Thursday 19 January 2012

Assalamualaikum..

How are you guys? Long time no see. Actually, aku baru je habis final exam 9 Januari baru-baru nie. Lepas tu ada kerja yang nak kena buat sampai hari nie baru free boleh update blog. Blog nie pon dah lama sangat tak di’update’. Kesian dia kesepian keseorangan. Haha.

Aku nak cerita satu kisah yang mana ia ada dalam sirah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Dah lama dah nak cerita kisah nie, tapi asyik tangguh je. Macam la busy sangat. Padahal tak pon. Haha. Sebab tu mat saleh (x saleh pon) cakap, “Procrastination is a silent poison”. Anda rasa betul ke tak? Betul kot.

Korang pernah dengar tak kisah SUMPAH HALFUL FUDHUL? Aku pon baru je dengar cerita nie. Sebelum nie tak tahu pon. Sedih kan. Buta sejarah. Haha. Tu yang aku excited sangat nak share apa yang aku taw dengan korang-korang pembaca blog aku yang setia sekalian. Cewahhh.

Ceitanya begini….. Three. Two. One. Action…. Jeng jeng jeng..

Halful Fudhul adalah sumpah yang diikrarkan oleh sebahagian orang Quraisy yang berjanji untuk membela hak-hak orang yang dianiaya. Sumpah nie dihadiri oleh Nabi sebelum baginda diutus menjadi Rasul.

Sumpah Halful Fudhul nie terjadi kerana ada seorang Arab Badwi dari dusun Zubaid datang ke kota Mekah untuk menjual barang dagangan. Tak tahu la pulak barang ape. Barang tu dijual kepada seorang Quraisy yang terkemuka, iaitu Ash bin Wa’il, ayah kepada Amru bin Ash. Tapi harga barang tu tak dibayar oleh Ash bin Wa’il walaupon dia orang kaya. Dia berbuat demikian sebab dia rasa dirinya sebagai seorang yang terkemuka di kalangan Quraisy dan tak mungkina da orang yang berani untuk menegurnya. Orang Badwi tu pon bengang la kan. Dia berusaha sekuat tenaga untuk meminta pertolongan dari beberapa orang pemuka Quraisy agar mereka meminta Ash bin Wa’il membayar harga barang yang dibelinya. Tapi tak ada seorang pon yang berani menasihati Ash bin Wa’il.

 Orang Badwi tu tetap tak berputus asa untuk mengadu masalahnya kepada beberapa orang yanag masih mempunyai hati yang ikhlas dan berani. Sehingga mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud’an dan bersumpah untuk membela hak orang yang dianiaya. Mereka berjanji akan menuntut kepada Ash bin Wa’il supaya dia melunasi pembayaran harga barang kepada si Badwi yang menjual barang tu. Perjanjian tersebut dinamakan Halful Fudhul.

Kemudian semua orang yang bersumpah itu pergi beramai-ramai ke rumah Ash bin Wa’il menuntut padanya agar melunasi pembayaran hutangnya kepada si Badwi. Keserentakan dan kesepakatan mereka membuatkan hati Ash bin Wa’il takut dan terpaksa melunasi pembayaran hutangnya kepada si Badwi.

Nabi sangat senang sekali dengan diadakan sumpah Halful Fudhul, kerana baginda sangat senang sekali untuk membela hak orang yang teraniaya. Baginda selalu ingat kejadian tersebut sepanjang hayatnya kerana Halful Fudhul sesuai dengan cita-cita Islam. Dalam suatu kesempatan, Nabi pernah bersabda di hadapan para sahabat baginda :

لقد شَهِدْتُ فى دار عبدالله بن جُدْعَانَ حَلفًا لو دُعِيتُ بهِ فى الإسلام لَأَجَبْتُ , تحَالفُوا أن يَرُدّوا الفُضُولَ على أهلها وأن لا يُعِزُّ الظالمُ مظلومًا 

