Friday 8 June 2012


Assalamualaikum..

Dah lama tak hapdate blog nie. Malas bebenor. Tapi hari nie rasa lain macam. Perit tgk Malaysia seri 2-2 dengan Singapore dengan cara yang tak sepatutnya masih lagi belum hilang. Dah lead 2-0, tapi seri 2-2 di akhir-akhir permainan dengan batuan abang reff. Teringat balik time Malaysia kalah 3-2 dengan Bahrain lepas lead 2-0. Aku ada kat Stadium Bukit Jalil time tu wooooooo. Tapi rasanya yang nie lagi perit sebab reff punya pasal. Dah la lawan rival. Yang dulu tu memang Pak Arab naik syeikh. Nak buat macam mana.



By the way atau ringkasnya yg orang suka guna, BTW, game Malaysia malam nie memang tak berapa best bagi aku. Sebab most of the time in first half and second half, Singapore yg control ball. Singapore pon banyak dapat percubaan tapi Apek memang world class. Kelemahan Malaysia yg Nampak terlalu ketara adalah di bahagian midfield. Abang Kapten tak dapat generate bahagian tengah dengan baik walaupon dia dah buat gaya rambut yang ala-ala ape entah. Midfield terlalu lemah dari segi control ball. Maka dengan ini, midfield Singapore yang Berjaya conquer bahagian tengah. Kawan Abang Kapten, CikguSamy pulak aku macam tak berapa nampak dia walaupon lampu kat Stadium Jalan Besar tu dah mencapai piawaian international FIFA, 1200 lux (kot). Haha.




Walaupon Abang Kapten dapat skor gol dengan free kick, tapi takkan nak mengharapkan free kick je sepanjang masa. Gara-gara bahagian tengah tak generate dengan betul, maka duo striker kita tak dapat bola yang cantik untuk skor. Tak kurang jugak yg mengutuk striker jutawan Malaysia sebab tak skor, tapi bagi aku dia main okey je. First shot on target Malaysia lepas Singapore dah shoot brape banyak kali kat Apek adalah daripada rembatan Safee tapi berjaya ditepis. Mat Yo mungkin perlukan masa untuk perform sebab baru lepas injured.

Kehebatan Azamuddin Akil aka Alex memang tak dapat dinafikan dengan larian kencangnya serta kekuatan fizikalnya ala-ala Ribery dan memang dia membuktikan dengan gol pertamanya selepas gerakan cantiknya bersama striker jutawan. Manakala Sprinter Kunalan dan penggantinya Chanturu jugak tak menghampakan sangat. Di barisan defend pulak, Azmi Muslim agak mengecewakan dengan passing2 yang mengarut dan merepek yg mana kebanyakan passing nya sampai ke kaki pihak lawan. Gandingan Fadhli dan Aidil kekal mantap. Sementara itu, di sebelah kanan Bunyamin jugak selalu out position dan player Singapore selalu cross kat wing kiri diorang dan Bunyamin tiada di sana untuk cover. Walaubagaimanapon, tiada gol yang hadir dari bahagian beliau.

Namun, setelah Abang Askar Azmi Muslim cedera, Mahalli masuk tetapi dia tidak bermain di posisi kegemarannya sebaliknya menggantika posisi Azmi Muslim iaitu bek kiri. Nampak seperti dia agak sukar di situ, dan kemuncaknya adalah dia tiada ketika Singapore attack di minit-minit akhir permainan. Sebagai ganti, Abang Alex yg cover masa tu telah menjatuhkan player Singapore. Free kick diberikan dan Abang Buncit Singapore versi China merembat padu masuk ke gawang gol mengecewakan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak berdarah Eropah. Kerana rakyat Malaysia berdarah Eropah tak bukak pon Astro Arena sebaliknya tunggu Astro Supersport utk game Poland vs Greece sambil memejam mata membayangkan dan mengimpikan Malaysia mencipta sejarah layak ke Euro kerana hal ini tidak mustahil kerana Brazil telah membuktikannya dengan layak ke Euro. Haha.

Di depan gawang pula, Apek kekal steady untuk menjadi hero Malaya dengan menyelamatkan sebegitu banyak percubaan berbahaya player Singapore versi China, Brazil, Afrika serta lain2. Kemuncaknya adalah kehebatannya menyelamatkan penalty kontroversi namun gagal menepis sepakan free kick dalam kotak penalty yang juga kontroversi. Cerita kontroversinya begini. Apek didakwa bersalah di mahkamah Hong Kong oleh abang reff Hong Kong kerana menjatuhkan striker Singapore sedangkan dia berjaya menghalang bola dahulu sebelum player Singapore jatuh kat dia. Sepatutnya tiada penalty. Tetapi dia dengan jayanya menyelamatkan penalty. Maka suami Rita Rudaini celebrate kejayaan tu dengan gembira. Tetapi sebagai hadiahnya, dia diberi kad kuning. Dan free kick di dalam kotak diberikan. Dan gol. Tapi ada lagi satu versi yg mengatakan suami Rita Rudaini itu masuk ke dalam kotak semasa penalty di ambil maka dia layak utk dihadiahkan kad kuning. Entah lah yang mana betul.

Steady Raja

Tapi untuk menyadapkan hati aku, so game malam nie lebih baik daripada game lawan Filipina malam lepas aku exam last payyper Dynamics yg sangat susah di dalam dewan tapi sangat senang rupanya soalannya selepas keluar dewan hari tu. Yang mana game tu, kalau ditukarkan kpd game rugby, maka Malaysia menang 5-0 ke atas Singapore. Kerana striker jutawan, Mat Yo, Abang Kapten dan beberapa player lain gemar melakukan sepakan langit ala-ala Sergio Ramos di depan gol.



Sekian analisis merepek daripada aku yang tak tahu sangat pasal bola dan tak reti pon main bola. Main PES reti la. Boleh la nak belasah Barcelona 6-1 guna Real Madrid. Dengan syarat org yg guna Barcelona tu tak reti main PES. Haha. Jom gegar Stadium Shah Alam pulak. Untuk perlawanan 2nd leg Causeway Challenge Malaysia vs Singapore. Sukan terbaik hanya di stadium bukan di RTM.

Causeway Challenge aka Cabaran Tambak

Nie time Malaysia kalah 3-2 ngan Bahrain
Time nie lead 2-0 kot pastu kalah

Malaysia 0-0 Filipina
Bukan aku yg main. Haha.


Wassalam.

1 comment:

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!