Friday 18 November 2011

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi dapat bad news daripada SRC and FFSC. Haihh..

"Salam, for your information 10 of mahallah's cafeterias has been closed after the inspection made by Gombak's health inspectors under the Ministry of Health Malaysia.
The other SEVEN CAFETERIAS THAT ARE STILL OPENED are
1. Hafsah's cafeteria
2. Asma's cafeteria
3. Nusaibah's cafeteria
4. Halimah's cafeteria
5. Asiah's cafeteria
6. Safiyah's cafeteria
7. Centre's cafeteria

Those ten cafeterias failed to achieve 65% rating. the operators were asked to close those cafeterias immediately and were given two days to do cleaning operation for SECOND INSPECTION. they have to achieve 80% rating in order to pass the inspection. if they fail, those cafeterias will be CLOSED UNTIL THEY REACH THE REQUIRED RATING."

Ok. Kesimpulan. Pepandai la kau cari makan. Haha.

Sekian.

Monday 7 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

"Hayatilah hakikat pengorbanan sebenar berpaksikan cinta Ilahi." Dapat mesej daripada seorang kawan. Bila direnung kembali, sepanjang 19 tahun aku diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Allah nie, apa la pengorbanan yang telah aku buat untuk Islam. Entah la. Jasa dan bakti diri ini untuk membantu agama Allah terlalu sedikit ciput sangat rasanya. Kan. Tapi belum terlambat lagi untuk bangkit dari lena yang panjang. Untuk keluar dari keselesaan yang mencengkam. Untuk menolak selimut tebal yang membaluti diri. Ayuh. Ramai di luar sana memerlukan kita Mereka yang hampir dengan kita.

Bangkitlah wahai diriku, bangkitlah wahai teman-teman, bangkitlah wahai pemuda pemudi, bangkitlah wahai pejuang Islam yang terlena. Sedarlah, di luar sana, ramai yang masih tercari-cari cahaya kebenaran.

Selamat berjuang wahai pemuda pemudi. Sungguh, perjuangan itu memerlukan pengorbanan yang amat besar. Dan perjuangan itu haruslah bukan bersifat materialistik. Nun, di hujung perjalanan kita sana, seulas senyuman menanti dengan penuh  keriangan dan kegembiraan yang bersifat abadi, namun, ikhlas adalah syaratnya. 






p/s Sekarang dah malas nak update blog. Hahaha.

Monday 24 October 2011

Selamat sejahtera 1Malaysia.. Opssssssss!!

Okey. Straight to the point. Malas nak meleret-leret. Sebab malam dah membuta tapi aku tak membuta lagi padahal esok pagi-pagi ada kuiz. Tolong la jangan dapat kosong lagi. Haha.

Balik dari latihan tadi roomate bagi satu news baik punya. UIA TARIK BALIK PENGGANTUNGAN PROF AZIZ BARI.  Wahh. Satu decision yang sangat menakjubkan. Tak semena-mena. Kalau korang nak tahu, sekarang dah jadi satu fenomena baru kat UIA kesayanganku nie. Kat mana-mana kuliyah mesti nampak muka hero negara Prof Aziz Bari. He was really really supported by the whole IIUM community (bukan wifi okey) at this moment except by some figures (paham paham je la sape). Poster 'We support Prof Aziz Bari' memang bersepah di sana sini tapi sedap la mata memandang. Hahaha.

Berdiri teguh di belakang Prof Aziz

Supported
Minggu lepas, Solidariti Mahasiswa Malaysia dengan kerjasama Solidariti Alumni UIA buat demonstrasi-aman-tapi-last-last-jadi-kecoh-jugak. Demonstrasi tu dianggap separuh berjaya sebab memorandum berjaya diserahkan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood. Walaupun rancangan asal nak berarak pergi pejabat Rektor terhalang. Tapi okey la kan. Dan diorang cakap, kalau UIA tak ambil tindakan dalam masa terdekat, kita buat demo time PM nak turun UIA lak. Yang nie lagi grand. Hahaha.

Demonstrasi membela Prof 
Dan menjelang hari esok, hari dimana PM kesayangan korang dijangka datang ke UIA, tak semena mena malam nie dapat news baik yang penggantungan Prof Aziz Bari ditarik balik. Rasa-rasanya budak tadika pon boleh nampak sangat la wahai PM kesayangan korang. Rumours yang melanda dengan kencang bahawa tindakan UIA nie dipengaruhi oleh pihak atasan ternyata hampir 90% benar dengan berita terkini malam ini. Saya rasa macam tu la. Entah la. Hahaha.

PM kesayangan korang
Eh, ingat nak tulis pendek je. Tapi jadi panjang lak. Apepon, yang penting, time PM datang esok, aku nak pergi CAC. Wahhh.. Excited la nak jumpa PM. Hahaha.

"SUPPORT OUR ACADEMIC FREEDOM"
"STUDENT POWER"

That's all. Till then. Bye! 

Sunday 23 October 2011

Assalamualaikum.

Nothing much to say. Just wanna highlight, there's a great humiliation at Old Trafford just now that leaves Sir Alex Ferguson red-faces and their hard-die-fans silent all over the world. Congratz Roberto Mancini & Co. And perhaps the new king of Manchester will be throned soon.

Yeah! The Battle of the Rival

He's awesome!

Here where the new history made! Old Trafford Manchester.

Congratz Mancini & Co.
And......... It's      6-1!!!!
Mario Balotelli 22', 60'
Kun Aguero 69'
Darren Fletcher 81'
Edin Dzeko 90', 90+2'
David Silva 90+1

Wednesday 10 August 2011


Salam Ramadhan..

