Saturday 5 March 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta alam yang masih lagi memberi  kesempatan kepada kita, hambaNya untuk terus bernafas diatas alam ciptaanNya disamping masih lagi menikmati nikmat Iman dan Islam yang hanya diberikan kepada insan pilihanNya.

Besyukur kepada Allah kerana akhirnya, tercipta jua blog ini setelah sekian lama memendam cita-cita untuk memiliki blog sendiri dalam usaha untuk berjuang di jalan dakwah, menyeru manusia ke jalan kebaikan dan menghalang manusia dari jalan keburukan dan kesesatan seperti mana firmanNya di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 110 yang mana maksudnya :


“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

Di dalam ruangan entri pertama ini, saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ke Dunia Blogger kepada diri saya sendiri (sebab tak ada sesiapa yang nak ucap kepada saya). Semoga usaha dakwah terus berkembang maju dengan adanya laman blog ini.

Oh ya! Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa nama Secangkir Coffe di pilih menjadi nama blog idaman anda dan saya ini. Haha. Bagi yang tidak tahu, cangkir menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud cawan. Ya, cangkir itu cawan, cuma penggunaan cangkir dilihat lebih bersastera berbanding cawan. Almaklumlah saya ini peminat sastera Melayu.

Analogi untuk nama Secangkir Coffe bagi blog ini mudah saja. Begini, minuman coffe dilihat sebagai pengubat keletihan dan penahan mengantuk bagi mereka-meraka yang ingin stay up menelaah pelajaran, menyiapkan tugasan dan sebagainya. Bagi pelajar, minuman coffe adalah minuman yang pasti diinginkan tatkala jasad sudah keletihan tetapi hati masih lagi mahu berjaga. Namun, bagi mereka yang tidak memiliki Nescafe 3 in 1 atau sebagainya, persinggahan anda ke blog Secangkir Coffe ini InsyaAllah akan menghilangkan segala keletihan anda selepas penat belajar (nada poyo). Haha. Saya ingin melihat blog ini sebagai alternatif lain untuk menghilangkan keletihan dan rasa mengantuk. Justeru, nama Secangkir Coffe dipilih. Mudah-mudahan tulisan-tulisan saya disini mampu menghilangkan segala keletihan, kekusutan dan stress  anda para pembaca sekalian.

Mungkin cukup sampai disini saja pertemuan kita pada entri saya yang pertama ini. Sekadar sesi pengenalan saja yang mana kalau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Ice Breaking, manakala dalam Bahasa Arab disebut Ta’aruf.  Bak kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.

Salam ukhuwwah..

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!