Wednesday 20 April 2011

Baru bangun tidur. Actually, tak de la baru sangat. Dah dekat sejam jugak. Kejap lagi ada bola. Final Copa Del Rey. Kalau dalam bahasa Melayunya, Piala Raja Sepanyol. Barcelona vs Real Madrid. Live from Estadio Mestalla, Valencia, Spain saluran Astro Supersport 811 jam 3.55 am. El Grand Classico, sape tak nak tengok. Messi vs Ronaldo, Mourinho vs Guardiola. Pertembungan dua style permainan yang berbeza antara corak hantaran pendek dan control game serta corak larian pantas dan counter attack. Ceh, bajet tahu. Haha. Banyak benda yang dipelajari lepas main Football Manager + FIFA Manager. Haha.

El Grand Classico

Pertembungan dua bintang bola sepak terhebat di dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo

Pertembungan dua manager terhebat, Pep Guardiola dan Jose Mourinho

Tapi aku terfikir jugak. Aku ni susah nak bangun malam. Kalau nak bangun semata mata untuk tahajjud, memang minta maaf awal awal. Memang susah. Maksud aku bangun tengah malam. 2/3 malam. Pukul 3 or 4 pagi. Kalau bangun dah nak dekat sangat dengan Subuh tu, tak susah sangat. Tapi kalau bangun sebab nak tengok bola, senang je terjaga. Ibarat kalau bangun nak tengok bola, syaitan syaitan yang bergantung dekat birai mata tu cepat je blah. Tapi kalau bangun nak tahajjud, memang bergayut gayut syaitan kat situ. Heret mata supaya tutup balik. Dan aku percaya ramai orang lain yang satu spesies dengan aku. Korang tak payah tipu. Haha.

Ada orang melihat situasi ini sebagai satu perkembangan yang tidak bagus. Bangun time nak tengok bola je mamat tu. Kalau kejut bangun untuk solat, jangan harap! Tapi orang yang bijak tidak akan berfikiran sempit. Dia akan melihat perkara ini sebagai satu advantage untuk diri dia. Kalau nak bangun untuk tahajjud semata itu susah untuk diamalkan, apa salahnya time kita bangun untuk tengok bola, kita buat solat tahajjud dulu. Sebelum tengok bola. Ataupun selepas tengok bola if ada masa lagi. Belum Subuh. Dapat 2 in 1. Bola dapat tengok, pahala insyaAllah masuk akaun. Sekurang kurangnya, ada la jugak kita buat solat malam daripada tak buat langsung.

Namun, ada juga orang yang bangun malam untuk tengok bola tapi tak ambil peluang dapat bangun tu untuk solat sekali. Satu kerugian besar bos! Bila lagi kita nak solat malam? Nak harapkan hari-hari lain, ibarat bermimpi di siang hari la. Aku sedih melihat masih ramai lagi yang macam ni. Terserlah kejayaan musuh Islam khususnya Yahudi dan Nasrani (Kristian) dalam melalaikan umat Nabi Muhammad. Sedia maklum, mereka menggunakan beberapa elemen, seperti Sport, Sex, Fashion, Movie, Food et cetera. Yang lain aku tak ingat. Haha.


Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


Apapun, solat tahajjud atau solat malam itu sangat penting untuk perkembangan diri seorang Muslim. Mat saleh cakap spiritual development. Pembangunan rohani dan mental. Sesungguhnya kekuatan umat Islam terletak pada kuatnya bangun malam untuk berqiamullail.

Firman Allah SWT di dalam Al-Israa ayat 79 :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Akhir kalam, rasa terpanggil untuk menulis satu sms yang diterima daripada abang naqib aku, Abang Akram Abdullah, pelajar tahun 4 Manufacturing Engineering IIUM Gombak.

Di waktu hening malam,
Di waktu sepi sebarang bunyi,
Di waktu manusia di alam mimpi,
Bangunlah insan,
Sucikan badanmu dan pakaianmu,
Sujudlah menghadap keampunan Tuhan.

p/s Off tu UKC. Nak tengok bola. Haha.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!