Friday, 29 July 2011

Kecewa. Anda pon sama. Mungkin. Harimau berputih mata. Impian berkecai.Cuba lagi 2018. Selamat tinggal Malaysia. End of the dream. Sorry, Malaysia. Tajuk-tajuk muka belakang akhbar-akhbar utama negara. Utusan Malaysia. Berita Harian. Harian Metro. Kosmo!. News Strait Times. The Star. Sorakan 90,000 penyokong Malaysia gagal melemahkan semangat lawan. Stadium Nasional Bukit Jalil penuh. Full house. Sejarah tercipta. Tapi sejarah yang lagi satu gagal dicipta.



Malaysia bukan tidak hebat. Tapi tersilap percaturan. Memasukkan Ismail Faruqi yang baru mengutip 1 kap antarabangsa serta menunjukkan aksi mengecewakan pada perlawanan pertama adalah satu kesilapan. Mungkin. Juga membiarkan Baddrol Bakhtiar di bangku simpanan. Ketiadaan perancang utama, Safiq Rahim dan penyerang Norshahrul Idlan Talaha memang jelas dirasai. Ditambah lagi dengan tonggak pertahanan Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan selepas 22 minit beraksi. Memburukkan keadaan. Namun apakan daya. Bukan masanya lagi untuk kita mara sejauh itu. Cuba lagi 2018.

Full house bhai.
Beberapa jam lepas game tamat, dah ada page kat facebook. 100,000 People Request K. Rajagobal Resignation. C'mon la bro. Baru kalah sekali, dah nak request pelik-pelik. Dulu masa menang bukan main lagi sanjung. Sebelum tu, masa Malaysia belum menang apa-apa, sorang habuk pun player Malaysia dia tak kenal. Tak payah la nak jadi macam Roman Abramovich. Jose Mourinho pon dia nak fired. Rilek dulu. Rajagobal cakap, dia target Piala Asia 2015. Kalau tak dapat jugak, barulah kita buat apa yang patut kat dia. Lagipun, skuad sekarang nie skuad muda. Paling senior pon, 26 tahun. Safee Sali. Daripada First Eleven tu, 5 orang boleh main Olimpik lagi. C'mon la. Ubah mentaliti. Jangan nak harapkan kejayaan dalam masa singkat. Tak payah la nak berangan Malaysia main Piala Dunia 2014. Kasi masuk Piala Asia 2015 dulu la.

Barisan Harimau Malaya


So, sekarang, skuad Olimpik ada lagi. Perjuangan belum selesai. Sokong zaman berzaman. Harimau Malaya!!




Apa pun, aku menanti janji Datuk K Rajagobal. Piala Asia 2015 Australia!!!

Thursday, 21 July 2011

Ada keluarga anda, ibu bapa atau saudara mara anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur tetapi tiada tempat penginapan? De' KL Homestay boleh menyelesaikan masalah anda. Hanya dengan RM 250 nett satu malam, anda dapat bermalam dengan cukup selesa. Jangan lepaskan peluang ini.

-Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
-3 km dari KLCC
-Berhampiran dengan AKLEH dan Stesen LRT Jelatek

-Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik mandi
-Parkir kereta berbumbung
-24 jam kawalan keselamatan
-Mempunyai kemudahan kolam renang, gymnasium dan taman permainan kanak-kanak
-Mempunyai kemudahan memasak
 (Microwave, fridge, kettle etc)









-Sesuai untuk pelajar universiti dan kolej untuk mengadakan reunion, camp, tamrin atau aktiviti-aktiviti lain.
-Sesuai untuk pelancong yang ingin menginap tak kira dalam mjangka masa yang pendek atau panjang.

Try us. Anda pasti tidak akan menyesal.
Berminat??
Hubungi saya di talian 013-9591123 atau 
email di tadz_jr@yahoo.com atau 
PM di Inbox Facebook saya!!


Kembalinya ke pangkuan Ilahi dua figura, seorang yg aku kenali secara umum, dan seorang lagi yang aku sayangi sepenuh hati membuatkan diri ini terfikir. Adakah sudah lengkap segala persiapan dan bekalan jikalau ditakdirkan aku mengikut jejak langkah mereka? Sungguh. Kematian itu tak mengenal usia. Tak mengenal sesiapa. Tak mengenal adakah kau kaya, popular, berkuasa. Juga tak mengenal adakah kaum miskin, dipandang hina, lemah tak berdaya. Islamkah kamu, kafirkah kamu, kematian tetap akan menjengah bila tiba masanya. Maka persiapkanlah bekalan kita. Bertaubatlah daripada segala dosa dan noda. Sebelum kita tak mampu berbuat apa-apa lagi. Sebelum matahari terbit dari ufuk barat. Sebelum pintu taubat yang terbuka luas itu dikunci rapat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Sesungguhnya, Dia berfirman di dalam Surah At-Tahrim ayat 8.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


Kisah Seorang Islam Yang Murtad

Diceritakan di dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RA, Ada seorang sahabat Nabi dari kalangan Ansar, dia masuk Islam kemudian dia murtad. Lepas dia murtad, dia rasa menyesal. Daripada bukan Islam, masuk Islam. Bila dah masuk Islam, murtad. Bila murtad, rasa menyesal tapi  takut nak jumpa Nabi. Maka dia suruh saudaranya pergi jumpa Nabi bagi pihak dia, tolong tanya Nabi bolehkah dia nak bertaubat. Maka saudaranya pergi jumpa Nabi dan bertanya, ada seorang saudara kami, dia nie Islam, lepas tu dia murtad. Bila dah murtad, dia menyesal. Dia minta tolong kami tanya, ada peluang tak dia nak bertaubat?

