Sunday 27 March 2011

Perasaan Luar Biasa

Pernahkah anda terasa sangat bersemangat untuk melakukan ibadah-ibadah sunat dan kerja-kerja dakwah pada suatu masa, tapi perasaan itu hilang dan digantikan dengan rasa malas untuk melakukan semua itu?

Situasi sukar ini mungkin perkara biasa yang pernah di alami oleh ramai orang. Aku sendiri selalu mengalami tekanan perasaan seperti itu. Entah mengapa perasaan cinta itu sering hadir menggangu ketenteraman hidup. Dan ia hadir sekali lagi untuk kali yang keberapa ratus entah. Kadang-kadang terasa rajin sangat nak baca Al-Quran, solat sunat dan sebagainya. Tapi, pada masa yang lain, terasa amat malas sekali untuk melakukan perkara yang baik itu.

Rajinkan diri membaca Al-Quran
Ya!! Bak kata orang, Nobody’s Perfect. Mungkin perkara itu adalah situasi biasa. Iman kita iman manusia, bukan seperti iman para Malaikat yang tidak pernah berkata ‘Tidak’ kepada perintah Allah dan tidak pernah berkata ‘Ya’ kepada laranganNya dulu, kini dan selamanya. Iman kita juga tidak seperti iman para Nabi dan Rasul. Orang-orang yang alim dan hebat juga mungkin ada ketikanya dia jatuh, samada zahir, batin mahupun  tersembunyi.

Namun, apa yang penting adalah usaha kita untuk bangun dari kejatuhan supaya ia tidak kekal abadi berpanjangan.  Penting bagi kita untuk bangkit menutup lubang-lubang hitam yang menjadi penyebab kejatuhan kita. Manusia perlu belajar dari kesilapan, belajar dari sejarah lampau yang hitam agar tidak lagi mengulangi perkara yang sama. Seorang tokoh pemikir pernah berkata, “Bangsa yang gagal adalah bangsa yang tidak melihat kembali sejarah di belakang mereka”.

Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis baginda.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)

Lihat, betapa pentingnya kita bangkit menutup lubang-lubang kejahatan yang dikorek oleh syaitan. Betapa pentingnya kita mengelak daripada terkena pepatah Melayu “Pisang berbuah dua kali” atau “Banana ripe two times”. Hahaha.

Kisah Handzalah RA

Usahkan kita, umat akhir zaman ini, sahabat Nabi sendiri pernah mengadu perkara yang sama. Kisahnya begini..

Suatu hari, seorang sahabat Nabi, Handzalah RA merasakan dirinya begitu munafik kerana apabila beliau berada bersama Rasulullah SAW, beliau berasa imannya sangat kuat. Beliau merasakan berada sangat hampir dengan Allah SWT dan sangat rajin untuk beribadah kepadaNya. Tetapi ketika beliau berada di rumah, bersama isteri dan keluarga, beliau merasakan berada jauh daripada Allah SWT, sering bergelak ketawa dan lalai mengingati Allah.

Lalu beliau datang berjumpa Saidina Abu Bakr As-Siddiq dan bertanya perihal tersebut. Once in a blue moon, Saidina Abu Bakr menangis. Handzalah hairan dan bertanya mengapa. Lalu, Saidina Abu Bakr berkata, “Aku juga merasakan perkara yang sama seperti mana engkau rasa. Aku risau diriku munafik”.

Lalu mereka berdua berjumpa Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudiannya bersabda : "Wahai Handzalah, seandainya kamu tetap seperti ketika bersamaku, maka pasti malaikat akan berjabat tangan denganmu di jalan-jalan, tetapi wahai Handzalah pelan-pelan (sedikit-sedikit)." Inilah fitrah, dan inilah kemanusiaan.

Berdoa Kepada Allah

Aku sering mengalami perkara sebegitu. Berapa kali aku nak cakap. Haha. Apabila diteliti, pelbagai factor menyumbang kepada kejatuhan yang hadir sekali sekala itu. Antaranya:

Berada berseorangan tanpa teman.
Berseorangan menyebabkan kita rasa bosan dan boring (sama la tu). Ketiadaan teman yang mendorong juga menyebabkan kita rasa malas untuk beribadah. Kadang-kadang, berseorangan juga menyebabkan kita rasa berani untuk melakukan maksiat. Sebab tak ada orang nampak. Even kita tahu Allah nampak. Justeru, penting bagi kita untuk mencari kawan-kawan yang baik, soleh dan mampu mendorong kita untuk mengerjakan amalan-amalan sunat disamping yang wajib. Dan hindarkan berada berseorangan di mana sahaja tak kira masa dan tempat. Tapi jangan couple pulak.

