Wednesday 20 April 2011

Baru bangun tidur. Actually, tak de la baru sangat. Dah dekat sejam jugak. Kejap lagi ada bola. Final Copa Del Rey. Kalau dalam bahasa Melayunya, Piala Raja Sepanyol. Barcelona vs Real Madrid. Live from Estadio Mestalla, Valencia, Spain saluran Astro Supersport 811 jam 3.55 am. El Grand Classico, sape tak nak tengok. Messi vs Ronaldo, Mourinho vs Guardiola. Pertembungan dua style permainan yang berbeza antara corak hantaran pendek dan control game serta corak larian pantas dan counter attack. Ceh, bajet tahu. Haha. Banyak benda yang dipelajari lepas main Football Manager + FIFA Manager. Haha.

El Grand Classico

Pertembungan dua bintang bola sepak terhebat di dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo

Pertembungan dua manager terhebat, Pep Guardiola dan Jose Mourinho

Tapi aku terfikir jugak. Aku ni susah nak bangun malam. Kalau nak bangun semata mata untuk tahajjud, memang minta maaf awal awal. Memang susah. Maksud aku bangun tengah malam. 2/3 malam. Pukul 3 or 4 pagi. Kalau bangun dah nak dekat sangat dengan Subuh tu, tak susah sangat. Tapi kalau bangun sebab nak tengok bola, senang je terjaga. Ibarat kalau bangun nak tengok bola, syaitan syaitan yang bergantung dekat birai mata tu cepat je blah. Tapi kalau bangun nak tahajjud, memang bergayut gayut syaitan kat situ. Heret mata supaya tutup balik. Dan aku percaya ramai orang lain yang satu spesies dengan aku. Korang tak payah tipu. Haha.

Ada orang melihat situasi ini sebagai satu perkembangan yang tidak bagus. Bangun time nak tengok bola je mamat tu. Kalau kejut bangun untuk solat, jangan harap! Tapi orang yang bijak tidak akan berfikiran sempit. Dia akan melihat perkara ini sebagai satu advantage untuk diri dia. Kalau nak bangun untuk tahajjud semata itu susah untuk diamalkan, apa salahnya time kita bangun untuk tengok bola, kita buat solat tahajjud dulu. Sebelum tengok bola. Ataupun selepas tengok bola if ada masa lagi. Belum Subuh. Dapat 2 in 1. Bola dapat tengok, pahala insyaAllah masuk akaun. Sekurang kurangnya, ada la jugak kita buat solat malam daripada tak buat langsung.

Namun, ada juga orang yang bangun malam untuk tengok bola tapi tak ambil peluang dapat bangun tu untuk solat sekali. Satu kerugian besar bos! Bila lagi kita nak solat malam? Nak harapkan hari-hari lain, ibarat bermimpi di siang hari la. Aku sedih melihat masih ramai lagi yang macam ni. Terserlah kejayaan musuh Islam khususnya Yahudi dan Nasrani (Kristian) dalam melalaikan umat Nabi Muhammad. Sedia maklum, mereka menggunakan beberapa elemen, seperti Sport, Sex, Fashion, Movie, Food et cetera. Yang lain aku tak ingat. Haha.


Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


Apapun, solat tahajjud atau solat malam itu sangat penting untuk perkembangan diri seorang Muslim. Mat saleh cakap spiritual development. Pembangunan rohani dan mental. Sesungguhnya kekuatan umat Islam terletak pada kuatnya bangun malam untuk berqiamullail.

Firman Allah SWT di dalam Al-Israa ayat 79 :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Akhir kalam, rasa terpanggil untuk menulis satu sms yang diterima daripada abang naqib aku, Abang Akram Abdullah, pelajar tahun 4 Manufacturing Engineering IIUM Gombak.

Di waktu hening malam,
Di waktu sepi sebarang bunyi,
Di waktu manusia di alam mimpi,
Bangunlah insan,
Sucikan badanmu dan pakaianmu,
Sujudlah menghadap keampunan Tuhan.

p/s Off tu UKC. Nak tengok bola. Haha.

Tuesday 19 April 2011

Di pagi hari begini, aku terlintas untuk sekali lagi post berkaitan solat jemaah. Niat untuk menulis berkaitan solat berjemaah sekali lagi ini hadir setelah mendengar kuliah subuh di Masjid Kolej Islam Malaya seusai solat subuh pagi tadi. Seseungguhnya, betapa pentingnya solat berjemaah di masjid bagi kaum yang sama waktu denganku, kaum Adam.



