Monday 30 July 2012


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik. Sudah masuk hari ke 11 Ramadhan. University of Ramadhan nak habis second week. Bagaimana dengan amalan kita? Al-Quran kita? Taraweh kita? Solat Jemaah kita? Moreh kita? Jom sama-sama kita muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan.

Sebelum terbang lebih jauh, aku nak ucapkan takziah kepada semua krew dan anak kapal MT Bunga Alpinia pada 26 Julai baru-baru nie. (Sape yang tak taw klik sini). Salah seorang anak kapal yang meninggal dunia adalah ex-student SBPI Rawang. Sahabat kepada sahabat aku, Muadz dan Hilmi. Bila baca post diorang kat facebook yang menggambarkan kesedihan diorang, sungguh, aku juga terasa kesedihannya. Terasa sebak di dada. Tapi semua tu telah tertulis di Luh Mahfuz. Si fulan bin si fulan akan meninggal dunia pada sekian-sekian. Dan jangan lupa. Tarikh untuk kita senidiri pon dah tertulis di sana. Dan bila direnung-renung kembali. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapNya? Andai hari ini kita ditakdirkan untuk di bawa pergi, di bawa pulang ke tempat asal kita, adakah kita sudah cukup ready? Persoalan yang aku tak nak jawapannya. Korang jawab kat diri korang sendiri. Aku jawab kat diri aku sendiri.

Okey. Tukar topik. Masuk topic asal. Hilangkan semua mood sedih. Yang pergi takkan kembali lagi. Cuma kita yang masih di sini, prepare la untuk menyusul ke sana. Okey. Kali nie aku just nak cerita pasal anak-anak yatim. Nabi SAW bersabda: Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak." Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)." (Bukhari)





Beruntung orang yang menjaga anak yatim. Baru-baru nie, aku ikut pergi program community service ke rumah anak-anak yatim kat Rawang. Program anjuran Engineering Students Society IIUM (ENGINIUS XVII). Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Program bermula seawal jam 9 pagi sebaiks aja kami tiba di sana. Kitorang dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan bawak anak-anak yatim ke surau berdekatan dan buat games, aktiviti dan video show kat diorang. lagi satu group stay kat rumah tu dan buat kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan rumah. Cat bilik. Tukar tikar getah. Kemas rumah. Dan lain-lain. Sekitar jam 6 petang, semua dah setel dan just get ready untuk iftar. Malamnya, lepas solat atraweh, ada satu slot bersama Imam Muda Fakhrul. Dia bagi nasihat untuk adik-adik. Untuk kitorang jugak. Dalam pukul 12 malam baru kitorang bertolak balik ke kampus.



Iskandar

Haikal




Letih memang letih. Penat memang penat. Tapi sebenarnya seronok sangat sebab dapat gembirakan mereka yang kekurangan kasih sayang. Hidup diorang tak macam kita. Yang complete semua. Sampai sekarang masih ada mak ayah papa mama ibu abah mummy daddy. Bila aku tanya kat diorang, kalau sabtu ahad macam nie buat apa biasanya? Diorang cakap tak buat pape pon. Boring. Diorang takda mak ayah untuk bermanja-manja. Sebab tu bila kitorang datang, adik-adik nie semua happy sangat-sangat. Alhamdulillah.

Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan aku bila tengok adik-adik nie semua happy. Dan di sebalik happy-happy mode, kitorang tetap adakan jugak slot tadarus dan tazkirah untuk balance balik dan ajak mereka tetap mengingati Allah. Rasa syukur sangat sebab program nie berjaya jugak disebalik kekangan waktu dan masalah yang timbul.

Imam Muda Fakhrul


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH!





0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!