Jarang berdoa.
Fenomena ini juga popular di kalangan kita. Lepas solat, biasanya cepat je nak blah. Tak sempat nak berdoa dan berzikir. Walaupun berdoa bukan hanya selepas solat, tapi kalau lepas solat pun malas nak berdoa, what do we expect time lain? Lagi malas. Kalau yang ada hal nak cepat lepas solat tu cerita lain la.

Ketika aku terjatuh tadi, aku teringat satu doa yang amat baik untuk di amalkan. Jom baca!!!

‘Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami lisan yang lembut basah menyebut dan mengingati namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaan kepada perintahMu. Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.  Kami memohon kepadaMu ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kepada kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami. Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek daripada itu. Ameen Ya Rabb.’ 

That’s all for this time perhaps. Till then again, see ya !!

Monday 21 March 2011

Semester baru.
Bila tiba semester baru, mesti akan muncul juga azam baru kan. Semangat pun baru. Mengikut pengalaman yang sekangkang kera  tak berapa nak ada ni, tahi ayam hanya panas sekejap je. Lama-lama, sejuklah ia. Tapi kali ni, semangat baru aku kali ni tak macam tahi ayam kot. Sebab sem ni final sem. Dah la pendek sangat.

Semalam dah masuk kelas Mathematics III. Lecturer aku, Mdm Hasnan Zahibi brief la sikit. Next week ada kuiz, next 2 or 3 weeks, dah mid sem exam. After 8 weeks, final exam. Ambik kau. Bapak cuak. Dah la Mathematics III. Calculus. Mengikut cakap-cakap orang tua-tua, calculus ni subjek killer kt sini. Kat Gombak pun masih dia lagi yang memegang title subjek killer. Hebat sangat ke dia ni ha? Bajet giler. Tapi yang sedihnya bila lecturer cerita, ada complaint dari Kuliyyah kat Gombak, ada student tahap tak tahu pasal Maths ni even benda simple yang dah belajar kat high school macam completing the square pun tak reti nak buat. Well, I'm very speechless. Sadis betul.

Tengok buku pun dah meremang bula roma. Memanag 'membunuh' betul.

Limits, Continuity, Differentiation and Integration, something that had haunted me long times ago back from old school times. Ceewah. Macam dah lama sangat tinggal zaman suka ria riang gembira SPM 2009 dulu. Lupa daratan lak. Bila ingat balik saat-saat indah manis masam pahit masin tawar dulu tu, memang rindu giler. Tak boleh lupa sekali time aku tengah belajar Physics dengan beberapa kerat kawan-kawan yang ambil Physics, esok tu nk exam ni, SPM pulak tu, bukan trial SPM yang boleh main-main throw away macam tu je. Saat-saat genting macam tu, the rest of my batch (actually not all) sedap je layan movie depan kitorang. Tak boleh bla betul. Mentang-mentang depa tu tak ambil Physisc. Hahaha. Satu lagi saat yang tak boleh lupa lepas keluar dewan paper Prinsip Perakaunan. Semua keluar muka blur + bengang + kecewa + sedih + muka nak nangis, balik bilik tengok tengok duit hilang. Banyak pulak tu. Meraung meratap kat situ la jawabnya. Hahaha.

Semua tengah frust menonggeng + bengang giler
Paper last, Pendidikan Syariah Islamiyah. Ramai yang dah keluar medeka awal.

Back to cerita asal (dah jauh giler aku melalut), semester ni ada 2 subjek. Mathematics III and Religions in Malaysia. Kind of perbandingan agama something like that kot. Aku pun tak sure sangat. But seems very interesting. Anyway, just wait and see how interesting it is. And for the killer Calculus, I'm challenging you. Tengok kau yang kill aku ke, aku yang kill kau. Haha. Poyo je lebih. 

By the way, kepada Generasi 25 MTAQ, aku rindu giler sep mu. Jiran study, Wan Abdul Hakim dan Ibrahim Hamadi, jiran dalam kelas, Syafiq Rushdi, guru muda Bahasa Arab, Hariz Syazwan, sifu Add Math dan supplier movie, Zaki Fikri, pemberi pinjam mp3, Fathul Hakim, supplier game FIFA 07, Aiman Hamdi, star Prinsip Akaun, Asyraf Shalah Huddin, sifu Physics dan Chemistry, Zameer Eizaaz, ketua kelas, Ahmad Aizuddin, calon istimewa, Shafiz Zulfika, peminat Liverpool, Muhammad Ikram, geng-geng tengok bola musim exam, and the rest of us (lenguh jari nak taip semua, haha), jangan lupakan ikatan persahabatan yang telah terjalin selama 5 tahun di sekolah. Semoga kekal selamanya sehingga ke anak cucu. Hahaha.