Nabi tak sempat nak jawab apa-apa. Allah turunkan ayat 86-89 Surah Ali ‘Imran.

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.

Tuhan marah. Kalau orang kafir masuk Islam, tak apa. Ini dah Islam, dah kenal Allah, dah kenal Islam, lepas tu buang Islam, pergi pilih kafir. Allah seolah-olah pelik. Dah dapat yang elok, pergi pilih yang tak elok. Dia dah jadi Islam, dah beriman dengan Allah, dah naik saksi bahawa Nabi tu betul. Dah datang kepada keterangan-keterangan mengenai Islam. Tuhan kata Dia tak boleh bagi hidayah kepada orang yang buat zalim kepada diri sendiri.

Sambung ayat tu, Allah berfirman.

Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).

Ayat tu kita baca, kita dah tahu, Tuhan marah. Tuhan marah sangat kepada orang yang Tuhan pilih dia Islam, bagi dia faham Islam, tiba-tiba dia buat Islam nie macam benda tak ada harga. Tuhan kata bagi orang yang macam nie, sudah dapat Islam lepas tu buang, bagi mereka laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya. Kekal mereka di dalam laknat, dan tidak diringankan azab ke atas mereka jikalau mereka tidak bertaubat.

Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian.

Allah mempunyai sifat pengampun. Mula-mula marah sangat, marah, marah, marah, last sekali dia bagi keampunan kepada orang yang bertaubat.

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bila turun ayat nie, Nabi rasa lega. Maka diutuskan orang kepada dia, bacakan ayat nie kepada dia. Masuk Islam balik orang yang murtad tu.

Hadis Sahih Riwayat An-Nasaie.


Kisah Umar Al-Khattab Masuk Islam

Allah SWT, kalau dia kata nak bagi hidayah, tak ada sape yang boleh halang. Masyarakat Quraisy tak pernah sangka Umar masuk Islam. Depa duduk tumpang kuat dengan dia. Duduk tumpang berani dengan dia. Tiba-tiba Allah SWT mahu Umar masuk Islam. Dengan satu insiden yang tak dirancang. Umar menapak ke rumah adik dia pun bukan ada rancang apa pun. Bila sampai-sampai, Allah yang rancang, adik dia tengah baca Al-Quran. Dia tanya, hang baça apa? Bagi aku nak tengok. Adik dia kata, tak boleh. Bila adik dia kata tak boleh, dia tampar adik dia, dia rampas lembaran Al-Quran Dan dia baça.

Taa’ Haa.
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Umar baça tu, bergoncang dada dia. Dia tanya adik dia, Muhammad ada di mana? Adik dia kata, abang, nak buat apa pun, buat kat sini je. Jangan pergi kat Nabi Muhammad. Dia kata, habaq kat aku Muhammad ada kat mana? Dia pun pergi ke rumah Al-Arqam Bin Abi Arqam.

Bila sampai kat sana, sebelah kanan Nabi ada Saidina Hamzah. Jadi orang kanan Nabi. Bila nampak saja Umar masuk, Hamzah bangun. Berdiri di depan Nabi. Tangan pegang pedang. Dia kata kalau Umar datang nak buat jahat, aku akan bersemuka dengan dia. Nabi kata, Ya Ammi, duduk. Umar datang. Allah hantar dia. Saidina Hamzah pergi ketepi pun, tangan tak lepas pedang. Pasai pa, dia kenal Umar nie. Umar masuk je menghadap Nabi, sampai depan Nabi, dia sua tangan kepada Nabi dan dia kata, Ya Muhammad, Islamkan aku. Satu benda yang sape pun tak pernah fikir. Allah SWT nak macam tu, macam tu lah jadinya.



Kisah Keislaman Wahsyi

Wahsyi nie orang yang bunuh Saidina Hamzah. Dia bunuh tu, bukan saja bapa saudara Nabi, tapi dia dah bunuh orang yang menjadi kekuatan Nabi. Lepas dia bunuh Hamzah, dia duduk Mekah. Nabi duduk di Madinah. Wahsyi pulak yang Allah pilih untuk bagi hidayah kepada dia. Apabila Wahsyi dapat hidayah Allah, teringin nak masuk Islam, dia tulis surat kepada Nabi di Madinah. Dia kata, Wahai Muhammad, aku teringin nak masuk Islam, tapi aku terhalang dengan ayat nie. Dia tulis ayat 68 Surah Al-Furqan.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

Macam mana aku nak masuk Islam, sedangkan aku buat semua benda nie. Aku syirik, aku sembah berhala. Bunuh orang, bukan kata bunuh orang, bapa saudara Nabi pun aku bunuh. Berzina, tu amalan hidup aku.

