Sunday 22 May 2011

Kembali lagi. Alhamdulillah. Jari jemari masih mampu menaip lagi. Mata masih mampu pejam celik. Darah masih mengalir di dalam pembuluhnya. Hari ini ada, tapi esok belum pasti. Okey, cukup. Tiba-tiba aku rasa nak share sangat-sangat dengan penuh semangat dan keramat beberapa kisah yang aku baça dalam sebuah buku.

Three, four.. Action..

KISAH MENARIK
Syukur Alhamdulillah, persahabatan saya dengan Fatih dan rakan-rakan yang lain memberi peluang kepada kami untuk belajar banyak perkara baru. Seperkara tentang orang Turki yang menarik perhatian saya ialah sikap mereka terhadap perkara-perkara yang remeh dan halus. Kadang-kadang pada kita, hal seperti ini tidak mempunyai sebarang signifikasi, tetapi bagi orang Turki, mereka cukup mengambil berat mengenainya.

Istanbul
TERTIB ORANG ISTANBUL
Saya masih ingat, semasa bertandang ke rumah Mahmud Balici, rakan baik saya semas adi Jordan. Beliau merupakan pelajar Turki yang disegani oleh rakan-rakan Turki yang lain di Amman. Saya bertandang ke rumah Mahmud di Draman. Ia tidak jauh dari Masjid Ismail Aga Camii di Istanbul. Malam itu sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas air masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

Saya kagum dengan ketelitian Mahmud. Kalau saya, mungkin cawan yang sudah sedia bersih itu akan terus diisi dengan air masak. Tetapi Mahmud membilasnya dengan air terlebih dahulu sebelum diisi dengan air masak. Orang Turki memang pembersih.

Air masak, sangat bagus untuk kesihatan

 Saya juga selalu melihat tong sampah di lokais pembuangan sampah di Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul Buyuksehir Belediyesi (Dewan Kota Metropolitan Istanbul) dengan berus dan air. Wah, tong sampah pun mesti bersih dan kemas.

Kebersihan rumah kawan-kawan Turki juga sentiasa mengagumkan saya. Walaupun ada dikalangan mereka yang merokok, rumah bujang perokok mereka juga masih bersih. Buku-buku tersusun rapi, pakaian elok terletak, malah bilik mandi dan tandas juga tidak pernah bercampur. Kebanyakan rumah di Istanbul, mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik air. Satu digunakan untuk mandi manda dan satu lagi dikhususkan untuk buang air. Bilik mandi pula lazimnya berkarpet dan saya belajar untuk mandi dan berwuduk tanpa membasahkan karpet itu. Hmm, agaknya kalau ada orang Turki yang bergaduh laki bini, tidur dalam bilik air pun okey jugak.

Saya kira, kebersihan yang terbit daripada íman, memang benar-benar dapat dirasakan di Turki.


 MEHMET VS MUHAMMAD
Soal orang Turki yang teliti dengan perkara-perkara yang halus ini, mengingatkan juga saya kepada perbualan bersama Cik Mehmet, ayah Fatih, semasa kami bercuti di Bolvadin.

“Pak cik, saya ingin bertanya sesuat tentang nama pak cik. Bolehkan?”

“Tentu saja, nak. Tanyalah. Kenapa pula dengan nama pak cik?” Ayah Fatih sedikit terkejut dengan permintaan saya.

“Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet seperti pak cik. Saya kira, Mehmet itu bermaksud Muhammad, kan?”

“Betul, Mehmet bermaksud Muhammad.  Kenapa?”

“Jika Nabi kita, nama baginda disebut Muhammad. Hazreti Peygamber Muhammed. Mengapa nama Rasulullah disebut Muhammad sedangkan nama pak cik disebut Mehmet?” Saya cuba mencari penjelasan yang sebenar.

“Oh, itu rupanya soalan kamu. Setahu pak ciklah, nama Muhammad itu kami khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa. Kalau kami namakan anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah.” Kata Pak Cik Mehmet.

