Bismillah.
“For every minute you remain angry, you give up
sixty seconds of peace of mind”. – Ralph Waldo Emerson
Alhamdulillah. Sudah masuk 19 Ramadhan. Bulan yang mulia ini sudah hampir mahu berangkat pulang. Tetapi usaha kita untuk dapatkan promosi hebat sudah sampai tahap mana?
Alhamdulillah sekali lagi. Malam nie mendapat
rehat daripada berada di saf paling hadapan. Rehat daripada mengeluarkan suara.
Dan hanya mendengar suara di barisan belakang. Dan Tuhan bagi peluang untuk
merasai kemanisan berteraweh di Surau Sungai Pusu. Suasana yang begitu berbeza
berbanding di tempat-tempat lain. Tetapi akhirnya, di tolak juga ke hadapan dan
cuti rehat burn. Haha. Tak pe. Dalam segala sesuatu, ada hikmah tersembunyi.
Usai berteraweh, duduk bersila mendengar
perkongsian rohani daripada Bro Syarief.
Firman Allah ‘Azza wa jalla:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu
orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang
yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang
baik”. (Ali ‘Imraan ayat 133-134)
Allah Taala offer kita untuk mendapat keampunan dan dapat syurga
yang diceritakan seluas langit dan bumi. Dan siapa yang akan dapat syurga itu?
Ada beberapa kriteria utama yang Allah cerita dalam ayat tu, dan antaranya
adalah orang-orang yang menahan kemarahannya, dan memaafkan kesalahan orang
lain.
Bayangkan, ada orang rosakkan kereta kita. Kita rasa marah giler, dan tiba-tiba kita tak marah dia dan kita maafkan kesalahan dia.
Bayangkan, ada orang tumpahkan air nescafe atas buku yang paling
kita sayang. Perasaan marah meluap-luap. Tapi tiba-tiba kita telan kemarahan
tu, dan kita maafkan dia.
Bayangkan, ada orang provok kita, kita rasa nak lawan. Tapi
tiba-tiba kita diam, senyum dan blah.
Bayangkan, bayangkan dan bayangkan. Seribu satu kisah kemarahan
kita. Refleks. Di mana kita? Tergolong dalam kategori ini atau tak?
Susah nak jumpa orang yang tak pernah marah. Susah nak jumpa orang
yang sentiasa cool. Pada satu saat dalam hidup dia, mesti ada perasaan marah.
Adalah mustahil untuk kita tak ada perasaan marah. Tapi tidak mustahil untuk
kita tak pernah marah sesiapa. Telan. Simpan. Tahan. Dan akhirnya ia akan
hilang sendiri.
“Speak when you angry and you will make the best speech you will
ever regret”. – Ambrose Bierce
Indeed, it’s true. Bila kita marah, macam-macam akan keluar daripada
mulut. Out of control. Tapi bila kita tahan, pendam, kata-kata pon akan turut
terpendam. Hanya berlegar-legar dalam ruang fikiran. Tidak terluah.
Tuhan berfirman di dalam kalamNya:
“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah
nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di
sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi
orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; Dan
juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa
besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah
(disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya”.
(As-Syuraa ayat 36-37)
Tuhan sebut, apa yang ada di dunia ini hanyalah secebis nikmat
kehidupan. Tetapi, apa yang ada di sisi Allah jauh lebih baik. Dan siapa yang
layak mendapat kehidupan abadi yang jauh lebih istimewa itu? Orang-orang yang
apabila mereka marah, mereka memaafkan.
Rasulullah bersabda:
"Barang siapa yang dapat menahan marahnya sedangkan dia
dapat melepaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan segenap mahluk
pada hari kiamat. Setelah itu, Allah menyuruhnya memilih bidadari yang ia
kehendaki." (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad,
Al-Baihaqiy dan Abu Ya’la)
Bayangkan semua orang di dunia ini dapat
menahan marah, aman dunia.
Dan cuba bayangkan kita semasa tengah marah,
betapa buruknya.
Renung kembali. Muhasabah. Refleksi diri. Moga
Allah beri kekuatan untuk kita sentiasa menahan marah.
Syurga itu untuk orang yang pemarah tetapi dia
menahan marah dan memaafkan.
Moga syurga itu milik kita!
Jarang jumpe org yg cool and pasrah bila sumting happened.
ReplyDeleteBtw, nice entry :)