Wednesday 30 January 2013


Assalamualaikum.

Berjumpa lagi. Nasib baik tak kena tunggu satu dua tiga empat lima enam bulan nak jumpa. Sekarang tengah rajin update blogpost. Haha. Kalau tak, tahun depan la plak kita jumpa kat sini. Haha.

Okey. Straight to the point. Sebenarnya aku tak ada niat pon nak buat post Petua Menghadapi Masalah Part II nie. Tapi tiba-tiba pagi tadi terfikir, ada dua petua lagi yang aku terlupa nak masukkan dalam post sebelum nie, dan petua nie sangat penting untuk diketahui. So, terpaksa la buat Part II. Nak tahu taka pa lagi dua petua yang sangat penting tu? Jeng jeng jeng….

Yang belum baca Part I, sila ke sini.

Solat

Allah SWT berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah ayat 153)



Allah dah berfirman dalam kitabNya yang agung, mohon lah pertolongan kepada Allah dengan solat. Buat lah solat sunat 2 rakaat apabila menghadapi masalah dan musibah. Pohonlah bantuan Allah. Sentiasa ingat. Walaupun kita keseorangan tiada siapa-siapa di dunia sekalipun, kita tetap ada Allah selama-lamanya.

Kalau kita tengok kepada contoh terbaik ikutan sepanjang zaman, Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat suka solat. Dan apabila dia mempunyai kesulitan, dia akan solat dan bersujud kepada Tuhan Yang Maha Agung.





Berkata para Sahabat RA: “Adalah Rasulullah SAW setiap kali menghadapi masalah rumit, baginda mengerjakan solat.”
(Riwayat Abu Dawud)

Siapa lagi yang patut kita contohi selain daripada role model terbaik sepanjang zaman?

Ucap “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un”

Firman Allah SWT, “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
(Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Setiap kali kita ditimpa masalah atau musibah, ucaplah “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un” yang bermaksud “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Itulah yang diajarkan di dalam al-Quran.




Kalau kita lihat, orang kita hanya akan sebut ayat nie bila mendengar berita kematian. Ya, memang betul, tapi janganlah sempitkan ayat nie hanya kepada berita kematian saja, sebaliknya luaskanlah penggunaannya mengikut apa yang telah diajar di dalam al-Quran. Insya ALLAH segala kesulitan kita akan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.



Setakat tu je dulu kot.

Sekian dulu dari meja pengarang. Heh.

Jumpa lagi bila-bila aku rajin menaip.

Rujukan Sirah Rasulullah:
Buku Riwayat Hidup Rasulullah SAW, karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terjemahan oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Mudhar.


Friday 25 January 2013


Assalamualaikum.

Sudah lama kita tak bersua di sini. Blog nie pon dah berhabuk. Alhamdulillah, berakhir sudah Konvensyen Fiqh Wanita & Islam di MAEPS, Serdang. Terlampau banyak perkara yang dapat aku pelajari, sebuah pengalaman yang sukar dibeli dan ditukar ganti. Betapa sebuah pengalaman itu sungguh mahal harganya. Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar.




Malam nie tiba-tiba aku teringat suatu frasa yang sangat popular + hot meletup. Kalau korang tak pernah dengar, memang korang duduk dalam gua kot. Haha. Frasa berbunyi, “Semua orang ada masalah, binatang pon ada masalah, kucing ada masalah, anjing ada masalah, ikan ada masalah”. Dan bermacam-macam lagi binatang yang bermasalah. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran binatang bermasalah, tapi manusia memang sentiasa ada masalah. Kehidupan ini tak akan mencabar jika tiada masalah. Dan aku percaya tak ada sorang pon yang tak pernah ada masalah. Cuma the matter is, how we deal with our problem. Ada sesetengah orang akan buat muka kerut, muka stress bila ada masalah. Ada yang akan luah kat kawan dia satu malam. Ada yang menangis. Ada yang tidur sepanjang hari. (Aku pernah termasuk dalam golongan nie. Haha.) Ada yang keluar rumah mencari ketenangan. TETAPI. Yang mana satukah cara yang terbaik untuk mengahdapi masalah?



Haaaaaaaaaaa.. Benda nie la yang aku nak kongsikan hari nie. Aku tak cakap ini yang terbaik, sebab ia bergantung kepada seseorang individu. Tapi bagi aku, setelah aku cuba bermacam-macam cara untuk deal dengan masalah, aku rasa inilah yang terbaik untuk aku.

