Friday 27 July 2012


Bismillah.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..



Sudah lama tak menaip kat sini. Dek kesibukan yang melanda diri ini. Dalam kesibukan-kesibukan yang saban hari tak pernah pergi, kita sudah masuk hari yang ke 8 Ramadhan al-Mubarak. Sekejap sangat kan rasanya. Sudah berakhir satu minggu Ramadhan. Kini masuk minggu kedua. Namun adakah kita sering berfikir, apakah yang sudah aku lakukan dalam tempoh satu minggu Ramadhan kali ini? Adakah kita dah capai target kita?

Teringat kembali tazkirah yang disampaikan oleh Bro Amin Misran, krew LangitIlahi.com geng-geng Hilal Asyraf and the gang. Dia kata (dalam English tapi tak pe lah aku tolong translate haha), jika anda seorang pelajar Undergraduate, anda bukan sedang mengambil Degree anda sekarang. Jika anda seorang pelajar Postgraduate, anda bukan sedang menyiapkan kajian-kajian Master atau PhD anda. Sebaliknya, saya, anda dan kita semua sedang mendaftarkan diri di University of Ramadhan, mengambil Bachelor of Taqwa. Universiti nie adalah university yang paling berplrestij kat dunia nie. Kalah Oxford. Kalah Cambridge. Kalah Harvard. Kalah UIA. Nak jugak. Haha. Universit yang paling hebat, dengan semester yang paling pendek. Hanya 4 minggu. Dan di peghujungnya, kita akan grad dengan satu bachelor, satu ijazah, iaitu Bachelor of Taqwa. Tapi perlu diingat. Universiti nie berprestij, memang susah nak grad with honour. Ramai yang akan gagal di pertengahan jalan.



Jadi, renung-renungkanlah. Adakah kita mampu untuk graduate dengan scroll Bachelor of Taqwa. Bagaimana usaha kita setakat nie? Sekarang dah masuk second week. Adakah usaha kita dah cukup untuk lulus final exam dan graduate? Macam mana bacaan al-Quran kita? Macam mana solat berjemaah kita? Bagaimana puasa kita? Adakah kita sekadar puasa badan je? Macam mana dengan puasa hati, mata (sekali dengan spek mata), hidung, mulut, telinga, tangan, kaki? Macam mana muamalah seharian kita? Jom kita muhasabah balik. Pagi sabtu nie pon bukannya ada apa nak buat kan.

 Nabi SAW bersabda dalam satu hadis yang sangat femes dalam bulan Ramadhan nie : “Barangsiapa yang bangun (beribadah) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Peluang yang Allah nak bagi dalam Ramadhan nie bukan peluang yang sekangkang kera, tapi seluas langit dan bumi, seluas mata memandang. Memang rugi sangat kalau kita rasa Ramadhan nie macam tak da ape je. Kalau weekend tu tidur dari pagi sampai Zohor. Aku dulu macam tu jugak. Sama je. Tapi rasa nak berubah jugak. Takkan kita tak nak take a step forward kan. Berubah slow-slow pon okey. Pelan-pelan kayuh basikal. Lama-lama sampai jugak. Kan2.


Akhirnya, tanamlah dalam hati yang Ramadhan nie kita nak buat yang terbaik. Paling terbaik berbanding sebelum-sebelum nie. kalau tahun lepas bangun sahur 5 kali je, tahun nie azam la nak bangun tiap-tiap hari. Memang. Nampak sahur tu macam tak de ape je. Tak makan sahur pon tak pe. Alaaaa. Rilek ar. Aku tak sahur pon boleh tahan kot. Memang. Betul. Tapi jangan kita lupa bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda : "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." (Riwayat Bukhari & Muslim). Berkat tu yang paling penting. Sebab tu sahur penting . Nak dapat berkat.

Sekian jumpa lagi di lain hari.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!