Bila Nabi terima surat tu, Allah turunkan ayat 70 Surah Al-Furqan.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nabi balas surat Wahsyi dengan ayat nie. Bila dia terima surat Nabi, dia jawab balik. Dia kata, Wahai Muhammad, ayat tu pun masih ada syarat. Syarat dia, beriman da buat amal saleh. Aku kalau masuk Islam, aku belum tahu aku sempat tak buat amal saleh. Macam mana kalau aku masuk Islam, aku mati. Tak sempat buat amalan saleh.

Nabi terima surat dia, Nabi jawab balik. Surah An-Nisa ayat 116

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Wahsyi jawab balik. Dia kata, ada lagi tu. Kalau syirik, tak ampun dosa. Aku nie pernah sembah berhala. Macam mana?

Allah turunkan ayat 53 Surah Az-Zumar.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan Nabi hantar kat Wahsyi. Bila Wahsyi dapat surat Nabi bagitahu maçam nie, dia pergi ke Madinah. Sampai depan Nabi, dia kata “Aslimni Ya Rasulallah.” Masuk Islam Wahsyi. Lihatlah. Macam mana Allah mengatur benda nie. Seorang yang dahulunya penentang kuat Islam, Tiba-tiba dia masuk Islam dan menjadi pendukung kuat Islam. Sampai dia mati, nama dia dikenang sebagai pendukung Islam. Benda maçam nie pun berlaku zaman sekarang. Ahli Parlimen Belanda misalnya. Dan ramai lagi.

Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah, separuh hari sebelum dia mati, Allah terima taubat dia.”

Seumur hidup buat jahat, nak mati lagi sekerat hari, tiba-tiba dia bertaubat. Allah tahu dia bertaubat sungguh-sungguh, Allah terima taubat dia.

Satu sahabat lain kata, Nabi ada kata lebih daripada tu. “Barangsiapa yang bertaubat sejam sebelum dia mati, Allah terima taubat dia.”

Dan lagi satu Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang bertaubat sebelum nyawa sampai di ‘ghargharah’, Allah terima taubat dia.”

Nak mati lagi 5 minit, dia bertaubat. Allah tahu dia bertaubat sungguh-sungguh, Allah terima taubat dia.

Menjelang Ramadhan nie, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita. Kerapkan beristighfar. Kerapkan bertaubat kepada Allah atas segala dosa noda kita. Semoga Allah terima taubat kita.

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan.”



p/s Petikan kuliah agama Ustaz Dato’ Shamsuri Haji Ahmad..

Saturday, 9 July 2011

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID

Walaupun tua, tetap bersemangat

Aku hairan. Yang di Pertuan Agong dah bagi kebenaran buat perhimpunan BERSIH kat stadium. Pemimpin-pemimpin BERSIH dan pakatan Rakyat pon dah setuju buat kat stadium. Alih-alih tak dapat permit nak buat kat Stadium Merdeka. Ape jadahnya kerajaan? Polis pon satu hal lagi. Memang hampeh. Hampeh sehampeh hampehnya. Roadblock di mana-mana. Setiap susur nak masuk highway ada roadblock. Kot. 

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Depa kata BERSIH nie perhimpunan haram. Boleh menggugat keselamatan negara. Yang polis pi tembak gas pemedih mata tu tak menggugat keselamatan rakyat ke? Biarlah rakyat berhimpun dengan aman. Ape masalahnya. Haish.




Malaysia nie macam nak perang dah hari nie. Aku duduk dalam kem tentera. Bangun pagi nak pergi solat Subuh kat masjid, ayah aku pesan bawak wallet. Biase aku tak bawak. Takut-takut pengawal post guard nak cek. Semalam diorang buat announcement suruh semua anggota pergi ke pejabat. tengah-tengah malam tu. bawah perintah Ordinan Darurat. Apekah? Bila aku pergi masjid solat Subuh, lalu kat post guard, tengok anggota keselamatan tentera tengah bawak turun guni-guni yang biasanya jadi benteng peluru time perang tu. Lepas solat Subuh, nak balik rumah, tengok dah ada mesingan kat tempat tu. Gaya macam ada orang nak serang pangkalan tentera je. Apesal diorang gelabah semacam nie? BERSIH je pon. akut ape jadahnye.

Ayah aku cakap diorang nie takut sangat. Lepas tengok revolusi di Timur Tengah yang berjaya menjatuhkan beberapa buah kerajaan. Time BERSIH 2007 yang lepas, tak de la seteruk macam nie diorang punya provokasi. Haish.

Apepon, semoga berjaya kepada peserta-peserta BERSIH termasuk kakak aku. Aku pun nak pergi sebenarnya. tapi tak ada geng. Tak kan nak pergi sorang-sorang tak kenal sape-sape. Tak best pulak. Kakak aku pun pergi dengan geng GAMIS dia. Last-last duduk rumah je la. Tunggu versi 3.0 pulak. Harapnya dah tak ada versi seterusnya sebab pilihanraya dah adil. Semoga...


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!