Pejam celik pejam celik, dah 10 hari kita berpuasa Ramadhan. Kan. Cepat giler masa berlalu. Tapi, sepanjang 10 hari nie, apa yang kita dah buat? Tawaran-tawaran hebat daripada Tuhan Rabbul Alamin kita rebut tak? Bagaimana dengan taraweh kita? Bacaan Al-Quran? Sedekah? Dan macam-macam lagi. Jom sama-sama kita muhasabah diri.



“Dah tak ramai dah orang kat masjid. Tak macam mula-mula puasa dulu. Dah macam solat Isya’ biase je.” Aku teringat kata-kata sepupu aku yang baru umur 6 tahun. Budak kecil pon boleh cakap macam tu. Budak kecil pon boleh rasa kesal macam tu. Tapi yang tua besar panjang nie, selamba je lapak kat kedai kopi time taraweh. Lagi-lagi kalau ada game bola masa tu kan. Lagi la liat. Jalan TAR pon dah start dipenuhi manusia-manusia. Stesen TV mula mendendangkan lagu-lagu raya. Suasana Syawal dah terasa. Padahal Ramadhan baru je 10 hari. Kan.

Jalan TAR. Ramai beb!


Teringat satu kata-kata seorang ustaz. Tak ingat dah kat tazkirah mana. Bila. Sape yang bagi tazkirah tu. Tapi dia kata, kalau ada 2 orang tetamu datang ke rumah kita, seorang tu lebih mulia kedudukan dia dan berjalan di hadapan, manakala seorang lagi berjalan di belakang. Sudah tentu kita mesti sambut yang berjalan di hadapan dulu kan. Tak kan nak sambut yang kat belakang. Samalah seperti Ramadhan. Analoginya begitu. Mudah. Ramadhan datang dulu. Ramadhan bulan yang mulia. Paling mulia. Tapi Syawal yang dibesar-besarkan oleh masyarakat kita. Ramadhan dibiarkan begitu saje. Mesti la Ramadhan terasa hati kan.

Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." 

[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

Jibril kata, tak masuk syurga orang yang dia sempat melalui Ramadhan, tapi Allah tak ampun dosa dia. Maknya dia buat dek je bila Ramadhan dating. Tak berusaha pon untuk tingkatkan amal ibadah. Bila dengar hadia nie, gerun jugak kan. Tak masuk syurga beb. Tak masuk syurga. Korang tak takut ke?

Sehubungan dengan itu, cehh, ayat skema karangan SPM lak. Jom kita sama-sama memperbaiki amalan kita. Masih ada kesempatan dan peluang. 20 hari yang tinggal nie jangan la kita sia-siakan. Rabutlah tawaran-tawaran dan ganjaran hebat daripada Tuhan Yang Maha Pengampun. Banyakkan berdoa jika kita da hajat. InsyaAllah ada peluang.
Ssalam Ramadhan. Salam Ibadah!


Friday 29 July 2011

Kecewa. Anda pon sama. Mungkin. Harimau berputih mata. Impian berkecai.Cuba lagi 2018. Selamat tinggal Malaysia. End of the dream. Sorry, Malaysia. Tajuk-tajuk muka belakang akhbar-akhbar utama negara. Utusan Malaysia. Berita Harian. Harian Metro. Kosmo!. News Strait Times. The Star. Sorakan 90,000 penyokong Malaysia gagal melemahkan semangat lawan. Stadium Nasional Bukit Jalil penuh. Full house. Sejarah tercipta. Tapi sejarah yang lagi satu gagal dicipta.



Malaysia bukan tidak hebat. Tapi tersilap percaturan. Memasukkan Ismail Faruqi yang baru mengutip 1 kap antarabangsa serta menunjukkan aksi mengecewakan pada perlawanan pertama adalah satu kesilapan. Mungkin. Juga membiarkan Baddrol Bakhtiar di bangku simpanan. Ketiadaan perancang utama, Safiq Rahim dan penyerang Norshahrul Idlan Talaha memang jelas dirasai. Ditambah lagi dengan tonggak pertahanan Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan selepas 22 minit beraksi. Memburukkan keadaan. Namun apakan daya. Bukan masanya lagi untuk kita mara sejauh itu. Cuba lagi 2018.

Full house bhai.
Beberapa jam lepas game tamat, dah ada page kat facebook. 100,000 People Request K. Rajagobal Resignation. C'mon la bro. Baru kalah sekali, dah nak request pelik-pelik. Dulu masa menang bukan main lagi sanjung. Sebelum tu, masa Malaysia belum menang apa-apa, sorang habuk pun player Malaysia dia tak kenal. Tak payah la nak jadi macam Roman Abramovich. Jose Mourinho pon dia nak fired. Rilek dulu. Rajagobal cakap, dia target Piala Asia 2015. Kalau tak dapat jugak, barulah kita buat apa yang patut kat dia. Lagipun, skuad sekarang nie skuad muda. Paling senior pon, 26 tahun. Safee Sali. Daripada First Eleven tu, 5 orang boleh main Olimpik lagi. C'mon la. Ubah mentaliti. Jangan nak harapkan kejayaan dalam masa singkat. Tak payah la nak berangan Malaysia main Piala Dunia 2014. Kasi masuk Piala Asia 2015 dulu la.

Barisan Harimau Malaya


So, sekarang, skuad Olimpik ada lagi. Perjuangan belum selesai. Sokong zaman berzaman. Harimau Malaya!!




Apa pun, aku menanti janji Datuk K Rajagobal. Piala Asia 2015 Australia!!!

Thursday 21 July 2011

Ada keluarga anda, ibu bapa atau saudara mara anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur tetapi tiada tempat penginapan? De' KL Homestay boleh menyelesaikan masalah anda. Hanya dengan RM 250 nett satu malam, anda dapat bermalam dengan cukup selesa. Jangan lepaskan peluang ini.

-Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
-3 km dari KLCC
-Berhampiran dengan AKLEH dan Stesen LRT Jelatek

-Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik mandi
-Parkir kereta berbumbung
-24 jam kawalan keselamatan
-Mempunyai kemudahan kolam renang, gymnasium dan taman permainan kanak-kanak
-Mempunyai kemudahan memasak
 (Microwave, fridge, kettle etc)









-Sesuai untuk pelajar universiti dan kolej untuk mengadakan reunion, camp, tamrin atau aktiviti-aktiviti lain.
-Sesuai untuk pelancong yang ingin menginap tak kira dalam mjangka masa yang pendek atau panjang.

Try us. Anda pasti tidak akan menyesal.
Berminat??
Hubungi saya di talian 013-9591123 atau 
email di tadz_jr@yahoo.com atau 
PM di Inbox Facebook saya!!


Kembalinya ke pangkuan Ilahi dua figura, seorang yg aku kenali secara umum, dan seorang lagi yang aku sayangi sepenuh hati membuatkan diri ini terfikir. Adakah sudah lengkap segala persiapan dan bekalan jikalau ditakdirkan aku mengikut jejak langkah mereka? Sungguh. Kematian itu tak mengenal usia. Tak mengenal sesiapa. Tak mengenal adakah kau kaya, popular, berkuasa. Juga tak mengenal adakah kaum miskin, dipandang hina, lemah tak berdaya. Islamkah kamu, kafirkah kamu, kematian tetap akan menjengah bila tiba masanya. Maka persiapkanlah bekalan kita. Bertaubatlah daripada segala dosa dan noda. Sebelum kita tak mampu berbuat apa-apa lagi. Sebelum matahari terbit dari ufuk barat. Sebelum pintu taubat yang terbuka luas itu dikunci rapat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Sesungguhnya, Dia berfirman di dalam Surah At-Tahrim ayat 8.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


Kisah Seorang Islam Yang Murtad

Diceritakan di dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RA, Ada seorang sahabat Nabi dari kalangan Ansar, dia masuk Islam kemudian dia murtad. Lepas dia murtad, dia rasa menyesal. Daripada bukan Islam, masuk Islam. Bila dah masuk Islam, murtad. Bila murtad, rasa menyesal tapi  takut nak jumpa Nabi. Maka dia suruh saudaranya pergi jumpa Nabi bagi pihak dia, tolong tanya Nabi bolehkah dia nak bertaubat. Maka saudaranya pergi jumpa Nabi dan bertanya, ada seorang saudara kami, dia nie Islam, lepas tu dia murtad. Bila dah murtad, dia menyesal. Dia minta tolong kami tanya, ada peluang tak dia nak bertaubat?

Nabi tak sempat nak jawab apa-apa. Allah turunkan ayat 86-89 Surah Ali ‘Imran.

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.

Tuhan marah. Kalau orang kafir masuk Islam, tak apa. Ini dah Islam, dah kenal Allah, dah kenal Islam, lepas tu buang Islam, pergi pilih kafir. Allah seolah-olah pelik. Dah dapat yang elok, pergi pilih yang tak elok. Dia dah jadi Islam, dah beriman dengan Allah, dah naik saksi bahawa Nabi tu betul. Dah datang kepada keterangan-keterangan mengenai Islam. Tuhan kata Dia tak boleh bagi hidayah kepada orang yang buat zalim kepada diri sendiri.

Sambung ayat tu, Allah berfirman.

Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).

Ayat tu kita baca, kita dah tahu, Tuhan marah. Tuhan marah sangat kepada orang yang Tuhan pilih dia Islam, bagi dia faham Islam, tiba-tiba dia buat Islam nie macam benda tak ada harga. Tuhan kata bagi orang yang macam nie, sudah dapat Islam lepas tu buang, bagi mereka laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya. Kekal mereka di dalam laknat, dan tidak diringankan azab ke atas mereka jikalau mereka tidak bertaubat.

Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian.

Allah mempunyai sifat pengampun. Mula-mula marah sangat, marah, marah, marah, last sekali dia bagi keampunan kepada orang yang bertaubat.

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bila turun ayat nie, Nabi rasa lega. Maka diutuskan orang kepada dia, bacakan ayat nie kepada dia. Masuk Islam balik orang yang murtad tu.

Hadis Sahih Riwayat An-Nasaie.


Kisah Umar Al-Khattab Masuk Islam

Allah SWT, kalau dia kata nak bagi hidayah, tak ada sape yang boleh halang. Masyarakat Quraisy tak pernah sangka Umar masuk Islam. Depa duduk tumpang kuat dengan dia. Duduk tumpang berani dengan dia. Tiba-tiba Allah SWT mahu Umar masuk Islam. Dengan satu insiden yang tak dirancang. Umar menapak ke rumah adik dia pun bukan ada rancang apa pun. Bila sampai-sampai, Allah yang rancang, adik dia tengah baca Al-Quran. Dia tanya, hang baça apa? Bagi aku nak tengok. Adik dia kata, tak boleh. Bila adik dia kata tak boleh, dia tampar adik dia, dia rampas lembaran Al-Quran Dan dia baça.

Taa’ Haa.
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Umar baça tu, bergoncang dada dia. Dia tanya adik dia, Muhammad ada di mana? Adik dia kata, abang, nak buat apa pun, buat kat sini je. Jangan pergi kat Nabi Muhammad. Dia kata, habaq kat aku Muhammad ada kat mana? Dia pun pergi ke rumah Al-Arqam Bin Abi Arqam.

