Wednesday, 26 June 2013

Assalamualaikum.

Post terakhir, 13 February. Hari nie, 26 Jun. Wah. Dah 4 bulan tak berusik. 133 hari. Takde la lama sangat. Tapi dah bermacam-macam isu hangat diperkatakan oleh media konvensional dan media baru. Pilihanraya, K-Pop, Blackout, FAM, jerebu dan bermacam-macam lagi. Belum campur dengan isu dalam UIA lagi. Yang paling femes, bonggol. Dan donat. Ada beberapa isu yang aku rasa nak komen kat sini, tapi tak tertulis dan lama-lama rasa malas pulak. Tapi baru-baru nie aku ada terbaca satu berita yang pilu, dan aku rasa terpanggil nak tulis kat sini. Membuak-buak rasanya. Tentang berita kemalangan pelajar Malaysia kat Jordan. Sungguh menyayat hati.

Sape-sape yang tak tahu lagi, boleh baca kat sini à https://www.facebook.com/MPMMJ

Sadis. Tragis. Kereta jatuh dalam gaung. Ada yang tercampak keluar. And the rest is history. Tapi bukan cerita tu yang aku nak highlight kan. Ada sesuatu yang lebih menarik dan menyentuh hati aku.

Jordan, bumi Anbiya'. Penuh dgn 'ibrah

Salah seorang mangsa meninggal dunia. Nama dia Sumayyah. Pelajar tahun pertama University College London. Datang ke Jordan berjaulah mencari ‘ibrah. Baru setahun join tarbiyah. Apa yang hebatnya dia nie, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah tanpa di ajar oleh sesiapa sebelum nafas terhenti.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis,

من كان آخر كلامه: لا إله إلا الله دخل الجنة
Maksudnya: "Sesiapa yang mengucap ucapan terakhirnya sebelum mati kalimah (
لا إله إلا الله ) dia masuk syurga. "(Hadis riwayat Abu Daud daripada Mu 'adz)



Allahu rabbi. Bila terbaca tentang cerita dia, aku selalu terfikir. Macam mana dengan kita? Bagaimana pengakhiran hidup kita? Menggigil. Berpeluh. Takut. Dah cukup ke amalan kita nak di bawa ke sana?

Kematian dia juga datang secara tiba-tiba. Bukan di dahului dengan sakit yang berpanjangan. Bukan juga dengan tanda-tanda yang lain. Bermusafir untuk mencari ‘ibrah, dan siapa sangka kemalangan ngeri itu datang meragut nyawa.

Ditakhrijkan oleh AI-Baihaqi di dalam kitab Syu'ab AI-Iman daripada Abdullah bin 'Ubaid bin 'Umair, katanya: "Aku bertanya kepada Aisyah Radhiallahu'anha tentang mati secara tiba-tiba, adakah ianya tidak disukai?" Aisyah menjawab: "Mengapa pula ia tidak disukai?"Aku pemah bertanya kepada Rasulullah Shallallanu 'alaihi wasallam mengenai perkara mati secara tiba-tiba, lalu Baginda bersabda:

راحة للمؤمن وأخذة أسف للفاجر
Maksudnya: "(Mati secara tiba-tiba) satu keselesaan bagi orang yang beriman, dan satu kemurkaan kepada orang yang jahat. " (Ibnu Atsir, An-Nihayah 1/48)
Beruntungnya dia. Di dunia lagi Allah dah tunjuk. Dan compare dengan diri kita. Apa yang kita dah buat selama dah bertahun-tahun Allah bagi pinjam nyawa? Malu. Malu dengan Allah. Dia bagi pinjam nyawa dan tubuh badan. Tapi kita tak buat apa yang dia suruh.

Firman Allah Ta’ala,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz –Dzariyat: 56 )

Beribadah. Bukan berlagha. Bukan bermaksiat. Bukan berfoya-foya. Apa perasaan kita kalau kita bagi kawan pinjam barang kita, kita suruh dia jaga, tapi dia rosakkan? Marah. Bengang. Begitu juga dengan pemberi pinjam nyawa dan badan kita.