“Tercemar maçam mana tu?” Saya kurang faham apa yang dimaksudkan.

“Bayangkan kalau si Fatih ni pak cik namakan Muhammad. Tiba-tiba dia mencuri buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung ? Isy, jahat sungguh Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan mencuri dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad. Pak Cik Mehmet begitu bersemangat bercerita kepada saya.

Terlopong saya dibuatnya!

Begitu sekali mereka mengambil kira soal ‘sekecil ini’. Maka amat tidak benarlah apa yang pernah ditulis oleh seorang penulis di dalam akhbar di tanah air. Sekembalinya beliau dari lawatan di Turki, beliau menulis dan menyentuh secara khusus isu nama Mehmet ini. Katanya, orang Turki sudah terlampau sekular sehingga hendak menyebut nama Rasulullah pun sudah tidak mampu. Sudah pelat, katanya.

Walhal pemikiran penulis itu yang pelat. Menafsirkan budaya orang lain dengan pandangan sendiri. Mujur artikelnya dalam bahasa Melayu. Kalau dibaca oleh orang Turki, tentu tersinggung hati mereka dengan persepsi kita seperti itu.

PELAJARAN DARI SERBUK ROTI
Ayam sudah siap terhidang.

“Fatih, Islam, Hasan, Faruk, Osman, marilah makan.” Saya menjerit memanggil mereka yang khusyuk di meja bacaan masing-masing. Maklumlah, musim peperiksaan.

Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keping surat khabar lama. Tujuannya supaya sisa makanan tidak jatuh ke karpet. Akan tetapi, malam itu perhatian saya terpaut kepada tindak-tanduk rakan saya ketika makan, terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan roti, beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada serbuk-serbuk dari kulit  roti itu bertaburan di atas lapik, Islam akan mengumpulkannya untuk dimakan. Tidak ada langsung sisa makan yang terbuang. 

“Islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung. Berkat, berkat…!”, saya memuji Islam.

“Betul. Ia soal keberkatan. Walaupun macam-macam yang kita makan,kita tidak tahu pada bahagian mana makanan kita yang Allah pilih sebagai asbab untuk-Nya menurunkan barakah”, kata Islam. 

Ya, apa yang Islam katakan itu memang benar. Ia mengingatkan saya kepada sepotong hadith Nabi SAW:
Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah” 

Islam telah mengingatkan saya kepada pelajaran yang amat berharga. Pakcik Mehmet juga telah mengingatkan saya tentang ilmu yang berguna. Jangan pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang besar. 
Itu di Turki.

TERTIB MAK ANJANG DI LONDON

Hal ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa semasa saya berjamu makan di rumah Pak Anjang saya di Baker Street, London. Pagi itu, kebetulan Pak Ngah sekeluarga datang dari Malaysia. Maka kami semua berkumpul di rumah Pak Anjang. Rumah di Baker Street ini Pak Anjang belikan untuk anaknya, Ziad yang belajar di Westminster University, di seberang jalan.  

Saya amat kagum semasa melihat Mak Anjang memasak di dapur. Lebihan nasi malam tadi dikumpulkannya. Kemudian kerak nasi itu pula direndam di dalam air panas dan kemudian ditos. Semua bahagian nasi yang berlebihan malam tadi, Mak Anjang gunakan untuk memasak nasi gorengnya. Tidak ada bahagian makanan mana yang tersisa. Mungkin ini sebahagian daripada sikap Mak Anjang sekeluarga yang menjadi tangga mereka membina kehidupan yang berjaya. Walaupun sudah bertaraf jutawan, Mak Anjang dan Pak Anjang sekeluarga masih mengambil kira soal-soal kecil seperti kerak nasi di dapur.
Saya amat menghargai pelajaran itu. 

Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil yang kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah.
Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja warga negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang remeh, yang besar yang disangka segala-galanya. 