Bila sampai kat sana, sebelah kanan Nabi ada Saidina Hamzah. Jadi orang kanan Nabi. Bila nampak saja Umar masuk, Hamzah bangun. Berdiri di depan Nabi. Tangan pegang pedang. Dia kata kalau Umar datang nak buat jahat, aku akan bersemuka dengan dia. Nabi kata, Ya Ammi, duduk. Umar datang. Allah hantar dia. Saidina Hamzah pergi ketepi pun, tangan tak lepas pedang. Pasai pa, dia kenal Umar nie. Umar masuk je menghadap Nabi, sampai depan Nabi, dia sua tangan kepada Nabi dan dia kata, Ya Muhammad, Islamkan aku. Satu benda yang sape pun tak pernah fikir. Allah SWT nak macam tu, macam tu lah jadinya.



Kisah Keislaman Wahsyi

Wahsyi nie orang yang bunuh Saidina Hamzah. Dia bunuh tu, bukan saja bapa saudara Nabi, tapi dia dah bunuh orang yang menjadi kekuatan Nabi. Lepas dia bunuh Hamzah, dia duduk Mekah. Nabi duduk di Madinah. Wahsyi pulak yang Allah pilih untuk bagi hidayah kepada dia. Apabila Wahsyi dapat hidayah Allah, teringin nak masuk Islam, dia tulis surat kepada Nabi di Madinah. Dia kata, Wahai Muhammad, aku teringin nak masuk Islam, tapi aku terhalang dengan ayat nie. Dia tulis ayat 68 Surah Al-Furqan.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

Macam mana aku nak masuk Islam, sedangkan aku buat semua benda nie. Aku syirik, aku sembah berhala. Bunuh orang, bukan kata bunuh orang, bapa saudara Nabi pun aku bunuh. Berzina, tu amalan hidup aku.

Bila Nabi terima surat tu, Allah turunkan ayat 70 Surah Al-Furqan.

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nabi balas surat Wahsyi dengan ayat nie. Bila dia terima surat Nabi, dia jawab balik. Dia kata, Wahai Muhammad, ayat tu pun masih ada syarat. Syarat dia, beriman da buat amal saleh. Aku kalau masuk Islam, aku belum tahu aku sempat tak buat amal saleh. Macam mana kalau aku masuk Islam, aku mati. Tak sempat buat amalan saleh.

Nabi terima surat dia, Nabi jawab balik. Surah An-Nisa ayat 116

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Wahsyi jawab balik. Dia kata, ada lagi tu. Kalau syirik, tak ampun dosa. Aku nie pernah sembah berhala. Macam mana?

Allah turunkan ayat 53 Surah Az-Zumar.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan Nabi hantar kat Wahsyi. Bila Wahsyi dapat surat Nabi bagitahu maçam nie, dia pergi ke Madinah. Sampai depan Nabi, dia kata “Aslimni Ya Rasulallah.” Masuk Islam Wahsyi. Lihatlah. Macam mana Allah mengatur benda nie. Seorang yang dahulunya penentang kuat Islam, Tiba-tiba dia masuk Islam dan menjadi pendukung kuat Islam. Sampai dia mati, nama dia dikenang sebagai pendukung Islam. Benda maçam nie pun berlaku zaman sekarang. Ahli Parlimen Belanda misalnya. Dan ramai lagi.

Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah, separuh hari sebelum dia mati, Allah terima taubat dia.”

Seumur hidup buat jahat, nak mati lagi sekerat hari, tiba-tiba dia bertaubat. Allah tahu dia bertaubat sungguh-sungguh, Allah terima taubat dia.

Satu sahabat lain kata, Nabi ada kata lebih daripada tu. “Barangsiapa yang bertaubat sejam sebelum dia mati, Allah terima taubat dia.”

Dan lagi satu Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang bertaubat sebelum nyawa sampai di ‘ghargharah’, Allah terima taubat dia.”

Nak mati lagi 5 minit, dia bertaubat. Allah tahu dia bertaubat sungguh-sungguh, Allah terima taubat dia.

Menjelang Ramadhan nie, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita. Kerapkan beristighfar. Kerapkan bertaubat kepada Allah atas segala dosa noda kita. Semoga Allah terima taubat kita.

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan.”



p/s Petikan kuliah agama Ustaz Dato’ Shamsuri Haji Ahmad..

Saturday 9 July 2011

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID

Walaupun tua, tetap bersemangat

Aku hairan. Yang di Pertuan Agong dah bagi kebenaran buat perhimpunan BERSIH kat stadium. Pemimpin-pemimpin BERSIH dan pakatan Rakyat pon dah setuju buat kat stadium. Alih-alih tak dapat permit nak buat kat Stadium Merdeka. Ape jadahnya kerajaan? Polis pon satu hal lagi. Memang hampeh. Hampeh sehampeh hampehnya. Roadblock di mana-mana. Setiap susur nak masuk highway ada roadblock. Kot. 

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Depa kata BERSIH nie perhimpunan haram. Boleh menggugat keselamatan negara. Yang polis pi tembak gas pemedih mata tu tak menggugat keselamatan rakyat ke? Biarlah rakyat berhimpun dengan aman. Ape masalahnya. Haish.




Malaysia nie macam nak perang dah hari nie. Aku duduk dalam kem tentera. Bangun pagi nak pergi solat Subuh kat masjid, ayah aku pesan bawak wallet. Biase aku tak bawak. Takut-takut pengawal post guard nak cek. Semalam diorang buat announcement suruh semua anggota pergi ke pejabat. tengah-tengah malam tu. bawah perintah Ordinan Darurat. Apekah? Bila aku pergi masjid solat Subuh, lalu kat post guard, tengok anggota keselamatan tentera tengah bawak turun guni-guni yang biasanya jadi benteng peluru time perang tu. Lepas solat Subuh, nak balik rumah, tengok dah ada mesingan kat tempat tu. Gaya macam ada orang nak serang pangkalan tentera je. Apesal diorang gelabah semacam nie? BERSIH je pon. akut ape jadahnye.

