Monday, 27 June 2011

Terdetik hati nak menulis pagi nie. Tapi tak tahu nak tulis apa. Haha. Idea kering kontang. Otak bila lama tak di asah, memang jadi macam nie. Tapi nak asah otak bukan guna batu pengasah ye. Kalau nak pakai batu pengasah jugak, sila gali tanah sedalam 6 kaki siap-siap. Otak diasah dengan ilmu. Sebab itu, kita belajar mesti niat untuk dapat ilmu. Niat kerana Allah. Bukan untuk lulus exam dengan warna-warna yang berterbangan bak kata Mr Mat Saleh. Pass with flying colours. Kalau setakat nak cemerlang dalam exam, senang je. Malam exam hafal satu buku, kalau sempat la. Kalau tak sempat sambung lepas Subuh esoknya. Then, masuk dewan muntahkan balik semua yang dihafal. Bila pemeriksa semak kertas, dia jadi takjub. Tak ada salah pon. Perfect. Tapi yang si mamat tu, lepas keluar dewan je, ape pon dia tak tahu. Sebab ilmu tu transit sekejap je dekat otak dia. Lepas tu dia sambung balik flight dia, landing kat atas kertas exam. Sia-sia la apa yang dia belajar selama ini. Cerita tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

Sabda Rasulullah SAW :
Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sebenarnya hari nie aku nak cerita pasal benda lain. Tapi tersalah masuk simpang pulak. Terkeluar cerita belajar kerana nak lulus exam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Okey. Pulas stereng 180⁰. Tukar simpang. Korang pernah tak inginkan sesuatu sangat-sangat, tapi tak dapat? Sabar. Soalan belum habis. Lepas tu, korang sabar. Tak lama kemudian, korang dapat sesuatu yang lebih baik daripada benda yang korang nak sangat-sangat separuh mati tapi tak dapat. Korang pernah tak melalui perkara macam tu? Eh, apesal aku tanya ek? Aku tanya bukannya korang jawab pon. Huhu.

Minggu lepas offer letter untuk masuk Gombak dah keluar. Biasanya orang akan nervous, berdebar-debar dan cuak tahap tak ingat nak makan nasi bila nak tengok offer letter je. Sebab dekat offer letter tu akan ada tertulis majoring apa yang kita dapat. Tapi untuk budak BAR, BEN, LAWS, MEDIC, ape lagi ek, dan yang sama waktu dengannya, diorang tak kisah sangat. Sebab diorang tak ada majoring. Kot. Tapi aku buka offer letter tu tanpa ada apa-apa feel sebab dah tahu dapat majoring apa. Ada la sorang kawan aku yang baik hati sangat-sangat, pi tengok aku punya (macam mana dia hack aku pon tak tahu dan tak nak tahu) and tulis kat facebook. Bengang betol aku. Baru je nak feel tengok offer letter. Tapi tak pa la. Tak de pape pon.

Kuliyyah of Engineering

Alhamdulillah aku dapat aku punya first choice. Aerospace. Kalau kat offer letter dia tulis Bachelor of Engineering (Aerospace) HONS. Syukur sangat-sangat. Sebab aku memang minat kapal terbang sejak kecil lagi. Yela. Lahir-lahir dah dengar cerita pasal kapal terbang. Bila dah boleh berjalan, tengok ayah tengah ukir kapal terbang hiasan. Buat pakai kayu. Bila boleh melompat sikit, Nampak ada kapal terbang kecil dalam almari. Bila boleh berlari, keluar rumah je dengar bunyi kapal terbang. Bila dah pandai menyelongkar, tengok kat rak buku penuh dengan buku-buku dan majalah kapal terbang. Akhirnya minat itu hadir dengan sendirinya dengan izin Allah. Tanpa diminta. Tanpa dipaksa. Sekarang rumah pon dekat dengan airport. Bila dah boleh berfikir, orang Arab cakap, mumayyiz, maka terkeluarlah satu fikiran dan azam. Cita-cita bila dah besar nanti nak jadi driver bus. Eh, bukan. Driver airbus. Hahaha.

Itu cerita zaman kecil. Zaman berhingus. Zaman hisap botol susu. Bila dah besar sikit, masuk Form 1, dah kena pakai alat bantuan penglihatan. Bunyi macam tragis je. Padahal spek mata je pon. Al-maklumlah. Bila dah rabun, kena pakai spek. Tu la. Masa kecil-kecil, tak nak dengar cakap ayah. Ayah cakap jangan baca buku sambil baring, buat jugak. Benda dah jadi tabiat, memang susah nak ubah. Selalu je bila nak baca buku, aku duduk. Tapi bila dah habis baca, tengok-engok tengah baring. Hahaha. Saat spek mata tu dipakai buat pertama kalinya, cita-cita nak jadi driver bus udara melayang pergi tanpa sepatah pon ucapan selamat tinggal. Merobek hati dan perasaan aku. Mungkin ayah aku pon sama. Tapi I’m not very sure.

