Wednesday 30 January 2013


Assalamualaikum.

Berjumpa lagi. Nasib baik tak kena tunggu satu dua tiga empat lima enam bulan nak jumpa. Sekarang tengah rajin update blogpost. Haha. Kalau tak, tahun depan la plak kita jumpa kat sini. Haha.

Okey. Straight to the point. Sebenarnya aku tak ada niat pon nak buat post Petua Menghadapi Masalah Part II nie. Tapi tiba-tiba pagi tadi terfikir, ada dua petua lagi yang aku terlupa nak masukkan dalam post sebelum nie, dan petua nie sangat penting untuk diketahui. So, terpaksa la buat Part II. Nak tahu taka pa lagi dua petua yang sangat penting tu? Jeng jeng jeng….

Yang belum baca Part I, sila ke sini.

Solat

Allah SWT berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah ayat 153)



Allah dah berfirman dalam kitabNya yang agung, mohon lah pertolongan kepada Allah dengan solat. Buat lah solat sunat 2 rakaat apabila menghadapi masalah dan musibah. Pohonlah bantuan Allah. Sentiasa ingat. Walaupun kita keseorangan tiada siapa-siapa di dunia sekalipun, kita tetap ada Allah selama-lamanya.

Kalau kita tengok kepada contoh terbaik ikutan sepanjang zaman, Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat suka solat. Dan apabila dia mempunyai kesulitan, dia akan solat dan bersujud kepada Tuhan Yang Maha Agung.





Berkata para Sahabat RA: “Adalah Rasulullah SAW setiap kali menghadapi masalah rumit, baginda mengerjakan solat.”
(Riwayat Abu Dawud)

Siapa lagi yang patut kita contohi selain daripada role model terbaik sepanjang zaman?

Ucap “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un”

Firman Allah SWT, “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
(Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Setiap kali kita ditimpa masalah atau musibah, ucaplah “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un” yang bermaksud “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Itulah yang diajarkan di dalam al-Quran.




Kalau kita lihat, orang kita hanya akan sebut ayat nie bila mendengar berita kematian. Ya, memang betul, tapi janganlah sempitkan ayat nie hanya kepada berita kematian saja, sebaliknya luaskanlah penggunaannya mengikut apa yang telah diajar di dalam al-Quran. Insya ALLAH segala kesulitan kita akan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.



Setakat tu je dulu kot.

Sekian dulu dari meja pengarang. Heh.

Jumpa lagi bila-bila aku rajin menaip.

Rujukan Sirah Rasulullah:
Buku Riwayat Hidup Rasulullah SAW, karangan Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, terjemahan oleh Bey Arifin dan Yunus Ali Mudhar.


0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!