Saturday 9 July 2011

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID

Walaupun tua, tetap bersemangat

Aku hairan. Yang di Pertuan Agong dah bagi kebenaran buat perhimpunan BERSIH kat stadium. Pemimpin-pemimpin BERSIH dan pakatan Rakyat pon dah setuju buat kat stadium. Alih-alih tak dapat permit nak buat kat Stadium Merdeka. Ape jadahnya kerajaan? Polis pon satu hal lagi. Memang hampeh. Hampeh sehampeh hampehnya. Roadblock di mana-mana. Setiap susur nak masuk highway ada roadblock. Kot. 

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Depa kata BERSIH nie perhimpunan haram. Boleh menggugat keselamatan negara. Yang polis pi tembak gas pemedih mata tu tak menggugat keselamatan rakyat ke? Biarlah rakyat berhimpun dengan aman. Ape masalahnya. Haish.




Malaysia nie macam nak perang dah hari nie. Aku duduk dalam kem tentera. Bangun pagi nak pergi solat Subuh kat masjid, ayah aku pesan bawak wallet. Biase aku tak bawak. Takut-takut pengawal post guard nak cek. Semalam diorang buat announcement suruh semua anggota pergi ke pejabat. tengah-tengah malam tu. bawah perintah Ordinan Darurat. Apekah? Bila aku pergi masjid solat Subuh, lalu kat post guard, tengok anggota keselamatan tentera tengah bawak turun guni-guni yang biasanya jadi benteng peluru time perang tu. Lepas solat Subuh, nak balik rumah, tengok dah ada mesingan kat tempat tu. Gaya macam ada orang nak serang pangkalan tentera je. Apesal diorang gelabah semacam nie? BERSIH je pon. akut ape jadahnye.

Ayah aku cakap diorang nie takut sangat. Lepas tengok revolusi di Timur Tengah yang berjaya menjatuhkan beberapa buah kerajaan. Time BERSIH 2007 yang lepas, tak de la seteruk macam nie diorang punya provokasi. Haish.

Apepon, semoga berjaya kepada peserta-peserta BERSIH termasuk kakak aku. Aku pun nak pergi sebenarnya. tapi tak ada geng. Tak kan nak pergi sorang-sorang tak kenal sape-sape. Tak best pulak. Kakak aku pun pergi dengan geng GAMIS dia. Last-last duduk rumah je la. Tunggu versi 3.0 pulak. Harapnya dah tak ada versi seterusnya sebab pilihanraya dah adil. Semoga...


4 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim..
    betul..semoga pilihanraya lepas nh dh adil~~

    ReplyDelete
  2. yup...macam nak perang je diorang nie...

    ReplyDelete
  3. kalu ak tulih gini,tobak xleh sijil ngaji ak....

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!