Aku tertarik dengan satu quote yang dibacakan daripada kitab Nasihat Agama Wasiat Iman oleh pengkuliah, “Barangsiapa yang memandang sepi terhadap urusan akhirat yang dianjurkan oleh agama, maka sesungguhnya sangat nipis cintanya terhadap agama. Tidakkah dia takut tergolong di dalam golongan munafiq di sisi Allah? Ataupun tergolong dlm kalangan mereka yang mengesyaki janji2 Allah?” Sama sama kita renungkan. Malas nak ulas hurai panjang lebar. Nanti bosan pulak.

Kata pengkuliah lagi, sesungguhnya telah biasa dilihat pada zaman Rasulullah, orang-orang tua dipapah masuk kedalam saf, atau dalam kata lainnya, orang-orang tua dipapah kemasjid untuk solat berjemaah. Ini melihatkan betapa tingginya azam, semangat dan tekad mereka untuk berjemaah di masjid. Sanggup bersusah payah walaupun terpaksa dipapah semata mata untuk solat berjemaah di masjid. Lalu bagaimana dengan kita yang masih muda, kuat dan bertenaga? Tidak malukah kita? Tidak segankah kita kepada mereka? Nabi SAW sendiri tidak pernah dilihat solat fardhu bersendirian. Jikalau Nabi SAW sendiri yang telah dijamin syurga oleh Allah tidak pernah meninggalkan solat jemaah, lalu di manakah sepatutnya kita?

Pernah diceritakan di dalam sebuah hadis, seorang sahabat, Abdullah ibn Ummi Maktum, seorang yang buta mengadu kepada Rasulullah bahawa rumahnya jauh daripada masjid. Lalu dia meminta Rasulullah membenarkan dia solat dirumah. Rasulullah kemudiannya bertanya, adakah kamu mendengar muazzin melaungkan azan? Dia menjawab ya. Lalu Rasulullah memerintahkan sahabat ini solat di masjid. Jikalau seorang buta yang rumahnya jauh dari masjid diarahkan untuk solat di masjid, lalu dimanakah level kita yang celik mata, dan kediaman berhampiran dengan masjid, bak kata orang Kelantan, kalu huje di masjid, tirih dio sapa ko kito. Adakah kita masih mempunyai hak untuk tidak solat di masjid?

Sabda Rasulullah SAW :  لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد
Mafhumnya : Tiada solat bagi orang yang berjiran di masjid kecuali di masjid.

Walaupun hadis ini dihukum dhaif dan lemah oleh sebahagian besar ulama Muhaddisin, contohnya Imam Bukhari mengatakan di dalam jalur periwayatan hadis ini terdapat rawi yang lemah, maka beliau menghukum hadis ini dhaif, namun kita tidak sepatutnya menolak terus hadis ini. Hadis ini sepatutnya menjadi pemangkin motivasi kita untuk sentiasa solat berjemaah di masjid.

Cuba fikir antara 5x1=5 dan 5x27=135, yang mana satu yang kita inginkan? 5 merujuk kepada 5 kali solat dalam sehari, 1 merujuk kepada 1 pahala bagi orang yang solat bersendirian manakala 27 merujuk kepada 27 pahala bagi orang yang solat berjemaah. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW : Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Didalam hadis lain, Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang mendengar azan dengan jelas, dan dia sihat, lalu dia tidak solat di masjid, maka tiada solat baginya.

Perlu diketahui bahawa kelonggaran untuk tidak solat berjemaah di masjid hanyalah diberikan kepada mereka yang uzur, sakit atau mempunyai halangan yang sukar ditempuh sepanjang perjalanan ke masjid seperti hujan lebat, ribut petir, terdapat binatang buas di tengah jalan dan perkara yang sewaktu dengannya.  Semoga Allah SWT berkenan untuk memberi hidayah kepada kita. Sesungguhnya hidayah Allah itu sangat mahal harganya. Maka beruntunglah sesiapa yang mendapatnya.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Qasas ayat 56 :
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Akhir kata, kita marah orang KAFIR yang meruntuhkan MASJID, tetapi kita tidak marah DIRI KITA yang mengosongkan MASJID!! AYUH KE MASJID.. HIDUPKAN SOLAT JAMAAH..