Apa usaha yang kita dah buat supaya kita juga mampu mengucapkan dua kalimah keramat itu sebelum nafas terakhir dihembuskan? Refleksi diri. Hidup ini indah. Kematian itu misteri.

Sejauh mana kebenaran dan ketulusan ikrar kita di dalam bacaan iftitah dalam solat?

إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.”

Fikir. Refleks. Muhasabah. Ambil iktibar dan pedoman daripada apa yang berlaku di sekeliling.

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dgn perkara-perkara yang tak bermanfaat. Hidup ini terlalu indah untuk dibiarkan ia berlalu dengan kosong begitu sahaja.

Jom koreksi diri. Moga Allah redha!

Save. Publish. Share. Teeeet.





Wednesday, 13 February 2013

Assalamualaikum.

Hye hye. Selamat pagi semua. Hari nie ada berita gembira dan besttttt!!....



Kepada semua student Engineering UIA Gombak, pendaftaran untuk menjadi sebahagian daripada ENGINIUS XIX dibuka. Hari nie sampai hari selasa depan. Jom daftarrrr.. Konfim banyak manfaat yang korang akan dapat. InsyaALLAH. Aku join ENGINIUS dari first year. Serius bestttt!!

Nanti bila kita nak kerja lepas grad, employer tak akan tengok CGPA semata-mata. Skill-skill kita akan dinilai jugak. Masa nie la nak asah semua skil-skil terpendam yang kita ada. Yahuuuuuu!!

JOM DAFTAR. JUMPA DI BANGUNAN E2 LEVEL 1 BERHAMPIRAN STARBUCK.



Monday, 11 February 2013


Assalamualaikum.

Yeayyy. Jumpa lagi kita disini. Aku baru je balik daripada berkursus induksi ENGINIUS XIX di Morib yang dikendalikan oleh Ibrah Paradigm Training Consultancy (IPTc). Team diorang terdiri daripada professional speaker yang sangat best giler. Ustaz Sya’ari Abdul Rahman, Br Faridzul Nasaruddin dan Br Hamidi Zamri. Alhamdulillah. Banyak input yang berguna dan bermanfaat yang aku dapat daripada program nie. Games dia pon semua best best. 

Masa awal program, pihak komiti pasang lagu “One Big Family”, lagu Maher Zain. Diorang suruh kitorang nyanyi lagu nie dan cuba ingat lirik dan lagu, sebab lagu nie lagu tema program. Aku memang tak pernah dengar lagu nie. So, my first impression tentang lagu nie, “Tak best giler lagu nie”, “Susah giler lirik dia”, “Panjang giler lagu nie”. Tapi bila 3 hari dibasuh dan dibrainwash dengan lagu nie, tiba-tiba dah terhafal separuh daripada lirik lagu nie. Pastu tiba-tiba lagu nie masuk dalam top playlist dan asyik ulang je. Haha. Betul la kata orang, “Tak kenal maka tak cinta”. Haha.

Betul la pepatah Inggeris, Don’t judge the book by its cover. First impression doesn’t mean anything. Yela, macam kes aku nie. First impression aku, lagu nie tak best giler, susah. Tapi lama-lama jadi sedap plak. Haha. Sambung frasa tadi. But, sometimes it does mean something. Especially in professional career. Ya betul. Sebagai contoh, nak interview kerja. Kadang-kadang, if their first impression tentang kita dah bad, pakai selekeh, tak terurus, memang terus kena reject la jawabnya. So, kali nia aku nak share 9 Golden Rules of Making Good First Impression.

Rules #1 – Be Smart and Mindful

Of course, penampilan luaran kita mesti smart. Jangan selekeh. Mesti kemas. Make sure penampilan kita adalah TOP. Sentiasa consider TOP bila nak pilih cara pemakaian.

Type, Ocassion, Place.