Calon istimewa jawab exam atas katil. Memang best la.
Bersama pengawas SPM yang baik hati
Maybe that's all. Till then, see ya...

Tuesday 8 March 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim

Kali ini aku nak share pengalaman aku semasa mengikuti program Kembara Du’at 2011 anjuran Facilitator Representative Committee (FRC) UIAM kampus Petaling Jaya yang diadakan di Felda Bukit Bading, Ajil, Trengganu pada 25-1 Mac 2011 yang lepas.

Pada mulanya, aku agak ragu-ragu untuk mengikuti program ini. Entah apa sebabnya, aku pun tak tahu. Haha. Namun, setelah berfikir panjang, bila lagi nak timba pengalaman, di samping melaksanakan firman Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebenaran dan menghalang daripada melakukan kejahatan (sebab program ini berorientasikan dakwah, malah nama program pun Kembara Du’at, Du’at adalah jama’ kepada Da’ie) aku memutuskan untuk menyertai program ini. Ternyata keputusan aku amat tepat, disamping aku dapat menimba pengalaman baru, bak kata orang-orang hebat, Experience is the best teacher in life (Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup), aku juga dapat merasai betapa manisnya ukhuwwah yang dibina di jalan Allah, juga dapat memuhasabah diri ini yang terlampau banyak kekurangan, apabila sahabat-sahabatku yang menyertai program ini terdiri daripada mereka-mereka yang mantap akhlaknya. Brother Shahidan, Inamul Hassan, Thaqib ‘Ismat, Sofiyuddin, Muizuddin, Syafiq, Syahmi, Nidzam, Sallehuddin, Solehuddin, Anwar dan Hafizi.  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menemukan aku dengan mereka.

Jumaat, 25 Feb 2011

Kami bertolak daripada UIAM kampus Petaling Jaya pada pukul 10 malam menaiki 2 buah bas universiti. Satu bas untuk student, satu lagi untuk staff-staff yang bersama kami dalam program ini. Hujan renyai-renyai membasahi bumi PJ seolah-olah merestui pemergian kami. Ceewah!!

Sabtu, 26 Feb 2011

Kami tiba di perkarangan Masjid Felda Bukit Bading, masjid yang telah dinobatkan sebagai Masjid Contoh Felda Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 (masjid hebat tu) sekitar jam 5 pagi. Kami diberi sebuah bilik untuk brothers dan sebuah rumah musafir untuk sisters, untuk kami berehat dan menyiapkan diri untuk solat Subuh dan program perasmian pada pagi itu.

Pogram perasmian dan majlis penyerahan anak angkat bermula pada jam 10 pagi. Aku, bersama 2 orang sahabat, Syahmi dan Nidzam diserahkan kepada mak angkat kami (alamak! Aku tak ingat nama dia). Maka, bermulalah kehidupan kami sebagai anak angkat. Bajet giler. Haha. Di rumah keluarga angkat, kami berbual bersama ayah angkat, Mohd Noor yang kami panggil abah. Beliau menguasahan sebuah workshop kereta, satu-satunya worksohp yang terdapat dalam Felda ini. Kira berada jugak lah ayah angkat kitorang ni.

Bersama mak angkat

Sejurus kemudian, kami meneruskan aktitivi kami, gotong royong bersama masyarakat di sekitar kampung. Rupa-rupanya, aktiviti gotong royong ni merupakan weekly activity diorang. Boleh kata setiap minggu ada gotong royong. Aku bersama Syahmi dan Salleh membantu Cikgu Mokhtar dan mak cik mak cik memotong dahan dahan pokok yang terjulur di tepi masjid. Dahan dahan tersebut diangkat ke dalam lori dan dibuang ke tempat pembuangan sampah di dalam ladang kelapa sawit. First time aku masuk ladang kelapa sawit. Memang best giler tambah tambah lagi masuk dengan lori.

Petang tu, kami mengadakan aktiviti Tautan Kasih, iaitu menziarahi rumah penduduk kampung yang sakit serta memberikan bantuan beras dan makanan asas seperti gula dan sebagainya. Lebih kurang macam program Bersamamu TV3 la.

Ziarah orang sakit
 Pada malam hari, seusai solat Isya’, kami mendengar ucapan pengenalan kepada Felda Bukit Bading yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid, Tuan Haji Yaakob (Pak Kob), Timbalan Pengerusi JKKR, (tak ingat nama dia) dan Setiausaha Belia, En. Khairi.