Wallahu A’lam

Sorotan Huraian Kita Nasihat Agama Wasiat Iman oleh Ustaz Dato’ Mohd Mokktar Shafii
Kuliah Subuh 20 April 2011, Masjid Kolej Islam Malaya, Seksyen 17, Petaling Jaya
+ sebahagiannya di edit dan di nukil sendiri

Masjid Kolej Islam Malaya, mempunyai kubah yang unik


p/s Maaf kerana hadis yang di berikan tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana hadis-hadis tersebut didengari di dalam kuliah Subuh seperti yang dinyatakan. Cuma hadis yang ada disebut riwayat Bukhari dan Muslim itu insyaAllah sahih.



Dah dekat 2 minggu tak update blog. Sibuk la sangat. Haha. Actually, memang sibuk pun. Minggu lepas, ada exam Maths III dan kantoi. Soalan dia susah tahap petala langit ketujuh. Lepas keluar dewan frust menonggeng. Haha. Then, exam MUET pulak. Kali ni okey sikit. So-so la. Writing dapat tajuk “The most valuable thing in life is friendship.” Agak susah sebab tak banyak isi yang boleh di huraikan. Balik balik isi sama. Tapi aku bantai je karang. Ntah apa apa ntah yang aku merepek dalam essay tu. Lagi seminit nak habis masa, baru terhegeh hegeh nak buat conclusion. Bila invigilator cakap time’s up, aku bantai je tulis lagi. Peduli hapa sama dia. Haha. Bila dia datang nak kutip kertas, baru terkial kial nak ikat kertas. Haha. Nasib baik invigilator India tu sporting. Malam tu, balik rumah dan maçam-macam berlaku. And the rest is history. Eventually, hari ni baru dapat update blog sebab hari ni CUTI!! Haha. Tapi aku sorang je la cuti. Roomate aku yang lain semua ada kelas. Aku cuti sebab lecturer for the only class hari ni cuti. So, tak ada kelas la hari ni.

Aku teringat kepada satu ayat yang aku jumpa kat mana ntah. “When things are free, people always take it for granted.” Benda ni memang satu reality yang tak dapat disangkal lagi. Berlaku kat mana mana saja. Sebab tu abah aku yang tercinta selalu cakap, kalau nak beli barang kehendak, guna duit sendiri. Kalau nak beli barang keperluan, baru boleh guna duit abah. Barang kehendak dengan barang keperluan ni dua perkara yang berbeza. Kalau belajar Ekonomi Asas time SPM dulu, then you should be able to differentiate between them. Tak perlu pakai dy/dx atau pun f’(x). Ni bukan differentiation Calculus. Haha. Barang keperluan ni barang-barang yang diperlukan dalam hidup. Contoh, pakaian, makanan and so on. Barang kehendak ni pulak barang-barang luxury untuk menyempurnakan kehidupan. Kalau tak ada pun tak apa. For instance, Apple Iphone yang application banyak giler, laptop Intel Core i7 yang laju tahap gaban, kasut futsal Adidas Sala yang ringan, superbike Kawasaki Ninja, kereta Evolution Lancer, Astro Beyond dan TV HD, and et cetera. Abah selalu cakap, nak beli those things, pakai duit sendiri. Sebab kalau kita beli guna duit sendiri, kita akan lebih appreciate benda tu. Kita akan jaga dengan lebih teliti. Kalau kita dapat free, beli guna duit mak bapak, kita kurang appreciate benda tu. Eleh, kalau rosak, suruh mak ayah beli lain. Itu mentaliti yang tak bagus. Barang aku semua beli guna duit sendiri. Cewaah!! Tapi barang-barang aku bukan Apple Iphone, Intel Core i7 dan semua yang mahal giler tahap Menara KLCC la. Haha..

Apple Iphone 4 yang canggih harganya

Main game confirm best tapi kalau graphic card cikai tak guna jugak

Pakai kasut Sala ni rasa macam tak pakai kasut

Bawak motor ni pergi masjid. Haha.

