Sunday 27 March 2011

Perasaan Luar Biasa

Pernahkah anda terasa sangat bersemangat untuk melakukan ibadah-ibadah sunat dan kerja-kerja dakwah pada suatu masa, tapi perasaan itu hilang dan digantikan dengan rasa malas untuk melakukan semua itu?

Situasi sukar ini mungkin perkara biasa yang pernah di alami oleh ramai orang. Aku sendiri selalu mengalami tekanan perasaan seperti itu. Entah mengapa perasaan cinta itu sering hadir menggangu ketenteraman hidup. Dan ia hadir sekali lagi untuk kali yang keberapa ratus entah. Kadang-kadang terasa rajin sangat nak baca Al-Quran, solat sunat dan sebagainya. Tapi, pada masa yang lain, terasa amat malas sekali untuk melakukan perkara yang baik itu.

Rajinkan diri membaca Al-Quran
Ya!! Bak kata orang, Nobody’s Perfect. Mungkin perkara itu adalah situasi biasa. Iman kita iman manusia, bukan seperti iman para Malaikat yang tidak pernah berkata ‘Tidak’ kepada perintah Allah dan tidak pernah berkata ‘Ya’ kepada laranganNya dulu, kini dan selamanya. Iman kita juga tidak seperti iman para Nabi dan Rasul. Orang-orang yang alim dan hebat juga mungkin ada ketikanya dia jatuh, samada zahir, batin mahupun  tersembunyi.

Namun, apa yang penting adalah usaha kita untuk bangun dari kejatuhan supaya ia tidak kekal abadi berpanjangan.  Penting bagi kita untuk bangkit menutup lubang-lubang hitam yang menjadi penyebab kejatuhan kita. Manusia perlu belajar dari kesilapan, belajar dari sejarah lampau yang hitam agar tidak lagi mengulangi perkara yang sama. Seorang tokoh pemikir pernah berkata, “Bangsa yang gagal adalah bangsa yang tidak melihat kembali sejarah di belakang mereka”.

Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis baginda.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)

Lihat, betapa pentingnya kita bangkit menutup lubang-lubang kejahatan yang dikorek oleh syaitan. Betapa pentingnya kita mengelak daripada terkena pepatah Melayu “Pisang berbuah dua kali” atau “Banana ripe two times”. Hahaha.

Kisah Handzalah RA

Usahkan kita, umat akhir zaman ini, sahabat Nabi sendiri pernah mengadu perkara yang sama. Kisahnya begini..

Suatu hari, seorang sahabat Nabi, Handzalah RA merasakan dirinya begitu munafik kerana apabila beliau berada bersama Rasulullah SAW, beliau berasa imannya sangat kuat. Beliau merasakan berada sangat hampir dengan Allah SWT dan sangat rajin untuk beribadah kepadaNya. Tetapi ketika beliau berada di rumah, bersama isteri dan keluarga, beliau merasakan berada jauh daripada Allah SWT, sering bergelak ketawa dan lalai mengingati Allah.

Lalu beliau datang berjumpa Saidina Abu Bakr As-Siddiq dan bertanya perihal tersebut. Once in a blue moon, Saidina Abu Bakr menangis. Handzalah hairan dan bertanya mengapa. Lalu, Saidina Abu Bakr berkata, “Aku juga merasakan perkara yang sama seperti mana engkau rasa. Aku risau diriku munafik”.

Lalu mereka berdua berjumpa Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudiannya bersabda : "Wahai Handzalah, seandainya kamu tetap seperti ketika bersamaku, maka pasti malaikat akan berjabat tangan denganmu di jalan-jalan, tetapi wahai Handzalah pelan-pelan (sedikit-sedikit)." Inilah fitrah, dan inilah kemanusiaan.

Berdoa Kepada Allah

Aku sering mengalami perkara sebegitu. Berapa kali aku nak cakap. Haha. Apabila diteliti, pelbagai factor menyumbang kepada kejatuhan yang hadir sekali sekala itu. Antaranya:

Berada berseorangan tanpa teman.
Berseorangan menyebabkan kita rasa bosan dan boring (sama la tu). Ketiadaan teman yang mendorong juga menyebabkan kita rasa malas untuk beribadah. Kadang-kadang, berseorangan juga menyebabkan kita rasa berani untuk melakukan maksiat. Sebab tak ada orang nampak. Even kita tahu Allah nampak. Justeru, penting bagi kita untuk mencari kawan-kawan yang baik, soleh dan mampu mendorong kita untuk mengerjakan amalan-amalan sunat disamping yang wajib. Dan hindarkan berada berseorangan di mana sahaja tak kira masa dan tempat. Tapi jangan couple pulak.

Jarang berdoa.
Fenomena ini juga popular di kalangan kita. Lepas solat, biasanya cepat je nak blah. Tak sempat nak berdoa dan berzikir. Walaupun berdoa bukan hanya selepas solat, tapi kalau lepas solat pun malas nak berdoa, what do we expect time lain? Lagi malas. Kalau yang ada hal nak cepat lepas solat tu cerita lain la.

Ketika aku terjatuh tadi, aku teringat satu doa yang amat baik untuk di amalkan. Jom baca!!!

‘Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami lisan yang lembut basah menyebut dan mengingati namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaan kepada perintahMu. Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.  Kami memohon kepadaMu ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kepada kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami. Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek daripada itu. Ameen Ya Rabb.’ 

That’s all for this time perhaps. Till then again, see ya !!

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!