Sunday 3 February 2013


Assalamualaikum..

Puji-pujian bagi Allah, yang menghidupkan setelah mematikan kita, yang menciptakan pagi yang begitu indah untuk dinikmati dan direnungkan kebesaranNya.

Okey. Hari nie nak share sambungan Step Toward Happiness Part 1. Sape-sape yang belum baca part 1, sila klik sini.

Step toward happiness, langkah-langkah kearah kebahagiaan, ditulis oleh Dr Abdul Muhsin alQaasim di dalam kitab beliau. 4 langkah pertama yang aku dah tulis dalam part 1 adalah doa, menyembunyikan amalan, melihat kepada amalan-amalan orang-orang soleh dan meremahkan amalan dengan tujuan kita nak buat yang lebih baik.

Okey, next…



Takut amalan tak diterima

Kita, sebagai hamba yang lemah dan hina, mesti kena sentiasa rasa takut segala amalan yang kita buat tak diterima oleh tuan kita, supaya kita akan sentiasa rasa nak buat lagi dan nak buat yang lebih baik. Kenapa? Sebab kita nak masuk syurga kan.



Tidak terkesan dengan kata-kata orang lain

Pedulikan segala kata-kata orang lain yang tak suka kita buat amalan banyak-banyak. Diorang nie la syaitan yang bertopengkan manusia. Lagi bahaya daripada syaitan ori. “Mamat nie poyo la”, “Takde life la kau nie”, “Boring la hidup kau, jom la pegi lepak-lepak kat disko”, “Dia nie buat ibadah banyak-banyak, nak riak je”, dan bermacam-macam lagi kata-kata yang keluar dari mulut orang lain, kita pekakkan saja telinga. Buat apa nak kisah pasal apa orang nak cakap. Kita memang tak mampu nak shut up kan diorang. Lama-lama dah penat bercakap, nanti berhenti la semua kata-kata tu. Standard la manusia.

Kepada mereka yang suka berkata-kata tu, ingatlah bahawa lidah memainkan peranan penting dalam menentukan langkah kita samada ke syurga atau neraka.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.”
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Lihatlah, betapa lidah mampu menentukan nasib kamu di sana.



Mempercayai bahawa manusia tidak memiliki syurga mahupun neraka

Ya, memang manusia tidak memiliki keduanya. Ianya milik Allah. Dia yang berhak menentukan kita dapat masuk syurga atau neraka. Jadi, sentiasalah melakukan segala yang Allah dan RasulNya suruh, dan tinggalkan semua yang dilarang, supaya Allah memilih kita untuk masuk ke dalam syurgaNya, dan bukan ke neraka Jahannam. Nauzubillahi min zalik.

Ingat bahawa kita sorang-sorang dalam kubur

Bila kita dah meninggalkan dunia yang fana’ ini, alam seterusnya adalah alam barzakh. Dan kita akan duduk sorang-sorang je dalam kubur. Tak de sape dah yang boleh bantu kita. Bila malaikat datang tanya soalan, jawab la sendiri. Bagi mereka yang dah prepare awal, insyaAllah segalanya mudah. Tapi bagi mereka yang tak prepare apa-apa, berpeluh la di dalam sana.

Sama seperti peperiksaan. Final exam. Kita dapat soalan exam, jawab sendiri. No bincang-bincang. No diskas. No tengok-tengok orang sebelah. Kalau kita dah prepare, boleh la jawab. Kalau tak prepare, failed la jawabnya. Failed dalam exam kat dunia, boleh repeat dan lulus dengan cemerlang. Tapi kalau failed di alam sana, menyesal tak sudah la jawabnya. No more repeat.

Bila sudah meninggal dunia, orang putih cakap, RIP. Rest in peace. Betul ke kita rest in peace. Segalanya berantung kepada amalan kita selama kita diberi peluang di dunia. Hanya tiga perkara saja yang dapat membantu kita di sana, itu pun kalau kita dah persiapkan segalanya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : “Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)

Renung-renungkan lah. Ingat, hidup kita di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah semata-mata. Gunakan waktu sebaiknya, sebelum segalanya terlambat untuk disesali.

Step toward happiness, barat version. Tetap boleh diaplikasikan dalam hidup.


Semoga kita menemui kebahagiaan hidup yang dicari-cari.

Ameen ya Rabb.

Ketemu lagi di lain hari. Finish. Save. Publish.





0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!