25 Ramadhan. Ada 4 hari lagi.
Praise be to Allah. Hari nie berkesempatan
untuk duduk rehat dan mendengar syarahan Tafseer Surah al-Insan oleh Syeikh
Tawfique Chowdury. Dan surah al-Insan nie merungkai banyak persoalan-persoalan
yang bermain di fikiran aku.
Asbab an-Nuzul
Di riwayatkan bahawa surah nie di turunkan
special untuk Fatimah R.A sebagai respon terhadap perbuatan dia. Surah nie
describe secara detail perihal syurga, tetapi tidak menyebut langsung tentang
huurun ‘ain (bidadari syurga). Sedangkan di dalam surah lain yang describe
perihal syurga, pasti akan disebut kewujudan bidadari syurga. Kenapa?
Di dalam sebuah kitab tafsir karangan Imam …….
(aku lupa, syeikh ada mention tadi), dinyatakan bahawa Fatimah adalah seorang
yang sangat jealous. Sebab tu Ali R.A tidak kahwin dua semasa Fatimah masih
hidup. Dan Allah appreciate perasaan jealous Fatimah tu, dan tak mention
langsung pasal bidadari dalam surah al-Insan. Subhanallah.
Pada
suatu hari, Ali bawa balik segumpal gandum yang sedikit. Lalu Fatimah mengadun
gandum dan 3 keping roti berjaya dihasilkan. Cukup untuk mereka. Satu untuk
Ali, satu untuk Fatimah dan satu untuk dikongsi bersama Hassan dan Hussain.
Mereka dalam kelaparan yang amat dan bersedia untuk menjamah juadah yang ada.
Tiba-tiba, datang seorang fakir miskin, seorang anak yatim dan seorang tawanan
perang dalam keadaan kelaparan yang amat. Lalu Fatimah memberikan sekeping roti
kepada setiap orang and nothing left for them. Dan akhirnya mereka tidur dalam
kelaparan.
Allah S.W.T kagum dengan sikap Fatimah, lalu
surah ini diturunkan.
Namun ada pendapat yang mengatakan kisah ini
dhaif.
Belanja orang makan
Allah S.W.T sangat suka kepada individu yang
suka belanja orang makan.
Ayat 8 surah al-Insan.
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan
disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”
Definition fakir dan miskin berbeza mengikut pendapat keempat-empat
imam Mazhab. Mengikut pendapat Imam Syafie, fakir adalah orang yang langsung
takde duit. Even untuk makan. Miskin pula orang yang ada duit hanya cukup-cukup
untuk makan, tapi kekurangan duit untuk keperluan asas yang lain. Dan Syeikh
kata, students juga boleh dikategorikan sebagai miskin. Ada duit sikit untuk
makan, kadang-kadang hujung bulan, poket kering. Lain la anak Datuk Datin Tan
Sri bagai. Haha.
Sambung lagi.
“(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya
kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak
berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”
Semata-mata kerana Allah. Kadang-kadang bila kita buat favour kat
orang, dan orang tu nak balas, kita cakap takpe, just pray for me. That’s
wrong. Sepatutnya bila kita tolong orang, kita tak nak apa-apa daripada dia,
walaupon sebuah doa. Sebab kita buat tu semata-mata kerana Allah.
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami
azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam
berkerut-kerut".
Sangat takutkan Allah. Dan apa yang mereka dapat?
“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah
selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta
memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan
ria gembira (di hati).”
“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan
(persalinan dari) sutera.”
“Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas
pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari
(usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.”
Allahu Rabbi. Berehat di dalam syurga. Ada pelamin. Tak ada
matahari. Tak panas. Tak sejuk. Cukup-cukup selesa. Bayangkan. Tak cukup dengan
tu lagi.
“Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan
buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan
semudah-mudahnya.”
Ada pokok-pokok. Buah-buahan. Bila nak, petik je.
“Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya):
bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak
jelas isinya)”
Ada cawan daripada perak. Pelayan bagi. Kita duduk rilek je.
“(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan
itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak
penggunanya.”
Cawan Kristal. Transparent. Lutsinar. Tapi dibuat daripada perak.
Kalau Kristal kat dunia, dibuat daripada silicon, tapi Kristal di syurga dibuat
daripada perak. Kristal transparent. Perak solid. Lalu bagaimana bahan yang
solid boleh menghasilkan bahan lutsinar? Betapa hebatnya kuasa Allah.
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang
campurannya dari "Zanjabil"
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai
"Salsabil"
Sebuah mata air yang tak henti-henti mengeluarkan air sampai
bila-bila. Bila kita nak lagi, ada lagi. Nak lagi, ada lagi. Tak habis-habis.
Dan kita minum bukan sebab haus, tapi sebab kita rasa nak minum. Sedap. Kat
syurga takde lapar dan dahaga.
“Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal
(dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila
engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang
bertaburan.”
“Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau
melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada
bandingannya).”
Bila kita dapat satu nikmat di dunia, kita dah rasa betapa
seronoknya. Tapi bayangkan kenikmatan di syurga yang tak terhingga. Sambung
lagi.
“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari
sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan
gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka
dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.”
Sutera hijau. Gelang perak. Minuman.
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala
pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu
(di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
al-Insaan, ayat 8-22
Inilah balasan terhadap usaha dan amalan di dunia. Syurga.
Bayangkan setiap hari kita belanja seorang makan. Bila kita makan,
kita belanja sorang yang lain makan bersama-sama kita.
Pejam mata. Bayangkan nikmat di syurga. Tak terbayang. Hebat sangat.
Allah sangat suka orang yang memberi makan kepada orang lain,
terutamanya orang miskin, anak yatim dan tawanan. What we are waiting for?
Syurga adalah matlamat kita, destinasi kita. Strategi perlu ampuh
untuk tiba ke destinasi abadi.
Baki 4 hari Ramadhan. Jangan tergoda denga biskut raya, baju raya,
langsir raya. Sedangkan promosi hebat dari langit masih valid.
Promosi Ramadhan vs Promosi Raya. Kita sendiri yang tentukan siapa
yang menang.
Selagi 70% sales masih ada, teruskan membelinya.
Dan hari ini, persoalan aku kenapa ada orang yang selalu sangat
suka belanja orang lain makan, terjawab hari nie. Mereka mengejar kenikmatan
yang kekal abadi, walaupon nampak macam duit asyik keluar je belanja orang,
tapi sebenarnya duit yang masuk lagi banyak daripada yang keluar. Cuma kita tak
nampak.
Terima kasih tak terhingga kepada semua individu yang belanja saya
sepanjang bulan Ramadhan nie. Iftar, sahur dan moreh. Semoga Allah memberkati
rezeki anda. Barakallahu fik.
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنَا وَاسْقِ مَنْ سَقَانَا
Saya doakan semoga anda semua dapat bertemu dengan Malam al-Qadr. Ameen.
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنَا وَاسْقِ مَنْ سَقَانَا
Saya doakan semoga anda semua dapat bertemu dengan Malam al-Qadr. Ameen.
Teruskan pemburuan.
p/s Mohon maaf entri terlalu panjang.