Friday 2 August 2013

In the Name of Allah

25 Ramadhan. Ada 4 hari lagi.

Praise be to Allah. Hari nie berkesempatan untuk duduk rehat dan mendengar syarahan Tafseer Surah al-Insan oleh Syeikh Tawfique Chowdury. Dan surah al-Insan nie merungkai banyak persoalan-persoalan yang bermain di fikiran aku.

Asbab an-Nuzul

Di riwayatkan bahawa surah nie di turunkan special untuk Fatimah R.A sebagai respon terhadap perbuatan dia. Surah nie describe secara detail perihal syurga, tetapi tidak menyebut langsung tentang huurun ‘ain (bidadari syurga). Sedangkan di dalam surah lain yang describe perihal syurga, pasti akan disebut kewujudan bidadari syurga. Kenapa?

Di dalam sebuah kitab tafsir karangan Imam ……. (aku lupa, syeikh ada mention tadi), dinyatakan bahawa Fatimah adalah seorang yang sangat jealous. Sebab tu Ali R.A tidak kahwin dua semasa Fatimah masih hidup. Dan Allah appreciate perasaan jealous Fatimah tu, dan tak mention langsung pasal bidadari dalam surah al-Insan. Subhanallah.

 Pada suatu hari, Ali bawa balik segumpal gandum yang sedikit. Lalu Fatimah mengadun gandum dan 3 keping roti berjaya dihasilkan. Cukup untuk mereka. Satu untuk Ali, satu untuk Fatimah dan satu untuk dikongsi bersama Hassan dan Hussain. Mereka dalam kelaparan yang amat dan bersedia untuk menjamah juadah yang ada. Tiba-tiba, datang seorang fakir miskin, seorang anak yatim dan seorang tawanan perang dalam keadaan kelaparan yang amat. Lalu Fatimah memberikan sekeping roti kepada setiap orang and nothing left for them. Dan akhirnya mereka tidur dalam kelaparan.

Allah S.W.T kagum dengan sikap Fatimah, lalu surah ini diturunkan.

Namun ada pendapat yang mengatakan kisah ini dhaif.

Belanja orang makan

Allah S.W.T sangat suka kepada individu yang suka belanja orang makan.

Ayat 8 surah al-Insan.

“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”



Definition fakir dan miskin berbeza mengikut pendapat keempat-empat imam Mazhab. Mengikut pendapat Imam Syafie, fakir adalah orang yang langsung takde duit. Even untuk makan. Miskin pula orang yang ada duit hanya cukup-cukup untuk makan, tapi kekurangan duit untuk keperluan asas yang lain. Dan Syeikh kata, students juga boleh dikategorikan sebagai miskin. Ada duit sikit untuk makan, kadang-kadang hujung bulan, poket kering. Lain la anak Datuk Datin Tan Sri bagai. Haha.
Sambung lagi.

“(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”

Semata-mata kerana Allah. Kadang-kadang bila kita buat favour kat orang, dan orang tu nak balas, kita cakap takpe, just pray for me. That’s wrong. Sepatutnya bila kita tolong orang, kita tak nak apa-apa daripada dia, walaupon sebuah doa. Sebab kita buat tu semata-mata kerana Allah.

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

Sangat takutkan Allah. Dan apa yang mereka dapat?

“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).”

“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.”

“Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.”

Allahu Rabbi. Berehat di dalam syurga. Ada pelamin. Tak ada matahari. Tak panas. Tak sejuk. Cukup-cukup selesa. Bayangkan. Tak cukup dengan tu lagi.

“Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.”

Ada pokok-pokok. Buah-buahan. Bila nak, petik je.

“Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)” 

Ada cawan daripada perak. Pelayan bagi. Kita duduk rilek je.

“(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.”

Cawan Kristal. Transparent. Lutsinar. Tapi dibuat daripada perak. Kalau Kristal kat dunia, dibuat daripada silicon, tapi Kristal di syurga dibuat daripada perak. Kristal transparent. Perak solid. Lalu bagaimana bahan yang solid boleh menghasilkan bahan lutsinar? Betapa hebatnya kuasa Allah.

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil"

Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"

Sebuah mata air yang tak henti-henti mengeluarkan air sampai bila-bila. Bila kita nak lagi, ada lagi. Nak lagi, ada lagi. Tak habis-habis. Dan kita minum bukan sebab haus, tapi sebab kita rasa nak minum. Sedap. Kat syurga takde lapar dan dahaga.

“Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.”

“Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).”

Bila kita dapat satu nikmat di dunia, kita dah rasa betapa seronoknya. Tapi bayangkan kenikmatan di syurga yang tak terhingga. Sambung lagi.

“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.”

Sutera hijau. Gelang perak. Minuman.

(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

al-Insaan, ayat 8-22 

Inilah balasan terhadap usaha dan amalan di dunia. Syurga.

Bayangkan setiap hari kita belanja seorang makan. Bila kita makan, kita belanja sorang yang lain makan bersama-sama kita.



Pejam mata. Bayangkan nikmat di syurga. Tak terbayang. Hebat sangat.

Allah sangat suka orang yang memberi makan kepada orang lain, terutamanya orang miskin, anak yatim dan tawanan. What we are waiting for?

Syurga adalah matlamat kita, destinasi kita. Strategi perlu ampuh untuk tiba ke destinasi abadi.

Baki 4 hari Ramadhan. Jangan tergoda denga biskut raya, baju raya, langsir raya. Sedangkan promosi hebat dari langit masih valid.

Promosi Ramadhan vs Promosi Raya. Kita sendiri yang tentukan siapa yang menang.

Selagi 70% sales masih ada, teruskan membelinya.

Dan hari ini, persoalan aku kenapa ada orang yang selalu sangat suka belanja orang lain makan, terjawab hari nie. Mereka mengejar kenikmatan yang kekal abadi, walaupon nampak macam duit asyik keluar je belanja orang, tapi sebenarnya duit yang masuk lagi banyak daripada yang keluar. Cuma kita tak nampak.

Terima kasih tak terhingga kepada semua individu yang belanja saya sepanjang bulan Ramadhan nie. Iftar, sahur dan moreh. Semoga Allah memberkati rezeki anda. Barakallahu fik.

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنَا وَاسْقِ مَنْ سَقَانَا

Saya doakan semoga anda semua dapat bertemu dengan Malam al-Qadr. Ameen.

Teruskan pemburuan.

p/s Mohon maaf entri terlalu panjang.



0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!