Monday, 6 June 2011


Assalamualaikum..

Dah dekat 3 minggu tak update. Korang mesti tak sabar nak tunggu post baru aku kan. Haha. Kesibukan melanda diri ini. Tak dapat nak update tiap-tiap malam macam orang lain. Actually, aku baru je habis join Ta’aruf Programme sempena kemasukan student baru CFS IIUM. Join as a committee. Dan diletakkan dalam Biro Publicity & Protocol. Memang banyak pengalaman yang aku dapat. Banyak kenangan yang tercipta walaupun hanya dalam masa 2 minggu. 1 minggu Induction (yang tak paham apa maksud induction tu, its more like preparation la) dan 1 minggu lagi Ta’aruf Programme.

Tag nama

Masa mula-mula masuk dalam meeting untuk biro Publicity & Protocol, atau lebih mesra dengan panggilan Pub Pro, aku hanya kenal 3 orang je. First meeting kitorang kat LY 017, yang merupakan Operation Room (OR) kitorang sepanjang program. Orang cakap time tu muka aku serius giler dan aku pendiam. Pendiam la sangat. Tak kenal lagi tak tahu la. Haha. Mata ke atas, tangan di dada. Aku dah bagi first impression yang tak bagus. Lepas nie kena senyum sampai lenguh setiap kali jumpa orang yang tak kenal. Haha. Dalam biro Pub Pro nie, bos kitorang, Faizol pecahkan kepada 3 unit mengikut job scope Pub Pro. Unit Poster, Unit CFS Song dan Unit Usher. Aku masuk dalam Unit Poster. Masa brain storming untuk poster dan signage pun aku banyak senyap daripada bercakap. Sebab idea-idea aku semua orang lain dah bentangkan. So, aku pun tak tahu nak cakap apa. (Padahal tak ada idea pun, haha). Aku memang pendiam puuunnn.. Sekali lagi, mata ke atas, tangan di dada. 

Mata ke atas, tangan di dada.
OR kitorang.

Hari demi hari berlalu, gerak kerja pun berjalan mengikut peredaran matahari dan bulan. Bermula dengan brain storm, then kitorang start buat signage dan design poster. Aku membantu sekadar yang termampu je. Sebab tak pandai sangat bab-bab kreatif nie. Bila dah siap design , proses printing dan photocopy pula berlangsung. Kerja-kerja nie banyak dilakukan di OR II kitorang, kat STAD 2. Special thanks to 2 orang staff STAD, Abang Rizal aka Carlos dan Abg Mie aka Roy kerana banyak membantu kami. Jasamu dikenang!! Teringat kenangan kerja malam-malam buta di STAD demi nak siapkan jugak signage dan poster, sambil menyanyi CFS song ramai-ramai. Korang memang best Pub Pro.

 Then, kitorang start la tampal semua poster dan signage yang telah siap. Round satu CFS ramai-ramai sampai pukul 2 pagi. Tak pernah dibuat orang. Gurau-gurau gelak-gelak. Yela, tak kan nak buat kerja dengan muka ketat tension. Silap-silap aku pengsan kat situ jugak. Walaupun ada mulut-mulut yang mengata, peduli apa sama depa. Mulut orang kita tak boleh tutup.

Tampal poster tengah-tengah malam buta sambil makan biskut.

Bermulanya Ta’aruf Programme, bermula la tugas kitorang sebagai usher dan pengajar CFS song. 3 hari pertama, registration day memang menyeronokkan + memeritkan. Berpanas berhujan demi adik-adik baru. Cewahh!! Senyum sepanjang masa sampai nak tercabut rahang. Dan banyak memori indah ketika itu. Pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah parents yang sangat pentingkan keselesaan anak-anak mereka sangat ‘menyeronokkan’. Mata ke atas, tangan di dada.

Information Counter

Di apit oleh 2 orang bakal lawyer yang hebat.
Breakfast roti canai sama-sama di belanja oleh Dek Wan..

Selesai registration day, kitorang jadi pengajar CFS song pulak. Ajar student-student baru menyanyi dengan betul dan penuh semangat macam kitorang dulu, setahun yang lepas. Walaupun banyak halangan dan dugaan, namun kita dapat tempuhi jua semuanya. Mostly, student baru bagi kerjasa yang terbaik. Dan diorang menyanyi dengan penuh semangat semasa Welcoming & Baiah Ceremony depan Deputy Rector dan Dean walaupun ada masalah dengan muzik. Congratz!! You all the best!! Dan yang aku tak boleh lupa, malam jamuan. Aku, Muaz dan bos (Faizol) punyalah ingat ada sorang budak nie merajuk tak nak datang jamuan, sebab petang tu time meeting, kitorang berperang saudara sampai dia balik macam tu je, rupa-rupanya dia dah rancang gimik untuk bos. Memang terbaeekk!!

Abang Jehan ajar menyanyi
Budak-budak AED time CFS song.

Bos dan Muaz potong kek.
Tiramisu.. Wow!!

 Malam terakhir, sesi post mortem dan komentar. Sampai pukul 3 pagi. Aku pun dapat banyak komen. Thanks for the comments. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk memperbaiki diri. Akhir sekali, aku secara peribadi memohon maaf kalau ada TERsilap salah, TERkasar bahasa, TERgurau lebih2, TERmakan makanan korang, TER tak buat kerja dan apa2 sahaja yang sengaja, tak sengaja dan TERsengaja berkaitan dgn perbuatan, perkataan dan perasaan.. Bak kata orang, mungkin di luar nampak ok tapi dalam hati sape yang tahu... Peace no war!!! Juga minta maaf kepada sape2 yang banyak kena usik, kena sakat, banyak berperang saudara dengan aku. Baru hangpa tahu. Ingat aku pendiam sangat ka. Haha. Apapun, Family Pub Pro the best!!!
Drama sedih malam last.
Komen-komen yang aku dapat. Haha.

Family Publicity & Protocol
Brothers
Sisters

Last sekali..

Teman..
Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman,
Ingatlah aku selagi kau mampu..
Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina,
Ukirlah secebis ‘tentang aku’ dihatimu,
Agar nanti bersua kau masih mengingati diriku..
Mohon maaf atas segala silap dan salah..
Peace no war.. ^_^


4 comments:

  1. smg ukhuwah dlm pub pro terus hingga akhr hayat dan ukhuwh fillah..insyaALLAH..Syukran..

    ReplyDelete
  2. hahahah.. "budak nie".... ayat x boleh blah betul la.. hahaha.. pape pon thanks 4 evrything.. kaw bnyk tolong aku..n bnyk perang saudara ngan aku.. hahahah.. thanks bro!

    ReplyDelete
  3. -OR 2: STAD 2....
    -tu bukan cake tiramisu, tp choc moist kalau x silap.
    -saya punye picture yang di edit tu memang berlambak eh kat fb? aduiii...xpe2..thanks for posting

    ReplyDelete
  4. -bukan tiramisu eh?? xpe.. lain kali nak buat jamuan buat kek tiramisu plak... haha..

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!