Jangan pandang kecil pada RM1 yang mahu didermakan kepada mustadh’afeen di Palestin! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Jangan sangka derma dengan RM 1 saja tak ada guna


BEGITULAH KISAHNYA
Keseluruhan cerita yang aku share tadi aku petik dan ubahsuai daripada buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, bab 13 mukasurat 119-127. Buku yang dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC ini memang banyak membuatkan aku berfikir mengenai kehidupan aku. Terlalu banyak kekurangannya. Serius buku ni best sangat-sangat. Bertemakan Travelog Tarbiyah, ia adalah naskhah yang merakam catatan kembara Ustaz Hasrizal, atau lebih dikenali dengan Saiful Islam (padahal tu nama anak dia) di bumi Khalifah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang baru disapa dipinggiran jalanan.

Serius best
Terbaik dari Abu Saif

 “Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa.” Catatan kembara ini benar-benar membuatkan aku merenung kembali apa yang telah aku lalui dan lakukan selama diberi ruang dan peluang untuk bernafas di atas muka bumi Allah ini.

Rugi kalau korang tak baca. Serius aku cakap. Tak tipu langsung. RM 25 yang dibayar bagi senaskhah buku ini sangat berbaloi.

Sebelum berhenti menaip seterusnya shut down komputer, aku nak habaq yang aku sangat tertarik dengan satu peribahasa Turki.
Güneşte yanmayan gölgenin kıymetini bilmez”
“Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh.”

Sekian wassalam. Nite and nice dream!

Wednesday 18 May 2011

Semenjak dua menjak ni, aku perasan sesuatu. Terlampau banyak status-status dan post-post di alam facebook yang cerita pasal kahwin. Sorang-sorang buat status geli-geli. Sorang-sorang post pasal kahwin. Sorang-sorang share links blog ntah sape sape ntah pasal benda yang sama. Aku hairan. Nak kata musim kenduri kahwin, tak pulak. Bukan musim cuti sekolah pun. Bulan depan baru start musimnya. Haha. Tapi post dan status sebegitu terlampau banyak. Hingga akhirnya aku pun terheret untuk buat status kontroversi macam tu. Saja je tulis status macam tu. Nak test. Padahal tak ada apa-apa pun. Kira korang-korang yang percaya, yang komen tak lama lagi dapat makan nasi minyak la semua tu sebenarnya dah tertipu dengan kelicikan aku berlakon. Kesian kesian kesian. Haha. Aku pakar berlakon kot. Dulu kat sekolah selalu sangat berlakon lakon ni. Yang paling aku pakar sekali, berlakon baik depan ustaz dan cikgu. Tapi selicik licik aku macam tupai la, banyak kali jugak kantoi. Haha.

Nak kawin sgt, ambik!

Cerita pasal kahwin, aku ada terbaca macam-macam la post-post kat facebook, blog, etc yang di post oleh mereka-mereka yang gelenya. Kot.  Haha. Ada yang tulis cirri-ciri suami idaman la, isteri idaman la. Ada yang nak suami yang tua 10 tahun (katanya lebih matang), badan tough, handsome macam Prince William (ada apostrophy) dan mempunyai senyuman memikat. Okey. Ada juga yang jenis baik-baik sikit, geng TLC demand cara lain pulak. Nak suami yang soleh, pandai agama, boleh jadi imam, boleh membimbing untuk ke syurga. Fuuhh!! Berpeluh dengar. Habis yang perempuan. Yang lelaki pun sama je. Nak isteri yang pandai masak, pandai jaga hati, bersopan santun, lemah lembut gemalai, mempunyai jelingan manja and whatsoever. Nak yang solehah, tutup aurat, tak layan lelaki lain (pandang pun tak), beragama or belajar agama, boleh mendidik anak jadi soleh dan solehah.