    Ertinya: " Aku pernah menyaksikan suatu perjanjian di rumah Abdullah bin Jud'an yang seandainya sekarang ini ( di masa Islam ) jika aku diminta untuk ikut dalam perjanjian tersebut pasti aku akan ikut. Mereka berjanji untuk mengembalikan semua hak orang yang teraniayakepada pemiliknya agar orang yang zalim tidak dapat berbuat sewenang-wenang terhadap orang yang lemah."
 (Sirah Ibnu Hisyam)

Cerita nie aku baca dalam buku As-Sirah An-Nabawiyyah karangan Imam Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, seorang ulama’ yang cukup ulung. Beliau menulis kisah ini berdasarkan rujukan Sirah Ibnu Hisyam dan Sirah Ibnu Kathir, dua buah kitab sirah yang memang famous. Imam Abul hasan nie dia tulis kitab sirah nie selepas dia mendalami hamper semua kitab sirah yang ada di zamannya terutamanya Sirah Ibnu Hisyam dan Za’adul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim. Dia memang meneliti semua kitab sirah, menapis sumber kesahihannya, dan baru dia tulis As-Sirah An-Nabawiyyah. Sebab tu boleh kata kitab dia adalah antara kitab Sirah yang lengkap.

Kesimpulan daripada cerita nie, pada pandangan aku sumpah Halful Fudhul nie lebih kurang je konsep dia dengan demonstrasi pada zaman sekarang nie. Sebab diaorang berkumpul di satu tempat, dan berjalan beramai-ramai ke satu tempat yang lain untuk menuntuk hak. Sama la macam Bersih 2.0 ke, apa-apa demonstrasi la. Berjalan beramai-ramai untuk menuntut hak. Ada orang persoalkan, kenapa kumpul ramai-ramai? Buat serabut jalan raya je. Kesesakan lalu lintasnya, peniaga rugi dan macam-macam lagi alas an versi BN. Kenapa tak runding elok-elok, bincang dalam office berhawa dingin?



Jawapan aku, ramai-ramai tu tanda kesatuan hati. Macam dalam Halful Fudhul gak, kalau sorang-sorang semua tak berani sebab Ash bin Wa’il tu orang besar. Tapi bial ramai-ramai, Ash bin Wa’il tu pulak yang takut. Maca Bersih 2.0 gak. Nak bincang elok-elok? PM kesayangan aku korang nak ke bincang tuntutan pilihanraya bersih dan adil tu? Nak ke? Jawab!! Jawabbbbbb!! Tak dilayannya. Sebab tu kena kumpul ramai-ramai. Kasi cuak sikit. Baru tahu langit tinggi rendah. Kelam kabut polis. Kalau nak kata keseksaan kesesakan lalu lintas tu, kalau polis boleh kawal dengan baik, tak adanya traffic jam. Peniaga-peniaga pon semua boleh untung besar la. Sebab orang yang ramai-ramai tu sambil-sambli lalu boleh singgah beli jap. Yang cakap peniaga rugi tu semua sembang kencang je.

Bagi aku demonstrasi nie kalau pihak berkuasa especially pihak polis reti nak handle, tak ada masalah pon. Tengok macam Bersih 2.0 kan London. Tenang je tak ada kesesakan lalu lintas pon. Demonstrasi nie sebab nak bela hak-hak yang tak dilunasi. Memang selari dengan Islam la kan.

Kesimpulannya, tak payah la nak bajet poyo hentam orang nak buat demonstrasi kat Facebook, konon dia la hebat. Suruh berunding elok-elok bagai. Kau la pergi runding. Nak tengok Berjaya ke tak.

Akhirul kalam, dengar kata Bersih 3.0 menyusul kalau tak ada apa-apa tindakan daripada kerajaan Pakatan Rakyat Barisan Nasional kesayangan korang mengenai tuntutan Bersih 2.0.

Peace no war!! ^_^

Wassalam..

 p/s Aku baru habis exam. Doakan aku dapat result macam nie..



Sebelum exam macam nie. Hahaha.

Kesian giler muka

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!