Ayah aku cakap diorang nie takut sangat. Lepas tengok revolusi di Timur Tengah yang berjaya menjatuhkan beberapa buah kerajaan. Time BERSIH 2007 yang lepas, tak de la seteruk macam nie diorang punya provokasi. Haish.

Apepon, semoga berjaya kepada peserta-peserta BERSIH termasuk kakak aku. Aku pun nak pergi sebenarnya. tapi tak ada geng. Tak kan nak pergi sorang-sorang tak kenal sape-sape. Tak best pulak. Kakak aku pun pergi dengan geng GAMIS dia. Last-last duduk rumah je la. Tunggu versi 3.0 pulak. Harapnya dah tak ada versi seterusnya sebab pilihanraya dah adil. Semoga...


Monday 27 June 2011

Terdetik hati nak menulis pagi nie. Tapi tak tahu nak tulis apa. Haha. Idea kering kontang. Otak bila lama tak di asah, memang jadi macam nie. Tapi nak asah otak bukan guna batu pengasah ye. Kalau nak pakai batu pengasah jugak, sila gali tanah sedalam 6 kaki siap-siap. Otak diasah dengan ilmu. Sebab itu, kita belajar mesti niat untuk dapat ilmu. Niat kerana Allah. Bukan untuk lulus exam dengan warna-warna yang berterbangan bak kata Mr Mat Saleh. Pass with flying colours. Kalau setakat nak cemerlang dalam exam, senang je. Malam exam hafal satu buku, kalau sempat la. Kalau tak sempat sambung lepas Subuh esoknya. Then, masuk dewan muntahkan balik semua yang dihafal. Bila pemeriksa semak kertas, dia jadi takjub. Tak ada salah pon. Perfect. Tapi yang si mamat tu, lepas keluar dewan je, ape pon dia tak tahu. Sebab ilmu tu transit sekejap je dekat otak dia. Lepas tu dia sambung balik flight dia, landing kat atas kertas exam. Sia-sia la apa yang dia belajar selama ini. Cerita tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

Sabda Rasulullah SAW :
Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sebenarnya hari nie aku nak cerita pasal benda lain. Tapi tersalah masuk simpang pulak. Terkeluar cerita belajar kerana nak lulus exam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Okey. Pulas stereng 180⁰. Tukar simpang. Korang pernah tak inginkan sesuatu sangat-sangat, tapi tak dapat? Sabar. Soalan belum habis. Lepas tu, korang sabar. Tak lama kemudian, korang dapat sesuatu yang lebih baik daripada benda yang korang nak sangat-sangat separuh mati tapi tak dapat. Korang pernah tak melalui perkara macam tu? Eh, apesal aku tanya ek? Aku tanya bukannya korang jawab pon. Huhu.

Minggu lepas offer letter untuk masuk Gombak dah keluar. Biasanya orang akan nervous, berdebar-debar dan cuak tahap tak ingat nak makan nasi bila nak tengok offer letter je. Sebab dekat offer letter tu akan ada tertulis majoring apa yang kita dapat. Tapi untuk budak BAR, BEN, LAWS, MEDIC, ape lagi ek, dan yang sama waktu dengannya, diorang tak kisah sangat. Sebab diorang tak ada majoring. Kot. Tapi aku buka offer letter tu tanpa ada apa-apa feel sebab dah tahu dapat majoring apa. Ada la sorang kawan aku yang baik hati sangat-sangat, pi tengok aku punya (macam mana dia hack aku pon tak tahu dan tak nak tahu) and tulis kat facebook. Bengang betol aku. Baru je nak feel tengok offer letter. Tapi tak pa la. Tak de pape pon.

Kuliyyah of Engineering

Alhamdulillah aku dapat aku punya first choice. Aerospace. Kalau kat offer letter dia tulis Bachelor of Engineering (Aerospace) HONS. Syukur sangat-sangat. Sebab aku memang minat kapal terbang sejak kecil lagi. Yela. Lahir-lahir dah dengar cerita pasal kapal terbang. Bila dah boleh berjalan, tengok ayah tengah ukir kapal terbang hiasan. Buat pakai kayu. Bila boleh melompat sikit, Nampak ada kapal terbang kecil dalam almari. Bila boleh berlari, keluar rumah je dengar bunyi kapal terbang. Bila dah pandai menyelongkar, tengok kat rak buku penuh dengan buku-buku dan majalah kapal terbang. Akhirnya minat itu hadir dengan sendirinya dengan izin Allah. Tanpa diminta. Tanpa dipaksa. Sekarang rumah pon dekat dengan airport. Bila dah boleh berfikir, orang Arab cakap, mumayyiz, maka terkeluarlah satu fikiran dan azam. Cita-cita bila dah besar nanti nak jadi driver bus. Eh, bukan. Driver airbus. Hahaha.

Itu cerita zaman kecil. Zaman berhingus. Zaman hisap botol susu. Bila dah besar sikit, masuk Form 1, dah kena pakai alat bantuan penglihatan. Bunyi macam tragis je. Padahal spek mata je pon. Al-maklumlah. Bila dah rabun, kena pakai spek. Tu la. Masa kecil-kecil, tak nak dengar cakap ayah. Ayah cakap jangan baca buku sambil baring, buat jugak. Benda dah jadi tabiat, memang susah nak ubah. Selalu je bila nak baca buku, aku duduk. Tapi bila dah habis baca, tengok-engok tengah baring. Hahaha. Saat spek mata tu dipakai buat pertama kalinya, cita-cita nak jadi driver bus udara melayang pergi tanpa sepatah pon ucapan selamat tinggal. Merobek hati dan perasaan aku. Mungkin ayah aku pon sama. Tapi I’m not very sure.