Proton Inspira yang original

Perkara ni kalau nak diaplikasikan dalam Islam, pun sama. Contoh mudah. Kita orang Islam sebab dilahirkan dalam keluarga Islam. Keluar dari perut ibu, terus dengar azan. Lahir lahir dah Islam. So, kita tak rasa kesusahan dan kepayahan orang yang lahir lahir bukan Islam, family bukan Islam dan hidup dalam community yang bukan Islam untuk mendapat kekuatan memeluk Islam once hidayah Allah masuk dalam jiwa mereka. Cerita-cerita mengenai muallaf yang nak masuk Islam dan mendapat tentangan dari pelbagai pihak sering didengari. Ada yang baru masuk Islam, bila nak pergi solat Subuh kat masjid, kena halau dengan pak guard sebab ingat dia cina. Dan macam macam lagi cerita sedih + susah yang terpaksa depa hadapi. Sebab tu kadang-kadang, kita tengok mereka mereka lebih Islam daripada kita, yang dah Islam sejak lahir. Kita lahir-lahir dah Islam, so tak merasai betapa susahnya orang lain nak merasai nikmat Iman dan Islam. Kita dapat Islam for free, so kita take it for granted. Orang lain dapat Islam dengan air mata, darah dan keringat. Sebab tu mereka lebih Islam daripada kita.

WiFi free dekat Masjid Negeri Shah Alam ada

Contoh lain. Kita dapat oksigen tanpa bayaran. Well, sebenarnya kena bayar tapi bayar dengan ibadah dan syukur kepada Allah serta jauhi laranganNya. Cuma tak payah bayar dari segi materialistic. So, bila tak payah bayar, kita ambil mudah. Tidak taat kepada suruhan pemberi nikmat oksigen. Cuba Allah letak oksigen kat certain certain tempat je, contoh kat atas bukit. Baru berasap kepala kita nak pergi panjat bukit tiap-tiap hari. Baru tahu susah payah. Ingat Allah bagi semua nikmat ni FREE ke? Segala nikmat yang kita dapat, tak kira la nikmat udara, mata, telinga dan macam macam lagi, semua tu kena bayar. Bayar dengan ibadah, syukur, mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Tapi kita tak Nampak semua ni. Kita Nampak bayaran adalah dengan wang ringgit. So, bila dapat oksigen, mata, telinga for free, we always take it for granted.

Allah berfirman dalam Surah An-Nahl, ayat 18 :
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Wa khulasatul qaul, walaupun kita dapat things for free, jangan lah kita ambil mudah. Hargai benda itu sama seperti kita hargai benda yang kita peroleh dengan susah payah kita. Semoga kita mendapat hidayah daripada Allah SWT yang sangat mahal harganya..

p/s Good Luck to all my fellow friends that will sit for Computer I examination tonight. All the best!!

Thursday 7 April 2011

Sedih melihat ramai manusia yang masih leka dan alpa dengan kehidupan duniawi. Melangkah keluar dari alam persekolahan untuk melangkah masuk ke dunia kampus membuka minda aku, mendedahkan kepada aku reality sebenar dunia hari ini. Bermacam macam ragam manusia di temui. Masing-masing dengan background masing masing. Well, bukan semua yang lepasan sekolah agama. Ex-MRSM, SPB, SBPI,dan SMS bersepah disana sini membawa cara masing-masing. Tapi aku terkilan bila tengok budak-budak sekolah agama gagal dalam ujian disini, dan budak-budak sekolah biasa dan sekolah sains lebih terkehadapan dalam sudut keagamaan.

Tidak dinafikan di alam kampus masing-masing sibuk dengan tidur, study, kerja society dan segala macam kesibukan lain. Ada yang study giler2 sebab nak jaga pointer, ada yang sibuk berpersatuan giler2 sebab nak cari experience,  ada juga yang tgk movie giler2 pagi petang siang malam sebab minat sangat dengan actor/actress tu dan ada juga yang giler2 main bola jaring, futsal dan bola pagi petang siang malam (macam aku la, haha).  Masing2 punya hal, masing2 punya minat, suka hati la kan.