Masa berlalu dengan pantas. Aku pon dah tak fikir pasal benda tu lagi. Dah tak fikir pasal cita-cita. Tapi bila kaki melangkah masuk dlam kelas Form 5, nak tak nak kena fikir balik jugak. Yela. Nak pilih samada nak ambil Fizik, Kimia, Bio ke tak. Akhirnya, keluar satu keputusan. Aku nak ambil engineering kat oversea. So, aku nak ambil Fizik dan Kimia je. Bio tak nak. Aku pon belajar la siang malam, walaupun lebih banyak main daripada belajar. Lebih banyak tidur daripada belajar. I admit. Tup tap tup tap sampai musim exam SPM. Masuk keluar masuk keluar dewan, tamatlah tempoh berkurung selama sebulan. Terus keluar pergi bandar makan Pizza. Hahaha. Kempunan punya pasal. Then, result pon keluar. Bila tengok result, bulat mata. Syukur Alhamdulillah. Tapi. Ya Allah, Kimia aku dapat B+. Bila tengok balik requirement JPA dan semua scholarship untuk pergi oversea, tak lepas. Kalau nak ambil engineering, Kimia kena at least A-. Last-last aku apply Actuarial Science. Sains Aktuari. Mintak pergi UK bawah MARA. Jauh melencong daripada yang asal. Engineering. Lagi jauh daripada yang masa kecil-kecil punya. Kapal terbang. Aku pon tak tahu aku minat ke tak dengan Sains Aktuari nie. Tapi nak pergi oversea punya pasal. Kalau accountance tu, tak minat sangat.

MARA oh MARA

Hari interview tiba. Pergi la interview. Cakap omputih soseh soseh depan dua orang pegawai dia. Sorang rijal, sorang lagi woman. Lepas tu balik. Hari keluar keputusan. Dukacita dimaklumkan anda gagal dalam permohonan Skim Pelajar Cemerlang tajaan MARA. Masa tu menggigil satu badan. Frust yang teramat sangat. Impian berkubur macam tu je. Dekat tanah perkuburan MARA. Hahaha. Pergi oversea kan. Sape tak nak. Tapi tu la hakikat yang Allah dah tetapkan.

UIA Petaling Jaya menjadi destinasi aku seterusnya. Sambung belajar. Fizik, Kimia, Math. Seperti biasa, lebih banyak main daripada belajar. Then, aku tahu UIA ada Aerospace Engineering. Masa pergi Discovery Kuliyyah of Engineering (DisKOE), aku dengar taklimat pasal Aerospace Eng. Dia cakap course nie lebih kepada design kapal terbang. Final year project adalah buat kapal terbang control. Teruja aku dengar. Bila tiba masanya untuk streamline course, aku pun pilih la Aero (nama singkatan) first choice. Dan apabila keluar keputusannya minggu lepas. Congratulations! We are pleasured to inform you that the University has decided to offer you admission into BACHELOR OF ENGINEERING (AEROSPACE) (HONOURS)*.

Offer letter
Kapal terbang control

Alhamdulillah. Aku terima semua ini sebagai takdir yang Allah dah tetapkan sejak azali. Mungkin ada sebabnya kenapa aku tak dapat jadi driver airbus, atau nama popularnya, pilot. Mungkin ada sebabnya kenapa aku tak dapat pergi oversea. Kalau aku ambil Sains Aktuari tu, entah apa la yang jadi kat aku sekarang. Aku bukan pandai sangat pon Mathematics. Dan Sains Aktuari nie memang untuk budak super duper genius Maths je. Allah tak bagi aku pergi oversea, tapi dia bagi aku belajar benda yang aku sangat minat. Kapal terbang. Maka benarlah firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 216..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Walaupun ayat nie diturunkan untuk mereka-mereka yang enggan berperang. Tapi ia masih boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Masa aku nak mintak Aero nie, ramai yang baik hati bagi komen. Susah nak kerja. Tak prospek. Mana ada kilang buat kapal terbang kat Malaysia nie. Malaysia bukan pengeluar kapal terbang dunia. Dan bla bla bla. Aku hargai semua itu. Tapi aku dah buat istisyarah dan istikharah. Dah Tanya ramai orang especially senior yang ambil bidang nie jugak. Dan aku berpuas hati dengan jawapan diorang. Tak kira la orang nak kata tak ada kerja ke, apa ke. Aku peduli apa. Akhirnya Allah bagi yang ini. Dan aku yakin. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa.

Sebab Allah dah sebut dalam Surah Al-An’am ayat 59:
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Pengajarannya disini. Walaupun kita tak dapat sesuatu yang sangat-sangat kita inginkan, nak sangat tahap berhingus, impian sejak lahir orang kata, tapi tak dapat. Maka janganlah kita meraung melolong, mogok lapar, kurung diri dalam bilik 40 hari, menyalahkan takdir sampai tak ingat yang kita nie masih ada Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ingatlah bahawa Allah sebaik-baik planner, perancang walaupun kita dah rancang hidup kita sehabis baik. Yakinlah dengan Allah, kerana sesungguhnya orang yang tak yakin dengan Allah bukanlah dikalangan orang-orang yang beriman.

p/s Aku nak tulis pendek je sebenarnya. Sebab ada yang komen, mostly entry aku semua panjang panjang. Tak larat nak baca. Tapi bila dah siap tulis, tengok panjang jugak. Harap maaf. Hahaha. J

4 comments:

  1. Gudluck , usamah ! Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi . :)

    ReplyDelete
  2. tahniah pakcik. bittaufiq wannajah !!! hehehe

    ReplyDelete
  3. Usamah punya Transcipt tak sama dengan sijil SPM...hahahaha

    hebat2...

    nak menuntut dengan usamah boleh?hehe

    ReplyDelete
  4. nidazam : apekah?? aku x paham?? asal transcript nak sama ngan sijil SPM lak???

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!