Pilih jenis pakaian bergantung kepada majlis dan tempat. Definisi smart bergantung kepada setiap individu, majlis dan tempat yang nak dituju. Kalau student Engineering nak pergi kelas, pakai jeans, t-shirt roundneck dan sandal dah dikira smart. Tapi kalau student Laws pergi kelas macam tu, dikira selekeh. Sesuaikan pakaian dengan tempat dan majlis. Kalau nak pergi bersukan di padang, takkan nak pakai baju melayu dan kain pelikat. Kalau nak pergi masjid, takkan nak pakai baju tidur. Kalau nak pergi dinner, takkan nak pakai baju sukan.


Be smart and mindful. Fikir sendiri kesesuaian penampilan kita.

Ambil kira juga style personality. Style personality setiap orang berbeza. Kenali style kita, senang kita nak decide cara penampilan.

(i)                 Natural – Orang jenis ini, pakaiannya sempoi, ringkas, tak cerewet dan apa-apa je.
(ii)               Classic – Orang jenis ini, pakainanya neutral, kemas, teratur dan warna mesti nak sepadan.
(iii)             Romantic – Orang macam nie, selalu pakai baju yang colourful, fesyen, feminine/metro.
(iv)              Dramatic – Orang dramatic, suka pakai baju warna berani, unik dan luar biasa.





Kenalilah yang mana satu korang punya style personality.

Rules #2 – The Art of Handshake

Ada tiga jenis cara bersalam.

(i)                 Menggenggam dengan kuat
(ii)               Bersalam di hujung jari
(iii)             Bersalam dengan kemas dan power.
Cara ini adalah yang selalu diamalkan oleh politician dan leader. Dan cara ini adalah sunnah Rasulullah SAW.


Cara salam yang kemas.

Salam hujung jari. Tak digalakkan.


Cara pertama dan kedua adalah tidak digalakkan.

Rules #3 – When Entering

(i)                 Do not hesitate.
Jangan sesekali ragu-ragu nak masuk jika dipanggil. Especially bila dipanggil untuk masuk ke dalam bilik temuduga.

(ii)               With firmness and confidence
Masuk dengan penuh konfiden. Yakin. Anda boleh!


Rules #4 – Smile

Senyum. Yeah. Sentiasa senyum. Senyum adalah sedekah. Senyum adalah pemberian yang sangat senang untuk kita terima balasannya. Kita senyum, orang akan senyum balik.

Dalam sebuah kisah. seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."
(HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyum macam baby


Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, "Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah."
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

(i)                 Smile like a baby. Chumelll.
(ii)               Smile with sincerity. Ikhlas. Jangan senyum tapi tak ikhlas. Orang boleh tahu.
(iii)             Smile “TIGA”. Cuba sebut tiga. Secara automatic mulut korang akan senyum.

Rules #5 – While waiting

(i)                 Stand up
(ii)               No to “Please have a seat, sir”.
Berdiri selagi orang yang kita nak jumpa belum datang. Bila dia datang dan suruh kita duduk, baru duduk.
(iii)             Put down your bag/books
(iv)              Do not do unnecessary things.
Contoh, korek hidung. Tengah syok korek hidung, tiba-tiba orang yang kita tunggu tu datang. Tak sempat nak kaver. Kan dah malu.

Rules #6 – When Approaching

Bila nak menghampiri seseorang, pastikan ada jarak yang sesuai. Jarak antara seseorang berebaza berdasarkan keadaan. Kalau kita rapat dengan seseorang, takpe rapat-rapat. Tapi dengan orang yang baru kita kenal, tentu dia tak selesa kalau kita rapat-rapat sangat.

Personal Space for Social Interactions

(i)                 Public – 12’
(ii)               Social – 4’ to 12’
(iii)             Casual – 1.5’ to 4’
(iv)              Intimate – 0’ to 1.5’


Rules #7 – When Sitting

(i)                 Don’t get reprimanded
Rileks. Cool. Jangan duduk macam orang kena soal dalam penjara.
(ii)               45 degree away
(iii)             Mirroring
(iv)              Stay calm and cool

Rules #8 – Business Card

Nak bagi business card, ada etiquette. Bukan main bagi macam tu je. Kat Malaysia mungkin biasa je. Tapi kat Barat, benda nie sensitive isu. Diorang sangat pentingkan etiquette.