Masa berlalu dengan pantas. Aku pon dah tak fikir pasal benda tu lagi. Dah tak fikir pasal cita-cita. Tapi bila kaki melangkah masuk dlam kelas Form 5, nak tak nak kena fikir balik jugak. Yela. Nak pilih samada nak ambil Fizik, Kimia, Bio ke tak. Akhirnya, keluar satu keputusan. Aku nak ambil engineering kat oversea. So, aku nak ambil Fizik dan Kimia je. Bio tak nak. Aku pon belajar la siang malam, walaupun lebih banyak main daripada belajar. Lebih banyak tidur daripada belajar. I admit. Tup tap tup tap sampai musim exam SPM. Masuk keluar masuk keluar dewan, tamatlah tempoh berkurung selama sebulan. Terus keluar pergi bandar makan Pizza. Hahaha. Kempunan punya pasal. Then, result pon keluar. Bila tengok result, bulat mata. Syukur Alhamdulillah. Tapi. Ya Allah, Kimia aku dapat B+. Bila tengok balik requirement JPA dan semua scholarship untuk pergi oversea, tak lepas. Kalau nak ambil engineering, Kimia kena at least A-. Last-last aku apply Actuarial Science. Sains Aktuari. Mintak pergi UK bawah MARA. Jauh melencong daripada yang asal. Engineering. Lagi jauh daripada yang masa kecil-kecil punya. Kapal terbang. Aku pon tak tahu aku minat ke tak dengan Sains Aktuari nie. Tapi nak pergi oversea punya pasal. Kalau accountance tu, tak minat sangat.

MARA oh MARA

Hari interview tiba. Pergi la interview. Cakap omputih soseh soseh depan dua orang pegawai dia. Sorang rijal, sorang lagi woman. Lepas tu balik. Hari keluar keputusan. Dukacita dimaklumkan anda gagal dalam permohonan Skim Pelajar Cemerlang tajaan MARA. Masa tu menggigil satu badan. Frust yang teramat sangat. Impian berkubur macam tu je. Dekat tanah perkuburan MARA. Hahaha. Pergi oversea kan. Sape tak nak. Tapi tu la hakikat yang Allah dah tetapkan.

UIA Petaling Jaya menjadi destinasi aku seterusnya. Sambung belajar. Fizik, Kimia, Math. Seperti biasa, lebih banyak main daripada belajar. Then, aku tahu UIA ada Aerospace Engineering. Masa pergi Discovery Kuliyyah of Engineering (DisKOE), aku dengar taklimat pasal Aerospace Eng. Dia cakap course nie lebih kepada design kapal terbang. Final year project adalah buat kapal terbang control. Teruja aku dengar. Bila tiba masanya untuk streamline course, aku pun pilih la Aero (nama singkatan) first choice. Dan apabila keluar keputusannya minggu lepas. Congratulations! We are pleasured to inform you that the University has decided to offer you admission into BACHELOR OF ENGINEERING (AEROSPACE) (HONOURS)*.

Offer letter
Kapal terbang control

Alhamdulillah. Aku terima semua ini sebagai takdir yang Allah dah tetapkan sejak azali. Mungkin ada sebabnya kenapa aku tak dapat jadi driver airbus, atau nama popularnya, pilot. Mungkin ada sebabnya kenapa aku tak dapat pergi oversea. Kalau aku ambil Sains Aktuari tu, entah apa la yang jadi kat aku sekarang. Aku bukan pandai sangat pon Mathematics. Dan Sains Aktuari nie memang untuk budak super duper genius Maths je. Allah tak bagi aku pergi oversea, tapi dia bagi aku belajar benda yang aku sangat minat. Kapal terbang. Maka benarlah firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 216..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Walaupun ayat nie diturunkan untuk mereka-mereka yang enggan berperang. Tapi ia masih boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Masa aku nak mintak Aero nie, ramai yang baik hati bagi komen. Susah nak kerja. Tak prospek. Mana ada kilang buat kapal terbang kat Malaysia nie. Malaysia bukan pengeluar kapal terbang dunia. Dan bla bla bla. Aku hargai semua itu. Tapi aku dah buat istisyarah dan istikharah. Dah Tanya ramai orang especially senior yang ambil bidang nie jugak. Dan aku berpuas hati dengan jawapan diorang. Tak kira la orang nak kata tak ada kerja ke, apa ke. Aku peduli apa. Akhirnya Allah bagi yang ini. Dan aku yakin. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa.

Sebab Allah dah sebut dalam Surah Al-An’am ayat 59:
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Pengajarannya disini. Walaupun kita tak dapat sesuatu yang sangat-sangat kita inginkan, nak sangat tahap berhingus, impian sejak lahir orang kata, tapi tak dapat. Maka janganlah kita meraung melolong, mogok lapar, kurung diri dalam bilik 40 hari, menyalahkan takdir sampai tak ingat yang kita nie masih ada Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ingatlah bahawa Allah sebaik-baik planner, perancang walaupun kita dah rancang hidup kita sehabis baik. Yakinlah dengan Allah, kerana sesungguhnya orang yang tak yakin dengan Allah bukanlah dikalangan orang-orang yang beriman.

p/s Aku nak tulis pendek je sebenarnya. Sebab ada yang komen, mostly entry aku semua panjang panjang. Tak larat nak baca. Tapi bila dah siap tulis, tengok panjang jugak. Harap maaf. Hahaha. J

Thursday 23 June 2011

Assalamualaikum..

Kembali menjenguk blog famous nie lepas minum kopi pagi tadi. Kopi radix. Mai secawan. Haha. Semalam pergi UIA PJ lagi. Ambil academic transcript dan hal-hal lain. Hal-hal rahsia. Hehe. Alhamdulillah. Dah dapat academic transcript. Maknanya, officially aku dah graduated from CFS. Nak masuk kampus pon kena pakai pas visitor. Eleh, tu sebab pak guard tu yang kerek. Pak guard lain rilek je bagi aku masuk. Selamba je. Cehh. Teremosi lak kan. Never mind. Kat UIA semalam jumpa ramai kawan-kawan. Sebab tu rasa berat hati je nak balik. Jumpa roommates, of course. Jumpa buda silat, budak pub pro, classmates dan ramai lagi. Seronok jumpa diorang.