Biasa lah. Itu fitrah bila dah sampai masanya. Budak-budak kecil memang tak fikir semua tu. Haha. Aku rasa everybody mesti ada terfikir pasal benda tu kan. Kalau tak banyak pun, sikit mesti ada. Well, semua orang nak kahwin. Kalau ada yang tak nak tu, aku was-was la. Cuba pergi klinik Dr Tamby pakar sakit tuan tu. Hahaha. Aku pun sama. Terfikir pasal tu. Kadang-kadang, time duduk berangan sorang-sorang, datang la fikiran bukan-bukan ni. Time tengah berusaha nak tidur (sejam baring atas katil tapi mata degil tak nak tidur), tup tap tup tap terfikir benda ni. Sampai boleh terfikir, best gak kalau bini aku nanti minat bola. Tiap-tiap weekend havoc rumah. Bersorak. Haha. Melampau giler.

Tapi cuba korang renungkan, fikirkan dan hadamkan (kalau boleh telan pun dah okey) satu ayat ni. “We are always demanding from people, but we never offer something to them.”  Kan? Kita selalu letak dalam wish list kita. Ciri-ciri suami/isteri idaman kita. Nak yang soleh/solehah, bersopan santun, berakhlak mulia, penyejuk mata dan hati, boleh jadi imam, boleh bimbing kita ke syurga impian, boleh didik anak-anak kita jadi soleh dan solehah dan macam-macam lagi. Tolak ketepi soal nak suami 10 tahun lebih tua, handsome macam Prince William, nak isteri pandai masak etc. Aku tak nak cerita pasal tu. Lantak depa la. Yang aku nak cerita, kita selalu demand nak pasangan hidup kita suatu hari nanti adalah dari kalangan yang terbaik, baik dari segi agama, akhlak, pergaulan sosial dan macam-macam lagi. Tapi pernahkah kita berusaha untuk menawarkan yang terbaik juga daripada diri kita? Kita selalu nakkan yang terbaik daripada org lain untuk kita, tapi kita jarang bagi apa yang terbaik daripada diri kita kepada org lain. Kita nakkan kualiti orang lain, tapi kualiti kita sendiri hampeh macam kulit bawang.

Kalau kita setakat mengaji Al-Quran seminggu sekali pun susah (tak suruh baca sehari sekali lagi), layakkah kita nak demand suami yang baca Al-Quran sedap giler? Kalau kita tiap-tiap malam layan movie Korea sambil lap air mata dengan tisu, layakkah kita nak dapat suami yang selalu tundukkan pandangan daripada melihat perempuan lain? Okey. Enough dengan contoh perempuan. Contoh lelaki pulak. Kalau kita malam-malam buta lepak-lepak sana sini tak nak tidur, layakkah kita nak demand isteri yang sabar kejut kita bangun Subuh tiap-tiap hari? Kalau kita selalu panas baran tak tentu hala, layakkah kita nak masukkan dalam wish list kita, isteri aku mesti seorang yang boleh jadi penyejuk mata dan hati (Qurratu aini lah katakan)?

Sebab Allah dah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26 :
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan vice versa. Allah dah tetapkan. Tak payah risau. It’s not about kita tak boleh nak buat wish list suami or isteri idaman, it’s about kita sendiri yang mesti ubah diri kita menjadi baik terlebih dahulu. Baru kita akan dapat yang terbaik juga. So, tak payah risau-risau pagi petang siang malam fikir pasal jodoh. Tak payah sibuk-sibuk nak buat wish list suami or isteri idaman sampai 100 lebih. Demanding tahap gaban. Yakin sahaja dengan janji Allah, kerana janji Allah itu amat benar. Bak kata orang-orang zaman dahulu, jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Apa yang kita perlu buat, berusaha untuk berubah menjadi orang yang terbaik, means terbaik mengikut syariat, di sisi Allah dan RasulNya. Bukan setakat baik di sisi manusia, tapi Allah tak pandang. Hampeh. Macam tin kosong. Luar cantik tapi dalam tak ada isi.

Baik tu maçam mana? Cuba baça entry aku yang sebelum ni. Tajuk dia, Adakah kita sudah cukup baik? Kalau malas sangat nak cari, teka je kat SINI.