Presenting your business card

Always present your business card in your right hand, or in both hands. Never (and I do mean NEVER) pass out your business cards as though you were dealing a poker hand. If you travel for business, you’ll save yourself embarrassment by following this rule. In some countries, presenting your business card in your left hand is a serious insult. Look the individual in the eye and smile when presenting the card. Not only is it good etiquette, it shows them you’re engaged with them.


Receiving a business card

When being given a business card, accept the card in the same way it was presented—either in your right hand or both hands. Take a few moments to study the business card, commenting on it and clarifying information before putting it away.

Don’t ever slide a business card into your back pocket and sit on it. Always keep your business cards in a separate case. When you are back in your office, add the information from the card into your database as soon as possible. You never want to be in a position where you have to ask that person for another card. That’s a big etiquette faux pas.

Business cards are an internationally recognized means of presenting personal contact information—so be sure you have a good supply on hand.



If you travel abroad for business, do a little research on business etiquette for your destination before you go. The etiquette “rules” in the UK, for example, are far more relaxed than in Japan. Understanding business etiquette allows you to feel comfortable and will help build trust when building business relationships.

Yeah. Nampak tak permainan dia. Benda nie benda serious especially orang-orang yang terlibat dengan business. Business talk etc.

Rules #9 – Exit

(i)                 Do not look back
(ii)               Walk out with firmness and confidence.
Jangan teragak-agak nak keluar. Blah je. Haha.

Tu diaaa.. 9 Golden Rules of Making Good First Impression. Semoga ianya bermanfaat untuk korang semua.

Sekian dulu untuk post kali nie. Save. Publish. Share. Bye-bye.

Jumpa lagi lain kali.












Sunday, 3 February 2013


Assalamualaikum..

Puji-pujian bagi Allah, yang menghidupkan setelah mematikan kita, yang menciptakan pagi yang begitu indah untuk dinikmati dan direnungkan kebesaranNya.

Okey. Hari nie nak share sambungan Step Toward Happiness Part 1. Sape-sape yang belum baca part 1, sila klik sini.

Step toward happiness, langkah-langkah kearah kebahagiaan, ditulis oleh Dr Abdul Muhsin alQaasim di dalam kitab beliau. 4 langkah pertama yang aku dah tulis dalam part 1 adalah doa, menyembunyikan amalan, melihat kepada amalan-amalan orang-orang soleh dan meremahkan amalan dengan tujuan kita nak buat yang lebih baik.

Okey, next…



Takut amalan tak diterima

Kita, sebagai hamba yang lemah dan hina, mesti kena sentiasa rasa takut segala amalan yang kita buat tak diterima oleh tuan kita, supaya kita akan sentiasa rasa nak buat lagi dan nak buat yang lebih baik. Kenapa? Sebab kita nak masuk syurga kan.



Tidak terkesan dengan kata-kata orang lain

Pedulikan segala kata-kata orang lain yang tak suka kita buat amalan banyak-banyak. Diorang nie la syaitan yang bertopengkan manusia. Lagi bahaya daripada syaitan ori. “Mamat nie poyo la”, “Takde life la kau nie”, “Boring la hidup kau, jom la pegi lepak-lepak kat disko”, “Dia nie buat ibadah banyak-banyak, nak riak je”, dan bermacam-macam lagi kata-kata yang keluar dari mulut orang lain, kita pekakkan saja telinga. Buat apa nak kisah pasal apa orang nak cakap. Kita memang tak mampu nak shut up kan diorang. Lama-lama dah penat bercakap, nanti berhenti la semua kata-kata tu. Standard la manusia.

Kepada mereka yang suka berkata-kata tu, ingatlah bahawa lidah memainkan peranan penting dalam menentukan langkah kita samada ke syurga atau neraka.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.”
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Lihatlah, betapa lidah mampu menentukan nasib kamu di sana.



Mempercayai bahawa manusia tidak memiliki syurga mahupun neraka

Ya, memang manusia tidak memiliki keduanya. Ianya milik Allah. Dia yang berhak menentukan kita dapat masuk syurga atau neraka. Jadi, sentiasalah melakukan segala yang Allah dan RasulNya suruh, dan tinggalkan semua yang dilarang, supaya Allah memilih kita untuk masuk ke dalam syurgaNya, dan bukan ke neraka Jahannam. Nauzubillahi min zalik.