Actually, memang rasa sedih nak tinggalkan tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Tempat yang mengajar aku menghargai nilai sebuah bangunan walaupun dah buruk nak roboh tapi masih lagi mampu berbakti. Oh my SMAWP. Tempat yang bagi aku rasa macam duduk kat UK walaupun aku kat Malaysia je. Oh my Block E. Tempat yang kasi aku main facebook time kelas. Oh my Computer Lab. Oppss. Alamak! Kantoi. Dan yang paling penting, tempat aku dapat penuhkan poket aku. Oh my ATM Machine depan klinik. Hahaha. Tak lupa tempat aku berjaga pagi bersorak tengok bola. Oh my UKC Level 1. Masa tu ABC tak ada astro lagi. Sekarang dah tak payah susah-susah merantau tempat orang. Tapi aku sempat rasa astro kat common room ABC tu 3 minggu je. Lagi 3 minggu aku nak habis baru dia terhegeh-hegeh nak pasang. Haha, Apepun, syukur!

SMAWP yang aku sayang!!

 Bak kata orang. Setiap pertemuan ada perpisahan. Mungkin kita tak pernah berpisah dengan mak ayah dan adik beradik, tapi bila masuk asrama, berpisah jugak kan. Mungkin kita tak pernah berpisah dengan kawan rapat, kamceng sangat sampai nak pergi mandi pon sama-sama, tapi bila kita kawin, tak kan nak duduk sama-sama lagi kan. Kalau kita tak pernah berpisah dengan seseorang tu pun, percayalah kematian pasti akan memisahkan kita. Mana ada orang yang tak akan mati. Itulah rencah kehidupan. Bertemu dan berpisah. Tiba-tiba aku teringat sebuah hadis yang aku hafal masa nak exam SMU time Form 4 dulu.

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

Aku nak highlight dekat no 4. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Pun dapat pahala. Bukan setakat pahala. Dapat naungan di padang mahsyar kelak. Insya Allah.
Semua benda yang kita buat kerana Allah, insya Allah ada ganjaran menanti. Dan semua benda kita buat mesti niat kerana Allah. Contoh solat. Kita solat mesti kerana Allah. Bukan solat kerana nak dapat pahala. Salah tu. Pahala tu sebagai ganjaran daripada Allah. Allah yang berhak nak bagi. Tak semestinya bila kita solat, kita dapat pahala. Kalau solat tapi lalai, apa gunanya. Sebab Allah dah berfirman dalam Surah Al-Ma’un ayat 1-7 :

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

 Eh, dah jauh melencong. Dah terbagi tazkirah lak. Tak pe. Sebagai peringatan kita bersama. Sebenarnya, di kesempatan nie, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua lecturer yang mengajar aku sepanjang 3 semester aku kat UIA. Juga mohon maaf atas segala salah dan silap. Tido dalam kelas, tak siap tutorial, main facebook (khusus untuk kelas comp), datang lambat, ponteng kelas, jeling-jeling manja orang sebelah time kuiz (tapi dalam exam aku jujur ok) dan macam-macam lagi. Maklumlah. Aku memang budak Engin sejati. Budak nakal. Haha.

Maths I                 -   Madam Nuraslinda Shahrom
Maths II                -   Madam Hamidah Alamin
Maths III               -   Madam Hasnun Zahibi *
Physics I              -   Sir Izdihar Ishak / Madam Aida Fazliza Md Fadzil
Physics II             -   Sir Izdihar Ishak *
Chemistry I           -   Madam Suzana Mohamad Taib / Madam Wan Ainna Mardhiah Wan Shaffiee
Chemistry II          -   Madam Horshiah Abdul Samad
Computer I           -   Miss Syarida Hanum Abu Hassan / Madam Ayu Rafikah Mohd Zin
Computer II          -   Madam Hafisah Sulaiman
BTQ                    -   Ustaz Muhammad Jasri Ishak
RIM                     -   Madam Saudah Ismail
* Lecturer favourite aku!!!

Maths II
Comp II
Maths III

Physics II

Thank you very much to all my lecturers. Maafkan saya kalau ada salah dan silap yang mengguris hati sir/madam/miss. Jasamu dikenang…

Tak lupa juga ucapan terima kasih dengan sepenuh hati kepada madams dan misses LEP, Madam Nawal, Madam Marshita, Miss Khairiyah dan ramai lagi. Juga kepada staff-staff di LTD, Ustaz Nazri, Ustazah Sharifah yang banyak membantu sepanjang aku jadi fasi fardhu ayn dan sepanjang Kembara Du’at. Kepada jurulatih-jurulatih silat, Abang Faizals (sebab ada 2 orang), Abang Hazree, Abang Adil, Abang Fahmi, Abang Amin,  Abang Farid dan Ustaz Kahar. Tak ketinggalan juga kepada staff di STAD, Abang Carlos dan Abang Roy yang sudi membantu semasa Taa’ruf Programme. Tak dipinggirkan juga pak guard mak guard yang pernah main kejar-kejar ngan aku, yang pernah marah aku sampai tendang gate, yang pernah sudi borak-borak ngan aku, juga kepada mak cik kafe yang kasi murah (nasi + ayam + sayur + air = RM 3.50 kalau tak silap, lupa dah) sampai kawan aku Afiq dengki, juga mamak ali bistro yang selalu tak kisah kalau tak cukup sposen dua, juga mak cik cleaner yang saban hari basuh bilik air kitorang. Ada lagi tak yang tak sebut? Haha. Sekali lagi aku ucap. Terima kasih, terima kasih, terima kasih…

Habis yang tu. Sekarang masuk yang lain lak. Haha. Di kesempatan nie jugak, aku nak ucap jutaan terima kasih kepada semua kenalan, kawan, sahabat dan teman yang pernah kenal aku selama aku di UIA. Juga nak mohon berbillion kemaafan kalau ada buat salah dan silap. Aku taw aku memang banyak buat salah. Aku minta maaf kepada sape-sape yang pernah aku kutuk, ajuk, perli, nyeinyei (kalau orang Kelantan paham la) dan macam-macam lagi. Bukan apa. Kutuk-kutuk manja je. Nak bergurau je. Gurau kasaq. Tak ade niat pon nak kutuk. Haha. Biasa la. Mulut laser macam aku memang susah nak control. Dah la tak de insurans lak tu.