Ketika malam menginjak ke pukul 12, perut kami berasa lapar. Kami bercadang untuk pergi makan di gerai mak angkat Salleh. Namun, ketika hendak keluar rumah, kami terserempak dengan ayah angkat lalu dia membawa kami makan di Restoran Hafza (kat ceruk mana entah). Aku makan kuey teaw hong kong. Sedap jugak.

Ahad, 27 Feb 2011

Kami bangun sedikit terlewat, hanya sempat berjemaah Subuh di rumah. Menyesal sungguh. Pagi itu, kami dipecahkan kepada 2 team. Team A dan Team B. Aku diletakkan dalam Team A. Aktiviti pada pagi itu untuk Team A adalah mengadakan motivasi di SK Landas manakala Team B diarahkan untuk bergotong royong (gotong royong lagi) bersama masyarakat disebabkan Felda Bukit Bading akan menerima kunjungan VIP untuk majlis Maulidur Rasul Peringkat Felda (1 Felda, 1 Ummah) yang diadakan pada malam itu. Namun, arahan pada saat-saat akhir menyuruh kami, brothers Team A untuk stay di Felda dan membantu bergotong royong bersama Team B.  Apakan daya. Kami membantu masyarakat kampung mendirikan khemah, menyusun kerusi dan seumpamanya.

Seusai solat Zohor, tiada aktiviti untuk Team A. Tidur je la. Manakala Team B pula pergi ke SAR Felda Bukit Bading untuk membantu Ustazah Nooradilah bagi program Tahsin Quran. Mengajar budak-budak membaca surah Al-Fatihah dengan betul.

Selepas Asar, kami menjadi pengangkat lauk pauk (kalau di Kelantan, dipanggil jo kako) untuk jamuan petang itu. Dan pada malam hari, ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Kadi Daerah Besut (pun tak ingat nama). Dalam masa yang sama, abang angkatku (aku yang paling muda di antara adik beradik angkat), Nidzam mengalami pening kepala dan hampir demam. Penangan melayang kerenah budak-budak di sekolah agama petang tadi barangkali. Alhamdulillah, esoknya dia sembuh.
Bersama ADUN Ajil


Isnin, 28 Feb 2011

Alhamdulillah kami berjaya bangun awal dan solat Subuh berjemaah di masjid. Seusai solat, kami bersarapan di kedai makan. Makan nasi minyak lauk ayam. Kalau kat KL, time kenduri kahwin je jumpa nasi minyak ni. Kat sini, sarapan nasi minyak.

Jam 7.30 pagi, kami menaiki bas untuk ke SMK Ajil  (Team A) bagi program motivasi manakala Team B bergerak menuju ke SMK Bukit Diman. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan sesi pengenalan kepada UIAM, taaruf barisan Fasilitator seterusnya aktiviti LDK. Dalam kumpulan aku, mostly pelajar-pelajar bercita-cita untuk menjadi askar dan bomba. Aku pun tak tahu sebabnya. Kemudian, setiap kumpulan diberikan straw, belon dan selotape dan diarahkan untuk membuat 2 binaan. Binaan yang pertama adalah satu binaan Islamik bertemakan Menuju Menara Gading mesti dibuat daripada straw manakala satu lagi binaan daripada belon yang tinggi dan stabil. Nampaknya student sekolah ni krestif juga. Bermacam macam binaan terhasil. Setelah rehat, slot motivasi bermula dengan penyampaian ceramah daripada Ustaz Che Abdul Majid, pensyarah UIAM kampus Nilai. Satu ceramah yang hebat telah disampaikan.

Bersama pelajar SMK Ajil
Pada petang hari, kami berkampung pula di SAR Felda Bukit Bading untuk program Tahsin Solat. Team B pula menguruskan sukaneka bersama keluarga angkat di Dewan Sivik. Rupa-rupanya, memang penat melayan kerenah budak-budak dari Darjah 1 sampai 6 ni. Macam-macam perangai.