Ingat bahawa kita sorang-sorang dalam kubur

Bila kita dah meninggalkan dunia yang fana’ ini, alam seterusnya adalah alam barzakh. Dan kita akan duduk sorang-sorang je dalam kubur. Tak de sape dah yang boleh bantu kita. Bila malaikat datang tanya soalan, jawab la sendiri. Bagi mereka yang dah prepare awal, insyaAllah segalanya mudah. Tapi bagi mereka yang tak prepare apa-apa, berpeluh la di dalam sana.

Sama seperti peperiksaan. Final exam. Kita dapat soalan exam, jawab sendiri. No bincang-bincang. No diskas. No tengok-tengok orang sebelah. Kalau kita dah prepare, boleh la jawab. Kalau tak prepare, failed la jawabnya. Failed dalam exam kat dunia, boleh repeat dan lulus dengan cemerlang. Tapi kalau failed di alam sana, menyesal tak sudah la jawabnya. No more repeat.

Bila sudah meninggal dunia, orang putih cakap, RIP. Rest in peace. Betul ke kita rest in peace. Segalanya berantung kepada amalan kita selama kita diberi peluang di dunia. Hanya tiga perkara saja yang dapat membantu kita di sana, itu pun kalau kita dah persiapkan segalanya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : “Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)

Renung-renungkan lah. Ingat, hidup kita di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah semata-mata. Gunakan waktu sebaiknya, sebelum segalanya terlambat untuk disesali.

Step toward happiness, barat version. Tetap boleh diaplikasikan dalam hidup.


Semoga kita menemui kebahagiaan hidup yang dicari-cari.

Ameen ya Rabb.

Ketemu lagi di lain hari. Finish. Save. Publish.





Wednesday, 30 January 2013


Assalamualaikum.

Berjumpa lagi. Nasib baik tak kena tunggu satu dua tiga empat lima enam bulan nak jumpa. Sekarang tengah rajin update blogpost. Haha. Kalau tak, tahun depan la plak kita jumpa kat sini. Haha.

Okey. Straight to the point. Sebenarnya aku tak ada niat pon nak buat post Petua Menghadapi Masalah Part II nie. Tapi tiba-tiba pagi tadi terfikir, ada dua petua lagi yang aku terlupa nak masukkan dalam post sebelum nie, dan petua nie sangat penting untuk diketahui. So, terpaksa la buat Part II. Nak tahu taka pa lagi dua petua yang sangat penting tu? Jeng jeng jeng….

Yang belum baca Part I, sila ke sini.

Solat

Allah SWT berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah ayat 153)



Allah dah berfirman dalam kitabNya yang agung, mohon lah pertolongan kepada Allah dengan solat. Buat lah solat sunat 2 rakaat apabila menghadapi masalah dan musibah. Pohonlah bantuan Allah. Sentiasa ingat. Walaupun kita keseorangan tiada siapa-siapa di dunia sekalipun, kita tetap ada Allah selama-lamanya.

Kalau kita tengok kepada contoh terbaik ikutan sepanjang zaman, Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat suka solat. Dan apabila dia mempunyai kesulitan, dia akan solat dan bersujud kepada Tuhan Yang Maha Agung.





Berkata para Sahabat RA: “Adalah Rasulullah SAW setiap kali menghadapi masalah rumit, baginda mengerjakan solat.”
(Riwayat Abu Dawud)

Siapa lagi yang patut kita contohi selain daripada role model terbaik sepanjang zaman?

Ucap “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un”

Firman Allah SWT, “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
(Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Setiap kali kita ditimpa masalah atau musibah, ucaplah “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un” yang bermaksud “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Itulah yang diajarkan di dalam al-Quran.




Kalau kita lihat, orang kita hanya akan sebut ayat nie bila mendengar berita kematian. Ya, memang betul, tapi janganlah sempitkan ayat nie hanya kepada berita kematian saja, sebaliknya luaskanlah penggunaannya mengikut apa yang telah diajar di dalam al-Quran. Insya ALLAH segala kesulitan kita akan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.