Pastu aku nak minta maaf kepada mereka-mereka yang bila bercakap ngan aku, guna ‘ana enta’ tapi aku balas pakai ‘aku kau’ je. Bila fikir balik, kesian plak. Macam tak patut lak. Tapi bukan apa. Aku tak syok la cakap ‘ana enta’ nie. Rasa macam ada gap. Kalau ‘aku kau’, rasa macam lagi mesra. Tak ada gap. Tak pe. Aku akan cuba biasakan ber’ana enta’. Tapi kalau ‘i you’, lagi la tak tahan. Rasa macam nak terkeluar isi perut. Taik telinga pon cair kot. Meleleh keluar boleh buat ubat resdung. You nak pergi mana tu? I nak balik bilik jap. Uweekksss. Hahaha. Juga nak minta maaf kepada kawan-kawan yang selalu kena buli ngan aku. Aku memang suka buli orang. Tapi tak main la buli fizikal nie. Buli mental lagi best. Haha. Sape-sape yang rasa selalu kena buli tu, maafkan aku ye. Juga kepada mereka-mereka yang selalu kena dengar aku membebel. Minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 133-134..
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Kepada roommates aku. Mirul, hariz, alip, khairil, is, wan, apih, syah, aiman. Terima kasih banyak tolong aku. Tidur sekali, makan sekali, blaja sekali, futsal sekali, main PES sekali. Minta maaf kalau banyak buat salah. Juga roommates aku time short sem. Que, syamim, afiq, zuhdi, ihsan, syah, mirul. Ayat sama. Terima kasih dan minta maaf. Tak lupa juga classmates. Afiq, zuhdi, paan, amir, hakeem, aidil, syed, chot, atiq, najib, fahmi, fakhry, hafiz, hilmi dan rizwan (walaupun dah tak ada), hanim, tengku, syazana, kak su, adlin, beah dan ramai lagi. Malas nak taip. Juga kepada budak-budak LEP. Acap, joul, rafiq, syafiq syko, yin, nazri, umar, dana, matin, hisyam, azizi, mail, syarafi, awanis, fazira. Ada lagi yang tak sebut. Tak ketinggalan budak silat. Hafiz, hatim, kembar syakir syahir, ihsan, umar, firdza, syaiful, putra, bad, luqman dan yang lain. Juga geng Kembara Du’at. Nidzam, syahmi, syahidan, thaqib, salleh, soleh, muiz, syafiq, hafizi, anwar dan lain-lain. Yang sisters memang tak ingat langsung. Ingat kak Ain sorang je.

Bajet macho semua.
ABC 315

Classmates

Classmates
Budak LEP

Budak silat

Fasilitator Training (Fastrain) di PD

Kembara Du'at 2011

Juga pasti tak akan dilupakan. Buat budak-budak Pub Pro Taaruf Week. Bos, Faizol dan assistant, Saidah. Muaz, syafiq, anas, syaqil, shaqim, syakir, azhar, irshad, azwan. Wan, mai, aina, hafizah, izzati, ezzati, sharifah, mar, liyana, fatin, nazu, ain, syuhada, hayati, mimi, sofiah, aisyah, hikmah, wahida, amira, kak hazirah.. Terima kasih banyak tolong aku dan minta maaf sebab tak banyak sumbang idea, senyap je dalam meeting, buat muka serius dan banyak tak buat kerja.

Family Pub Pro!!!

Eh, ada lagi. Kepada budak-budak usrah. Buat abang Naqib, abang Akram. Nanti kat Gombak saya nak join usrah abang lagi. Juga kepada ahmad kamil, haziq, hazman, syahrin, luqman, muhaimin, syahir dan yang lain. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Juga kepada mereka yang kenal aku tak langsung, tak kira la kenal kat masjid ke, kat padang bola, kat court futsal, kat tandas pon boleh atau kenal dalam mana-mana program, minta maaf atas segalanya.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku tak kira dalam pelajaran, gerak kerja, permainan, dan semuanya. Mohon maaf atas segala silap dan salah. Yang nama dia tak tertulis tu, jangan terasa hati ye. Tak larat den nak tulis semua. Tulis yang terlintas dalam kepala je. Hahaha. Apepon, peace no war. Kira 0-0 ye. Lagi satu, sape-sape yang ada hutang ngan aku, aku halalkan. Sape- sape yang aku ada hutang ngan dia, bagi tahu aku. Insya Allah nanti aku bayar. Tolong bagi tahu. Jangan segan-segan ye. Sebab aku takut dengan satu hadis Nabi nie….

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani

Dan juga…
Sabda Rasulullah SAW :
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
- Hadis riwayat Muslim

MINTA MAAF DAN TERIMA KASIH.. ALL THE BEST UNTUK KAWAN-KAWAN YANG MASIH DI PJ. JUMPA LAGI KAT GOMBAK. KALAU YANG PERGI KUANTAN, JUMPA LAGI TIME KONVO NANTI…





Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!