Yeah!! Berusahalah untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, baik dari segi akhlak, percakapan, pergaulan sosial dan ibadah kita. InsyaAllah, segalanya telah ditetapkan untuk kita. Tak payah sibuk nak cari-cari, couple sana sini, tiap-tiap minggu dating, peluk sana sini. Bila tiba masanya, adalah ia. Adalah jodoh kita. Aku sendiri pun masih belum cukup baik. Bila bergaul dengan sahabat-sahabat yang berakhlak mulia, baik dalam usrah, FRC, budak masjid mahupun di mana sahaja, terasa banyak sangat kekurangan kita. Tu belum kalau nak compare dengan kawan-kawan kat Jordan, Mesir, Morrcco dan Saudi Arabia lagi. Lagi la maçam langit dengan kerak bumi kot. Betapa jauhnya kita kalau nak dibandingkan dengan mereka dalam soal ibadah, akhlak dan muamalah. Tapi sentiasalah kita berusaha. Sebab Allah tak tengok natijah, tapi Allah tengok sejauh mana usaha kita. Well, tak salah pun kalau korang nak buat wish list maçam tu jugak. Aku tak cakap salah. Cuma kita kena tahu mana yang lebih priority. Utamakan yang One Utama. Bukan utamakan The Curve. Haha. Kalau yang utama dah settle, tulislah 1000 ciri-ciri pasangan idaman anda sekalipun, tak ada sape kesah. Janji settle mengikut priority.  

Kawan baik aku. Bakal ustaz. Hebat nie. Sape2 berkenan, text aku. Haha.

Superstar di mana sahaja. Jiran study aku dulu. Sekarang kat Mesir.

Aku respect giler sama dia. Mak dia pun aku sangat respect. Cikgu aku.

Sorang lagi star serba serbi. Campak lah kat mana pun, insyaAllah berjaya.
*Gambar-gambar di atas adalah mereka-mereka yang aku respect dan kagumi dulu, kini dan selamanya. Mempunyai peribadi yang baik. Ada ramai lagi, tapi jenuh la nak upload semua. Haha.

Last, aku rasa tertarik nak tulis satu quotation yang sangat menarik. Kat mana entah aku jumpa. Aku dah tulis kat status facebook dan mendapat respond yang baik. “Jangan couple sebelum kahwin. Tak best.” Yela, kalau dah couple sana sini, dating sana sini, peluk sana sini, dah rasa nikmat semua tu sebelum kahwin, bila kahwin dah tak rasa apa-apa lagi la. Semuanya dah basi. BASI bhai. Macam susu basi. Haha. Biasanya lepas kahwin, mesti teruja sebab yang haram dah jadi halal. Tapi kalau dah couple dulu, benda haram semua dah tibai dulu, bila jadi halal, apa nak heran? Dah tak ada makna semua tu.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

Tenang je sambut tangan bakal bapa mertua.
Sepupu aku.
Lecturer Maths aku yang sangat best.

p/s Mula-mula, rasa malu gak nak tulis entry pasal benda-benda maçam nie. Rasa maçam geli giler. Haha. Tapi bila fikir-fikir balik, come on la (kemon la). Dah 19 tahun kot. Besar dah tu. Kalau orang zaman dulu, dah jadi ayah anak dua dah. Apa nak malu, kita bukan budak-budak mentah yang main guli sambil lap hingus lagi. Haha. Memang dulu bila baça status kawan pasal cinta, kahwin atau sama waktu dengannya, rasa maçam what the?? Rasa maçam aku masih budak-budak lagi la, belum sampai masa nak fikir pasal semua tu la dan aku nak kembali ke zaman kanak-kanak riang ria gembira maçam dulu-dulu. Tapi bila fikir lagi, takkan aku nak maçam tu selamanya. Kita kena sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan usia. Kan? Kalau zaman sekarang journalist surat khabar masih nak guna typewriter instead of laptop, alamatnya sehari lepas dapat kerja terus kena hantar kat Hospital Tanjung Rambutan la. Haha. Lagi satu dah rasa serabut sangat tengok post-post dan status-status mengarut kat facebook tu, tu yang tulis jugak pasal benda ni. Haha.