Senyum dan tenang

Memang fitrah manusia, bila kita ada masalah, kita akan rasa stress, tension, muka pon akan berubah mengikut tahap stress kita. Ada yang berkerut separuh, ada yang berkerut-kerut, ada yang sampai berkedut. Hahaha. Tetapi, perkara yang paling terbaik bila kita menghadapi masalah, sentiasa senyum dan tenang. Jangan tunjukkan pada orang lain yang kita ini mempunyai masalah yang besar. Benda ini aku dapat inspirasi daripada seorang kakak yang aku kenal dalam sebuah program. Sewaktu kitorang berehlah beramai-ramai di sebuah taman, Taman Layang-Layang (kalau korang kenal la), tiba-tiba kunci kereta dia hilang. Hilang beb. This is serious bro. Kunci kereta hilang, macam mana nak start enjin kereta, macam mana nak balik? Tapi dia hanya tersenyum sambil ke hulu ke hilir. Bila ditanya kenapa, dia jawab kunci kereta hilang. Semua orang jadi kelam kabut. Terus ramai-ramai tolong dia cari. Tapi dia masih lagi boleh tersenyum. Dan ditakdirkan Allah, kunci kereta dia dijumpai oleh seorang pakcik di dalam tong sampah. Aku terdetik di dalam hati. Selama nie, bila aku ada masalah, aku selalu stress dan muka akan menunjukkan aku ada masalah yang besar. Kenapa dia boleh sebegitu tenang, sedangkan dia seorang perempuan, dan aku seorang lelaki?



Dan apabila dibelek kembali sirah Rasulullah, itulah contoh teladan yang Rasulullah tunjukkan kepada kita. Bagaimana ketika seluruh keluarga baginda diboikot oleh penduduk Mekah selama tiga tahun, dan Rasulullah tetap tenang dan bersabar. Bagaimana ketika Rasulullah cuba berdakwah di Ta’if, dia disambut dengan lemparan batu dan kata-kata kejian. Rasulullah masaih boleh tenang dan senyum . Ketika ditanya oleh malaikat penjaga gunung, “Mahukah kamu jika aku terbalikkan gunung ini menimpa seluruh kaum di Ta’if?”, Baginda hanya berkata, “Yang aku inginkan adalah Allah bangkitkan satu generasai yang akan menyembah Allah dan tidak mempersukutukanNya”. Begitu hebat akhlak Rasulullah dalam menghadapi masalah baginda.

Benda inilah yang aku sentiasa cuba nak amalkan. Bila ada masalah, senyum, tenang dan bersikap positif. Otak kita akan lebih mudah untuk mencari penyelesaian.

Istighfar

Mungkin masalah yang menimpa kita tu adalah disebabkan kita ada melakukan dosa kepada Tuhan Pencipta kita. Sentiasalah beristighfar bila kita ada masalah. Jangan sesekali menyalahkan Allah di atas apa yang telah berlaku. Sungguh, Allah sentiasa ingin menguji hambaNya, adakah hambaNya itu sering berbaik sangka kepada Allah, ataupun sentiasa ingin bersangka buruk kepada Penciptanya.

Bacalah istighfar yang biasa kita lakukan selepas solat paling kurang, ataupon bacalah Sayyidul Istighfar, penghulu segala istighfar, mudah-mudahan Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Berdoa supaya dipermudahkan urusan

Sesudah beristighfar, berdoalah kepada Allah. Mohon supaya dipermudahkan segala urusan. Mohon supaya masalah ini berjaya diselesaikan. Mohon supaya Allah bantu kita di saat kita kesusahan. Merayu dan merintihlah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sangat suka pada hambaNya yang suka memohon kepadaNya.

Tarik nafas, fikir jalan penyelesaian

Tarik nafas perlahan-lahan, hembus. Tarik lagi, hembus. Tarik lagi, hembus. Fikirkan jalan terbaik. Aku pelajar engineering. Dalam semua subjek engineering, kitorang dilatih untuk menghadapi masalah dan memikirkan solution terbaik. Dalam final exam, semua soalan adalah berbentuk masalah, dan kitorang dikerah untuk memikirkan solution terbaik dalam tempoh beberapa jam. Kalau ada pape yang tak faham, tanya lecturer, lecturer akan jawab, “You are the engineer, you have to decide by your own”.





Begitulah juga dengan kehidupan. Kita adalah jurutera kehidupan kita sendiri. Rakan-rakan dan keluarga mungkin boleh memberi panduan, tetapi kita lah yang akan menentukan sendiri arah hidup kita. Dan bila kita ada masalah, kita sendirilah yang harus memikirkan solution terbaik untuk menyelesaikan masalah kita. Jika kurang yakin dengan sesuatu decision, istikharah lah. Pohon petunjuk daripada Tuhan Yang Mencipta kita. Percayalah, jika anda sudah tenang dan tersenyum dari awal berlakunya masalah, anda pasti akan mudah untuk memikirkan penyelesaiannya.



Sekadar empat cara itu saja yang aku mampu kongsikan. Semua ini bukan aku belajar dari mana-mana pakar motivasi. Aku hanya belajar dari pengalaman hidup. Aku pernah menjadi seorang yang tidur sepanjang hari bila ada masalah, aku pernah menjadi seorang yang sentiasa membuat muka berkerut-kerut, seolah-olah masalah kita lah yang paling besar kat dunia nie, dan aku pernah menjadi orang yang mengikut empat langkah di atas. And I found that this is the best way to deal with problems in life. Benarlah kata Julius Ceaser, “Experience is the teacher of all things”. Pengalaman adalah guru kepada semua perkara dalam hidup.

Sekian dulu dari meja menaip.

Jumpa lagi.

Rujukan Sirah Rasulullah:
Buku Riwayat Hidup Rasulullah SAW, karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terjemahan oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Mudhar.




Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!