Kadang-kadang, rasa terkilan jugak tengok kawan-kawan study giler2 nak maintain pointer sampai meninggalkan solat berjemaah di masjid. Sedih. Well, study tu satu benda yang baik. Even, kita dihantar ke sini memang untuk study. Study juga satu ibadah jika kena dengan niat. Tapi apabila ia bertembung dengan keperluan untuk bertemu Allah, kita kena pilih ikut priority. Yang mana ibadah yang lebih utama? Aku selalu je tengok kawan2 start study lepas Maghrib, pastu bila azan Isya’ masih lg study, sayang nak tinggal sebab dah dalam mood study, pastu Isya’ entah pukul berapa. Kalau dah macam tu, start la study lepas Isya’. Memang tak salah solat lambat, tapi bukankah lebih baik kalau solat di awal waktu. Tambah2 lagi dah sah2 dengar azan, kena la tinggal semua kerja dan pergi solat.

Teringat hadis Rasulullah SAW yang berbunyi :  Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api" [Sahih Bukhari & Muslim]

Nabi kita sendiri mengancam nak bakar rumah orang yang tak pergi solat berjemaah di masjid, so nak cakap apa? Sedangkan sahabat Nabi, Abdullah bin Ummi Maktum yang buta pun Nabi suruh solat di masjid , apatah lagi kita yang celik boleh nampak macam2 kat dunia nie serta sihat walafiat boleh merangkak, berjalan dan berlari.

Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah: "Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk solat di rumah sahaja?." Rasulullah bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?" Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya." Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah" [Sahih Muslim]

Dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan, "Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah" [Sahih Muslim]

Banyak hadis-hadis yang menyuruh kita solat berjemaah di masjid. C’mon la kawan2, jangan asyik bagi alasan bila diajak ke masjid.

Yang aku lagi tak tahan ada yang tak pergi masjid sebab sedap sangat layan movie, drama or whatsoever yang sewaktu dengannya. Korea ada, Hollywood, Bollywood, Chinese, macam2 ada. Tengok movie tu dah satu hal, menghadap laptop 24/7 semata mata nak habiskan 20 siri drama, sampai bila azan, ajak solat, dia cakap, “Kejap la, nak habiskan episode nie.” Padahal ada lagi sejam nak habis. Lepas tu, solat nak campak kat mana? Aku hairan. Kadang-kadang ada yang mempunyai background agama yang baik, tapi aku kurang pasti apa sebabnya sehingga begitu sekali.

Sumpah aku cakap aku sedih bila tengok kat masjid, tak ramai budak2 sekolah ágama. Budak sekolah biasa + sekolah sains + sekolah Henry Gurney lagi ramai. Aku kagum dengan mereka2 yang sekolah biasa, tapi dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka ada dalam kehidupan seharian. Bukan nak merendah-rendahkan sekolah biasa or sekolah sains, tapi budak sekolah agama dah konfem belajar lagi detail secara formal pasal Islam, hukum hakam, halal haram.. Belajar secara langsung PSI, PQS.. Tapi bak kata cendikiawan, ilmu kalau kita tak amal, ibarat pohon tak berbuah. 

By the way, Nabi SAW tidak menggalakkan kaum wanit solat di masjid walaupun Nabi tidak menegah untuk merekan berbuat demikian. Dalam hal ini, para ulama berbahas panjang membincangkan keperluan wanita solat di masjid. Tapi aku malas nak taip semua tu. Hanya kaum lelaki yang disuruh untuk solat dimasjid.

Masjid dibina besar dan indah, tapi jemaah hampeh. Satu saff pun tak cukup biasanya.

 Daripada Ibnu Umar r.a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menegah para wanita keluar ke masjid-masjid, dan (sedangkan) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.”
(HR Ahmad & Abu Daud)

Aku selalu ingat pesan abah tercinta.. “Kita duduk kat mana sekalipun, kena pegang satu prinsip nie. Solat jangan ditinggalkan dan kalau boleh awalkan. Time belajar mungkin tak rasa lagi, tapi bila dah kerja memang terasa susah nak control. Kadang-kadang bila meeting, dari pukul 4 sampai 8 non-stop. Asar kat mana? Sebab tu kita kena tegas dengan prinsip kita. Jangan hidup bawah bayangan orang lain.”

Sampai disini sahaja luahan hati aku untuk diri aku sendiri dan juga kawan2. Moga bermanfaat. Kalau aku ada salah ape2 tegur je..


p/s Tak kisah dari mana sekalipun background kita, janji amalkan apa yang kita ada. Allah tak tengok dia nie dulu sekolah agama ke tak, dia nie anak ustaz ke tak, anak mufti ke tak, Allah hanya tengok amalan dan taqwa kita..
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!