Wednesday 26 June 2013

Assalamualaikum.

Post terakhir, 13 February. Hari nie, 26 Jun. Wah. Dah 4 bulan tak berusik. 133 hari. Takde la lama sangat. Tapi dah bermacam-macam isu hangat diperkatakan oleh media konvensional dan media baru. Pilihanraya, K-Pop, Blackout, FAM, jerebu dan bermacam-macam lagi. Belum campur dengan isu dalam UIA lagi. Yang paling femes, bonggol. Dan donat. Ada beberapa isu yang aku rasa nak komen kat sini, tapi tak tertulis dan lama-lama rasa malas pulak. Tapi baru-baru nie aku ada terbaca satu berita yang pilu, dan aku rasa terpanggil nak tulis kat sini. Membuak-buak rasanya. Tentang berita kemalangan pelajar Malaysia kat Jordan. Sungguh menyayat hati.

Sape-sape yang tak tahu lagi, boleh baca kat sini à https://www.facebook.com/MPMMJ

Sadis. Tragis. Kereta jatuh dalam gaung. Ada yang tercampak keluar. And the rest is history. Tapi bukan cerita tu yang aku nak highlight kan. Ada sesuatu yang lebih menarik dan menyentuh hati aku.

Jordan, bumi Anbiya'. Penuh dgn 'ibrah

Salah seorang mangsa meninggal dunia. Nama dia Sumayyah. Pelajar tahun pertama University College London. Datang ke Jordan berjaulah mencari ‘ibrah. Baru setahun join tarbiyah. Apa yang hebatnya dia nie, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah tanpa di ajar oleh sesiapa sebelum nafas terhenti.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis,

من كان آخر كلامه: لا إله إلا الله دخل الجنة
Maksudnya: "Sesiapa yang mengucap ucapan terakhirnya sebelum mati kalimah (
لا إله إلا الله ) dia masuk syurga. "(Hadis riwayat Abu Daud daripada Mu 'adz)



Allahu rabbi. Bila terbaca tentang cerita dia, aku selalu terfikir. Macam mana dengan kita? Bagaimana pengakhiran hidup kita? Menggigil. Berpeluh. Takut. Dah cukup ke amalan kita nak di bawa ke sana?

Kematian dia juga datang secara tiba-tiba. Bukan di dahului dengan sakit yang berpanjangan. Bukan juga dengan tanda-tanda yang lain. Bermusafir untuk mencari ‘ibrah, dan siapa sangka kemalangan ngeri itu datang meragut nyawa.

Ditakhrijkan oleh AI-Baihaqi di dalam kitab Syu'ab AI-Iman daripada Abdullah bin 'Ubaid bin 'Umair, katanya: "Aku bertanya kepada Aisyah Radhiallahu'anha tentang mati secara tiba-tiba, adakah ianya tidak disukai?" Aisyah menjawab: "Mengapa pula ia tidak disukai?"Aku pemah bertanya kepada Rasulullah Shallallanu 'alaihi wasallam mengenai perkara mati secara tiba-tiba, lalu Baginda bersabda:

راحة للمؤمن وأخذة أسف للفاجر
Maksudnya: "(Mati secara tiba-tiba) satu keselesaan bagi orang yang beriman, dan satu kemurkaan kepada orang yang jahat. " (Ibnu Atsir, An-Nihayah 1/48)
Beruntungnya dia. Di dunia lagi Allah dah tunjuk. Dan compare dengan diri kita. Apa yang kita dah buat selama dah bertahun-tahun Allah bagi pinjam nyawa? Malu. Malu dengan Allah. Dia bagi pinjam nyawa dan tubuh badan. Tapi kita tak buat apa yang dia suruh.

Firman Allah Ta’ala,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz –Dzariyat: 56 )

Beribadah. Bukan berlagha. Bukan bermaksiat. Bukan berfoya-foya. Apa perasaan kita kalau kita bagi kawan pinjam barang kita, kita suruh dia jaga, tapi dia rosakkan? Marah. Bengang. Begitu juga dengan pemberi pinjam nyawa dan badan kita.

Apa usaha yang kita dah buat supaya kita juga mampu mengucapkan dua kalimah keramat itu sebelum nafas terakhir dihembuskan? Refleksi diri. Hidup ini indah. Kematian itu misteri.

Sejauh mana kebenaran dan ketulusan ikrar kita di dalam bacaan iftitah dalam solat?

إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.”

Fikir. Refleks. Muhasabah. Ambil iktibar dan pedoman daripada apa yang berlaku di sekeliling.

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dgn perkara-perkara yang tak bermanfaat. Hidup ini terlalu indah untuk dibiarkan ia berlalu dengan kosong begitu sahaja.

Jom koreksi diri. Moga Allah redha!

Save. Publish. Share. Teeeet.





Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!