Sunday 28 July 2013

Dengan Nama Allah.

“No one should ever be depressed by his or her worldly situation as long as he or she is walking on the path leading to Paradise. Attaining Paradise is the great objective of this life, and the person who gains it is victorious, regardless of what he achieved in the world.” – Imam Zaid Shakir

20 Ramadhan. Malam pertama untuk 10 malam terakhir. Sunyi. Sepi. Di hujung sana kelihatan seseorang menyelak lembaran ayat-ayat suci. Di hujung sini, ada yang qiyam, rukuk dan sujud. Di belakang, ramai yang terlentang buat sementara. Dengan niat untuk bangun berjumpa Tuhan barang sejam dua lagi. Ragam manusia, kelihatan di mana-mana.

Ramadhan sudah mahu pergi. Aku diam. Mata terkebil-kebil. Tak mampu dilelapkan. Merenung kembali. 20 hari sudah, apa yang aku dah buat. Cukupkah sekadar dengan rutin taraweh, witir, tilawah dan solat sunat? Gambaran syurga seluas langit dan bumi di dalam al-Quran. Telan air liur. Layak ke aku ke sana?

Tiba-tiba teringat sebuah hadis Qudsi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir, (kemudian) Dia berfirman, ‘Barang siapa berdoa kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan, barang siapa meminta kepada-Ku, niscaya akan Aku berikan, dan barang siapa memohon ampun kepada-Ku, niscaya akan Aku ampuni.’” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkan. Tuhan kita sendiri offer kepada kita. Dia sendiri turun ke langit dunia. Untuk memakbulkan apa yang kita minta.



Di sepertiga malam yang hening. Berdoalah. Mintalah. Andai kita punya hajat, mintalah kepada empunya segala hajat.

Nak dapat dean’s list, mohonlah. Nak cari calon suami atau isteri, mintalah. Nak masuk syurga, merayulah. Andai punya masalah, mengadulah.

Nescaya akan dikabulkan.

“Your pleas shall be answered, but wait patiently for the Lord to respond. Do not lose hope and begin to complain, “I beseeched the Lord, but He never responded’ ”. – Quotes

Sepertiga malam di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Andai kita dapat nilai betapa berharganya ia, pasti kita sanggup bersengkang mata. Andai setiap saat pada waktu itu dapat ditukar dengan timbunan emas dan perak, sungguh, sesaat itu lebih bernilai. Lebih bernilai daripada dunia dan seluruh isinya.

Jangan kita siakan.

Moga Lailatul Qadr yang kita cari berjaya ditemui. Moga syurga yang didamba menjadi milik kita.

Dan. Moga setiap saat yang berharga itu dapat kita nikmati sepenuhnya.

Ameen.

Credit to Syibli at Flickr


3.25 am
290713

Sultan Haji Ahmad Shah Mosque, IIUM

Saturday 27 July 2013

Bismillah.

“For every minute you remain angry, you give up sixty seconds of peace of mind”. – Ralph Waldo Emerson



Alhamdulillah. Sudah masuk 19 Ramadhan. Bulan yang mulia ini sudah hampir mahu berangkat pulang. Tetapi usaha kita untuk dapatkan promosi hebat sudah sampai tahap mana?

Alhamdulillah sekali lagi. Malam nie mendapat rehat daripada berada di saf paling hadapan. Rehat daripada mengeluarkan suara. Dan hanya mendengar suara di barisan belakang. Dan Tuhan bagi peluang untuk merasai kemanisan berteraweh di Surau Sungai Pusu. Suasana yang begitu berbeza berbanding di tempat-tempat lain. Tetapi akhirnya, di tolak juga ke hadapan dan cuti rehat burn. Haha. Tak pe. Dalam segala sesuatu, ada hikmah tersembunyi.

Usai berteraweh, duduk bersila mendengar perkongsian rohani daripada Bro Syarief.

Firman Allah ‘Azza wa jalla:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”. (Ali ‘Imraan ayat 133-134)

Allah Taala offer kita untuk mendapat keampunan dan dapat syurga yang diceritakan seluas langit dan bumi. Dan siapa yang akan dapat syurga itu? Ada beberapa kriteria utama yang Allah cerita dalam ayat tu, dan antaranya adalah orang-orang yang menahan kemarahannya, dan memaafkan kesalahan orang lain.


Bayangkan, ada orang rosakkan kereta kita. Kita rasa marah giler, dan tiba-tiba kita tak marah dia dan kita maafkan kesalahan dia.

Bayangkan, ada orang tumpahkan air nescafe atas buku yang paling kita sayang. Perasaan marah meluap-luap. Tapi tiba-tiba kita telan kemarahan tu, dan kita maafkan dia.

Bayangkan, ada orang provok kita, kita rasa nak lawan. Tapi tiba-tiba kita diam, senyum dan blah.

Bayangkan, bayangkan dan bayangkan. Seribu satu kisah kemarahan kita. Refleks. Di mana kita? Tergolong dalam kategori ini atau tak?

Susah nak jumpa orang yang tak pernah marah. Susah nak jumpa orang yang sentiasa cool. Pada satu saat dalam hidup dia, mesti ada perasaan marah. Adalah mustahil untuk kita tak ada perasaan marah. Tapi tidak mustahil untuk kita tak pernah marah sesiapa. Telan. Simpan. Tahan. Dan akhirnya ia akan hilang sendiri.

“Speak when you angry and you will make the best speech you will ever regret”. – Ambrose Bierce

Indeed, it’s true. Bila kita marah, macam-macam akan keluar daripada mulut. Out of control. Tapi bila kita tahan, pendam, kata-kata pon akan turut terpendam. Hanya berlegar-legar dalam ruang fikiran. Tidak terluah.

Tuhan berfirman di dalam kalamNya:

“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya”. (As-Syuraa ayat 36-37)

Tuhan sebut, apa yang ada di dunia ini hanyalah secebis nikmat kehidupan. Tetapi, apa yang ada di sisi Allah jauh lebih baik. Dan siapa yang layak mendapat kehidupan abadi yang jauh lebih istimewa itu? Orang-orang yang apabila mereka marah, mereka memaafkan.

Rasulullah bersabda:

"Barang siapa yang dapat menahan marahnya sedangkan dia dapat melepaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan segenap mahluk pada hari kiamat. Setelah itu, Allah menyuruhnya memilih bidadari yang ia kehendaki." (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad, Al-Baihaqiy dan Abu Ya’la)



Bayangkan semua orang di dunia ini dapat menahan marah, aman dunia.

Dan cuba bayangkan kita semasa tengah marah, betapa buruknya.

Renung kembali. Muhasabah. Refleksi diri. Moga Allah beri kekuatan untuk kita sentiasa menahan marah.

Syurga itu untuk orang yang pemarah tetapi dia menahan marah dan memaafkan.

Moga syurga itu milik kita!



Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!