Tuesday 17 May 2011

Hampir sebulan aku tak menjengah blog famous ni. Padahal idea sentiasa datang mencurah-curah. Tapi masa tak pernah mengizinkan aku nak menjenguk blog sape entah ni. Alhamdulillah, sekarang baru masa izinkan aku. Final exam pun dah lepas. Main tibai je jawab segala barai dalam exam hari tu. Especially, Maths III (Calculus). Susah punya pasal. Sampai seorang kawan yang jaga exam hari tu cakap, dia tengok muka aku tension je time jawab exam. Mana tak tension nya. Ilham tak datang. Haha. Setengah jam fikir pasal satu soalan tu je.  Okey, lupakan soal tu. Tengok status kawan-kawan kat facebook, ramai yang dah ucap goodbye kat UIA PJ. Mentang mentang hangpa dah habis, status macam dah tak nak datang UIA balik dah. Haha.

UIA PJ, tempat aku mengemis ilmu.
Soalan kawan-kawan
Aku teringat satu soalan dari seorang kawan. Long time no see friend. Tup tap tup tap kena campak kat UIA yang sama. |“Eh, aku nak tanya pendapat kau. Apa kau rasa kalau seorang perempuan tu pakai tudung on off, tapi dia baik.”| -Aku tak rasa pape pon. Haha. Tu jawapan nak me-maharaja lawak bodoh je. Dan banyak lagi statement yang sama tapi tak serupa macam soalan kawan aku tu yang aku jumpa kat alam maya, no matter kat facebook,  twitter, formspring, blog, myspace, friendster (Eh, tu zaman dulu la. Sekarang, sebelah mata pon orang dah tak pandang friendster tu. Haha). “Aku tak pakai tudung tapi hati baik. Orang yang pakai tudung pun buat maksiat.” “Tak boleh nak paksa-paksa pakai tudung. Tiada paksaan dalam agama.” Mak ai!!

Ada lagi satu soalan daripada seorang kawan lain. |”Kalau dalam election, ada seorang calon yang baik, yang memang buat kerja, tapi dia mewakili parti yang tak berapa baik (contoh mudah, BN, kalau korang tak setuju, tak pe. pandangan peribadi aku je) dan seorang lagi mewakili parti yang okay, tapi dia tak berapa bagus dalam leadership, kita nak pilih yang mana?”| Amboi, cepumas + cepuperak giler soalan ni. Time tu kitorang tengah discuss pasal poiltik Malaysia, dan aku defend parti pembangkang. Memang kena tembak soalan bertalu-talu la. Dah la tembak pakai sniper. Haha. Memang best! Actually, aku memang agak minat bab politik ni. Sorry la sape-sape yang tak minat. Politik best ape. Ramai orang cakap politics is dirty. Politics is not dirty, but people makes it dirty. And that kind of people is dirty. Not the politics. Any objection?

Definisi Baik
Kembali kepada soalan pertama, pakai tudung on off tapi baik giler. Well, kita kena tengok dulu apa definisi ‘baik’ dalam erti kata yang sebenar. Baik itu apa? Sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, dia baik. Beriman dengan Allah dan RasulNya tu macam mana? Buat semua yang Allah dan Rasul suruh, dan tinggal semua yang di larang. Sounds easy, tapi bukan senang nak praktikkan.  Contoh, kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.

Sebab Allah dah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Allah kata, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata. Maknanya tak boleh la nak pactise Islam tu secara juz’ie. Mana yang kita raa nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat, kita redah langgar je.  Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya. Kalau nak ikutkan, aku pun tak cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah tu. Dan kita kena ingat, Allah tengok usaha bukan natijah atau hasil.