Setakat tu je dulu kot.

Sekian dulu dari meja pengarang. Heh.

Jumpa lagi bila-bila aku rajin menaip.

Rujukan Sirah Rasulullah:
Buku Riwayat Hidup Rasulullah SAW, karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terjemahan oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Mudhar.


Friday, 25 January 2013


Assalamualaikum.

Sudah lama kita tak bersua di sini. Blog nie pon dah berhabuk. Alhamdulillah, berakhir sudah Konvensyen Fiqh Wanita & Islam di MAEPS, Serdang. Terlampau banyak perkara yang dapat aku pelajari, sebuah pengalaman yang sukar dibeli dan ditukar ganti. Betapa sebuah pengalaman itu sungguh mahal harganya. Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar.




Malam nie tiba-tiba aku teringat suatu frasa yang sangat popular + hot meletup. Kalau korang tak pernah dengar, memang korang duduk dalam gua kot. Haha. Frasa berbunyi, “Semua orang ada masalah, binatang pon ada masalah, kucing ada masalah, anjing ada masalah, ikan ada masalah”. Dan bermacam-macam lagi binatang yang bermasalah. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran binatang bermasalah, tapi manusia memang sentiasa ada masalah. Kehidupan ini tak akan mencabar jika tiada masalah. Dan aku percaya tak ada sorang pon yang tak pernah ada masalah. Cuma the matter is, how we deal with our problem. Ada sesetengah orang akan buat muka kerut, muka stress bila ada masalah. Ada yang akan luah kat kawan dia satu malam. Ada yang menangis. Ada yang tidur sepanjang hari. (Aku pernah termasuk dalam golongan nie. Haha.) Ada yang keluar rumah mencari ketenangan. TETAPI. Yang mana satukah cara yang terbaik untuk mengahdapi masalah?



Haaaaaaaaaaa.. Benda nie la yang aku nak kongsikan hari nie. Aku tak cakap ini yang terbaik, sebab ia bergantung kepada seseorang individu. Tapi bagi aku, setelah aku cuba bermacam-macam cara untuk deal dengan masalah, aku rasa inilah yang terbaik untuk aku.

Senyum dan tenang

Memang fitrah manusia, bila kita ada masalah, kita akan rasa stress, tension, muka pon akan berubah mengikut tahap stress kita. Ada yang berkerut separuh, ada yang berkerut-kerut, ada yang sampai berkedut. Hahaha. Tetapi, perkara yang paling terbaik bila kita menghadapi masalah, sentiasa senyum dan tenang. Jangan tunjukkan pada orang lain yang kita ini mempunyai masalah yang besar. Benda ini aku dapat inspirasi daripada seorang kakak yang aku kenal dalam sebuah program. Sewaktu kitorang berehlah beramai-ramai di sebuah taman, Taman Layang-Layang (kalau korang kenal la), tiba-tiba kunci kereta dia hilang. Hilang beb. This is serious bro. Kunci kereta hilang, macam mana nak start enjin kereta, macam mana nak balik? Tapi dia hanya tersenyum sambil ke hulu ke hilir. Bila ditanya kenapa, dia jawab kunci kereta hilang. Semua orang jadi kelam kabut. Terus ramai-ramai tolong dia cari. Tapi dia masih lagi boleh tersenyum. Dan ditakdirkan Allah, kunci kereta dia dijumpai oleh seorang pakcik di dalam tong sampah. Aku terdetik di dalam hati. Selama nie, bila aku ada masalah, aku selalu stress dan muka akan menunjukkan aku ada masalah yang besar. Kenapa dia boleh sebegitu tenang, sedangkan dia seorang perempuan, dan aku seorang lelaki?



