calon suami atau isteri, mintalah. Nak masuk syurga, merayulah. Andai punya masalah, mengadulah.

Nescaya akan dikabulkan.

“Your pleas shall be answered, but wait patiently for the Lord to respond. Do not lose hope and begin to complain, “I beseeched the Lord, but He never responded’ ”. – Quotes

Sepertiga malam di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Andai kita dapat nilai betapa berharganya ia, pasti kita sanggup bersengkang mata. Andai setiap saat pada waktu itu dapat ditukar dengan timbunan emas dan perak, sungguh, sesaat itu lebih bernilai. Lebih bernilai daripada dunia dan seluruh isinya.

Jangan kita siakan.

Moga Lailatul Qadr yang kita cari berjaya ditemui. Moga syurga yang didamba menjadi milik kita.

Dan. Moga setiap saat yang berharga itu dapat kita nikmati sepenuhnya.

Ameen.

Credit to Syibli at Flickr


3.25 am
290713

Sultan Haji Ahmad Shah Mosque, IIUM

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!