Definisi ‘baik’ beserta dengan contoh semua ni aku petik daripada sebuah novel, Versus karya Hlovate muka surat 156-159 (kalau korang nak buat rujukan). Apa hangpa ingat novel-novel ni semua cerita pasal cinta cintun je. Aku tak layan la novel jenis macam tu. Actually, novel-novel Hlovate nie memang best. Banyak unsur-unsur agama yang boleh kita aplikasikan dalam hidup. Tak sia-sia baca. Bukan sekadar omong-omong kosong je. Gaya bahasa dia pun santai dan relax. Tak de la skema memanjang. Ceh, promote Hlovate lak. Haha.

Versus by Hlovate. Best giler.

Aku rasa definisi baik tu dah cukup untuk jawab soalan pertama tu. |“Tapi kalau kau kenal dia, kau akan rasa dia memang baik. Cuma tak de support dan pengaruh sekeliling je.” | Itu tugas kita untuk bagi full support kat dia, dakwah dia dengan penuh hikmah supaya dia ikut syariat Allah.  Slow talk dengan dia. Aku cakap, ramai orang non-Muslim yang baik, malah lebih baik daripada orang Islam sendiri misalnya. Orang Amerika or English, ramai giler yang perangai mereka lebih baik daripada sebahagian orang Islam (cakap macam ada pengalaman je). Tapi mereka tetap non-Muslim. Walau baik maçam mana sekalipun, kesudahannya tetap bukan di syurga yang diimpikan.

Soalan kedua

Dan aku rasa soalan kedua pun dah terjawab dengan definisi ‘baik’ versi Hlovate tu. Kalau pemimpin itu baik, tapi mewakili parti yang tak baik, dia tak cukup baik lagi. Mengapa mahu mewakili parti yang tak nak memperjuangkan Islam kalau dia betul-betul baik. Conoth mudahnya ada. ADUN tempat aku. DUN Paya Jaras. Wakil rakyat tu sangat baik. Sangat-sangat memahami konsep Islam, konsep حبل من الله  dan حبل من الناس. Dalam ucapannya, dia cakap tiap-tiap malam dia tidur pukul 3 pagi semata-mata nak pastikan semua masalah rakyat settle sebelum dia tidur. Pusat khidmat masyarakatnya on setiap hari. Dan setiap hari dia solat hajat. Tapi sayang sekali sebab dia mewakili parti yang tak nak memperjuangkan hukum-hukum Allah di atas bumi Malaysia ini, frankly speaking, parti BN.  So, kalau kita pilih dia sekalipun, impian untuk melihat hukum Allah tertegak di atas bumi kita yang tercinta ini tak akan tercapai juga. 

Aku teringat kata-kata Dato’ Hashim Yahaya, bekas mufti Wilayah Persekutuan di dalam sebuah fórum. Ketika diajukan soalan mengenai mengundi calon non-Muslim, beliau berkata, “Setiap parti mempunyai dasar dan hala tuju yang tersendiri. Parti BN dengan komponennya UMNO, MIC dan MCA mempunyai dasar dan hala tuju mereka. Parti PR dengan PAS, PKR dan DAP juga sama. Sebagai contoh, kalau seorang calon DAP menang, dia tak boleh buat ikut suka hati dia sebab dia terikat dengan dasar dan hala tuju parti dia, Pakatan Rakyat. So, kita pilih bukan berdasarkan faktor calon tu non-Muslim, tapi berdasarkan dasar dan hala tuju partinya yang baik.” Kalau calon Islam tapi partinya tak pernah berusaha nak kuatkuasakan negara Islam yang sebenar, apa gunanya!

Aku suka nak qoute beberapa ungkapan dalam novel  Versus Hlovate tu.
“Susahnya nak jadi baik”
“Change for good ain’t a crime”
“Allah tak tengok natijah, Allah tengok usaha”

Sekian..

p/s Kalau nak tahu apa pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman mengenai ‘tak pakai tudung tapi baik’, sila klik sini.


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!