Dan apabila dibelek kembali sirah Rasulullah, itulah contoh teladan yang Rasulullah tunjukkan kepada kita. Bagaimana ketika seluruh keluarga baginda diboikot oleh penduduk Mekah selama tiga tahun, dan Rasulullah tetap tenang dan bersabar. Bagaimana ketika Rasulullah cuba berdakwah di Ta’if, dia disambut dengan lemparan batu dan kata-kata kejian. Rasulullah masaih boleh tenang dan senyum . Ketika ditanya oleh malaikat penjaga gunung, “Mahukah kamu jika aku terbalikkan gunung ini menimpa seluruh kaum di Ta’if?”, Baginda hanya berkata, “Yang aku inginkan adalah Allah bangkitkan satu generasai yang akan menyembah Allah dan tidak mempersukutukanNya”. Begitu hebat akhlak Rasulullah dalam menghadapi masalah baginda.

Benda inilah yang aku sentiasa cuba nak amalkan. Bila ada masalah, senyum, tenang dan bersikap positif. Otak kita akan lebih mudah untuk mencari penyelesaian.

Istighfar

Mungkin masalah yang menimpa kita tu adalah disebabkan kita ada melakukan dosa kepada Tuhan Pencipta kita. Sentiasalah beristighfar bila kita ada masalah. Jangan sesekali menyalahkan Allah di atas apa yang telah berlaku. Sungguh, Allah sentiasa ingin menguji hambaNya, adakah hambaNya itu sering berbaik sangka kepada Allah, ataupun sentiasa ingin bersangka buruk kepada Penciptanya.

Bacalah istighfar yang biasa kita lakukan selepas solat paling kurang, ataupon bacalah Sayyidul Istighfar, penghulu segala istighfar, mudah-mudahan Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Berdoa supaya dipermudahkan urusan

Sesudah beristighfar, berdoalah kepada Allah. Mohon supaya dipermudahkan segala urusan. Mohon supaya masalah ini berjaya diselesaikan. Mohon supaya Allah bantu kita di saat kita kesusahan. Merayu dan merintihlah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sangat suka pada hambaNya yang suka memohon kepadaNya.

Tarik nafas, fikir jalan penyelesaian

Tarik nafas perlahan-lahan, hembus. Tarik lagi, hembus. Tarik lagi, hembus. Fikirkan jalan terbaik. Aku pelajar engineering. Dalam semua subjek engineering, kitorang dilatih untuk menghadapi masalah dan memikirkan solution terbaik. Dalam final exam, semua soalan adalah berbentuk masalah, dan kitorang dikerah untuk memikirkan solution terbaik dalam tempoh beberapa jam. Kalau ada pape yang tak faham, tanya lecturer, lecturer akan jawab, “You are the engineer, you have to decide by your own”.





Begitulah juga dengan kehidupan. Kita adalah jurutera kehidupan kita sendiri. Rakan-rakan dan keluarga mungkin boleh memberi panduan, tetapi kita lah yang akan menentukan sendiri arah hidup kita. Dan bila kita ada masalah, kita sendirilah yang harus memikirkan solution terbaik untuk menyelesaikan masalah kita. Jika kurang yakin dengan sesuatu decision, istikharah lah. Pohon petunjuk daripada Tuhan Yang Mencipta kita. Percayalah, jika anda sudah tenang dan tersenyum dari awal berlakunya masalah, anda pasti akan mudah untuk memikirkan penyelesaiannya.



Sekadar empat cara itu saja yang aku mampu kongsikan. Semua ini bukan aku belajar dari mana-mana pakar motivasi. Aku hanya belajar dari pengalaman hidup. Aku pernah menjadi seorang yang tidur sepanjang hari bila ada masalah, aku pernah menjadi seorang yang sentiasa membuat muka berkerut-kerut, seolah-olah masalah kita lah yang paling besar kat dunia nie, dan aku pernah menjadi orang yang mengikut empat langkah di atas. And I found that this is the best way to deal with problems in life. Benarlah kata Julius Ceaser, “Experience is the teacher of all things”. Pengalaman adalah guru kepada semua perkara dalam hidup.

Sekian dulu dari meja menaip.

Jumpa lagi.

Rujukan Sirah Rasulullah:
Buku Riwayat Hidup Rasulullah SAW, karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terjemahan oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Mudhar.




Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!