Bersama pelajar SAR Felda Bukit Bading

Jam 6 petang, satu perlawanan futsal dianjurkan (actually main 2 game) diantara pelajar UIAM dan belia Felda dan dimenangi oleh kami. Tak ingat brape skor. Dan pada malam itu, majlis perasmian penutup program diadakan di Dewan Sivik. Aku ditugaskan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran pembuka majlis. Kemudian, ucapan demi ucapan disampaikan oleh orang-orang yang berkenaan. Aku tak dengar sangat. Then, aku, Syahmi, Shahidan, Thaqib dan Hasan mempersembahkan satu sketsa bertajuk Melayu Mudah Lupa. Sketsa berkaitan seorang pemuda yang belajar silat, kemudian merasakan dia yang terhebat sehingga sanggup bertarung dengan gurunya sendiri. Sungguh menarik. Kemudian majlis diserikan dengang persembahan nasyid oleh Brother Salleh dan Hafizi, persembahan ala-ala Faizal Tahir oleh En Khairi dan persembahan puisi oleh Ustaz Che Abdul Majid sambil menikmati jamuan laksa yang disediakan oleh Gerakan Peneroka Wanita (GPW).

Friendly futsal bersama Belia Felda
Isnin, 1 Mac 2011

Seusai solat Subuh, kami bersarapan nasi minyak lagi di kedai makan yang aku tak tahu nama kedainya. Haha. Kemudian, kami bersiap siap mengemas barang untuk bertolak pulang. Kami berkumpul di pejabat Felda pada jam 9.30 pagi. Pelbagai aksi drama dapat dilihat. Bergambar adalah perkara biasa sebelum berpisah. Jam 10.30 pagi, tayar bas bergerak meninggalkan Felda Bukit Bading. Berakhirlah kembara kami di sini.

Kami singgah di Kg. Losong, Kuala Terengganu untuk membeli keropok lekor. Bak kata orang, tak sah kalau pergi Terengganu tak beli keropok lekor. Then, kami pergi ke Pasar Payang, membeli cenderamata untukl yang tersayang. Solat Zohor di Masjid Kristal (actually kali kedua aku sampai, tak la menarik sangat), kemudian kami terus bertolak pulang. Kira-kira jam 9 malam, kami tiba di kampus.

Itu sahaja coretan pengalaman sepanjang di Felda Bukit Bading. Walaupun kembara di sana telah berakhir, namun, kembara pendakwah untuk memartabatkan Islam tidak akan pernah berakhir.
Sekian sahaja untuk kali ini.

Saturday 5 March 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta alam yang masih lagi memberi  kesempatan kepada kita, hambaNya untuk terus bernafas diatas alam ciptaanNya disamping masih lagi menikmati nikmat Iman dan Islam yang hanya diberikan kepada insan pilihanNya.

Besyukur kepada Allah kerana akhirnya, tercipta jua blog ini setelah sekian lama memendam cita-cita untuk memiliki blog sendiri dalam usaha untuk berjuang di jalan dakwah, menyeru manusia ke jalan kebaikan dan menghalang manusia dari jalan keburukan dan kesesatan seperti mana firmanNya di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 110 yang mana maksudnya :


“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

Di dalam ruangan entri pertama ini, saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ke Dunia Blogger kepada diri saya sendiri (sebab tak ada sesiapa yang nak ucap kepada saya). Semoga usaha dakwah terus berkembang maju dengan adanya laman blog ini.

Oh ya! Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa nama Secangkir Coffe di pilih menjadi nama blog idaman anda dan saya ini. Haha. Bagi yang tidak tahu, cangkir menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud cawan. Ya, cangkir itu cawan, cuma penggunaan cangkir dilihat lebih bersastera berbanding cawan. Almaklumlah saya ini peminat sastera Melayu.

Analogi untuk nama Secangkir Coffe bagi blog ini mudah saja. Begini, minuman coffe dilihat sebagai pengubat keletihan dan penahan mengantuk bagi mereka-meraka yang ingin stay up menelaah pelajaran, menyiapkan tugasan dan sebagainya. Bagi pelajar, minuman coffe adalah minuman yang pasti diinginkan tatkala jasad sudah keletihan tetapi hati masih lagi mahu berjaga. Namun, bagi mereka yang tidak memiliki Nescafe 3 in 1 atau sebagainya, persinggahan anda ke blog Secangkir Coffe ini InsyaAllah akan menghilangkan segala keletihan anda selepas penat belajar (nada poyo). Haha. Saya ingin melihat blog ini sebagai alternatif lain untuk menghilangkan keletihan dan rasa mengantuk. Justeru, nama Secangkir Coffe dipilih. Mudah-mudahan tulisan-tulisan saya disini mampu menghilangkan segala keletihan, kekusutan dan stress  anda para pembaca sekalian.

Mungkin cukup sampai disini saja pertemuan kita pada entri saya yang pertama ini. Sekadar sesi pengenalan saja yang mana kalau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Ice Breaking, manakala dalam Bahasa Arab disebut Ta’aruf.  Bak kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.

Salam ukhuwwah..
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!