Tuesday 17 May 2011

Hampir sebulan aku tak menjengah blog famous ni. Padahal idea sentiasa datang mencurah-curah. Tapi masa tak pernah mengizinkan aku nak menjenguk blog sape entah ni. Alhamdulillah, sekarang baru masa izinkan aku. Final exam pun dah lepas. Main tibai je jawab segala barai dalam exam hari tu. Especially, Maths III (Calculus). Susah punya pasal. Sampai seorang kawan yang jaga exam hari tu cakap, dia tengok muka aku tension je time jawab exam. Mana tak tension nya. Ilham tak datang. Haha. Setengah jam fikir pasal satu soalan tu je.  Okey, lupakan soal tu. Tengok status kawan-kawan kat facebook, ramai yang dah ucap goodbye kat UIA PJ. Mentang mentang hangpa dah habis, status macam dah tak nak datang UIA balik dah. Haha.

UIA PJ, tempat aku mengemis ilmu.
Soalan kawan-kawan
Aku teringat satu soalan dari seorang kawan. Long time no see friend. Tup tap tup tap kena campak kat UIA yang sama. |“Eh, aku nak tanya pendapat kau. Apa kau rasa kalau seorang perempuan tu pakai tudung on off, tapi dia baik.”| -Aku tak rasa pape pon. Haha. Tu jawapan nak me-maharaja lawak bodoh je. Dan banyak lagi statement yang sama tapi tak serupa macam soalan kawan aku tu yang aku jumpa kat alam maya, no matter kat facebook,  twitter, formspring, blog, myspace, friendster (Eh, tu zaman dulu la. Sekarang, sebelah mata pon orang dah tak pandang friendster tu. Haha). “Aku tak pakai tudung tapi hati baik. Orang yang pakai tudung pun buat maksiat.” “Tak boleh nak paksa-paksa pakai tudung. Tiada paksaan dalam agama.” Mak ai!!

Ada lagi satu soalan daripada seorang kawan lain. |”Kalau dalam election, ada seorang calon yang baik, yang memang buat kerja, tapi dia mewakili parti yang tak berapa baik (contoh mudah, BN, kalau korang tak setuju, tak pe. pandangan peribadi aku je) dan seorang lagi mewakili parti yang okay, tapi dia tak berapa bagus dalam leadership, kita nak pilih yang mana?”| Amboi, cepumas + cepuperak giler soalan ni. Time tu kitorang tengah discuss pasal poiltik Malaysia, dan aku defend parti pembangkang. Memang kena tembak soalan bertalu-talu la. Dah la tembak pakai sniper. Haha. Memang best! Actually, aku memang agak minat bab politik ni. Sorry la sape-sape yang tak minat. Politik best ape. Ramai orang cakap politics is dirty. Politics is not dirty, but people makes it dirty. And that kind of people is dirty. Not the politics. Any objection?

Definisi Baik
Kembali kepada soalan pertama, pakai tudung on off tapi baik giler. Well, kita kena tengok dulu apa definisi ‘baik’ dalam erti kata yang sebenar. Baik itu apa? Sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, dia baik. Beriman dengan Allah dan RasulNya tu macam mana? Buat semua yang Allah dan Rasul suruh, dan tinggal semua yang di larang. Sounds easy, tapi bukan senang nak praktikkan.  Contoh, kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.

Sebab Allah dah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Allah kata, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata. Maknanya tak boleh la nak pactise Islam tu secara juz’ie. Mana yang kita raa nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat, kita redah langgar je.  Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrace Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya. Kalau nak ikutkan, aku pun tak cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah tu. Dan kita kena ingat, Allah tengok usaha bukan natijah atau hasil.

Definisi ‘baik’ beserta dengan contoh semua ni aku petik daripada sebuah novel, Versus karya Hlovate muka surat 156-159 (kalau korang nak buat rujukan). Apa hangpa ingat novel-novel ni semua cerita pasal cinta cintun je. Aku tak layan la novel jenis macam tu. Actually, novel-novel Hlovate nie memang best. Banyak unsur-unsur agama yang boleh kita aplikasikan dalam hidup. Tak sia-sia baca. Bukan sekadar omong-omong kosong je. Gaya bahasa dia pun santai dan relax. Tak de la skema memanjang. Ceh, promote Hlovate lak. Haha.

Versus by Hlovate. Best giler.

Aku rasa definisi baik tu dah cukup untuk jawab soalan pertama tu. |“Tapi kalau kau kenal dia, kau akan rasa dia memang baik. Cuma tak de support dan pengaruh sekeliling je.” | Itu tugas kita untuk bagi full support kat dia, dakwah dia dengan penuh hikmah supaya dia ikut syariat Allah.  Slow talk dengan dia. Aku cakap, ramai orang non-Muslim yang baik, malah lebih baik daripada orang Islam sendiri misalnya. Orang Amerika or English, ramai giler yang perangai mereka lebih baik daripada sebahagian orang Islam (cakap macam ada pengalaman je). Tapi mereka tetap non-Muslim. Walau baik maçam mana sekalipun, kesudahannya tetap bukan di syurga yang diimpikan.

Soalan kedua

Dan aku rasa soalan kedua pun dah terjawab dengan definisi ‘baik’ versi Hlovate tu. Kalau pemimpin itu baik, tapi mewakili parti yang tak baik, dia tak cukup baik lagi. Mengapa mahu mewakili parti yang tak nak memperjuangkan Islam kalau dia betul-betul baik. Conoth mudahnya ada. ADUN tempat aku. DUN Paya Jaras. Wakil rakyat tu sangat baik. Sangat-sangat memahami konsep Islam, konsep حبل من الله  dan حبل من الناس. Dalam ucapannya, dia cakap tiap-tiap malam dia tidur pukul 3 pagi semata-mata nak pastikan semua masalah rakyat settle sebelum dia tidur. Pusat khidmat masyarakatnya on setiap hari. Dan setiap hari dia solat hajat. Tapi sayang sekali sebab dia mewakili parti yang tak nak memperjuangkan hukum-hukum Allah di atas bumi Malaysia ini, frankly speaking, parti BN.  So, kalau kita pilih dia sekalipun, impian untuk melihat hukum Allah tertegak di atas bumi kita yang tercinta ini tak akan tercapai juga. 

Aku teringat kata-kata Dato’ Hashim Yahaya, bekas mufti Wilayah Persekutuan di dalam sebuah fórum. Ketika diajukan soalan mengenai mengundi calon non-Muslim, beliau berkata, “Setiap parti mempunyai dasar dan hala tuju yang tersendiri. Parti BN dengan komponennya UMNO, MIC dan MCA mempunyai dasar dan hala tuju mereka. Parti PR dengan PAS, PKR dan DAP juga sama. Sebagai contoh, kalau seorang calon DAP menang, dia tak boleh buat ikut suka hati dia sebab dia terikat dengan dasar dan hala tuju parti dia, Pakatan Rakyat. So, kita pilih bukan berdasarkan faktor calon tu non-Muslim, tapi berdasarkan dasar dan hala tuju partinya yang baik.” Kalau calon Islam tapi partinya tak pernah berusaha nak kuatkuasakan negara Islam yang sebenar, apa gunanya!

Aku suka nak qoute beberapa ungkapan dalam novel  Versus Hlovate tu.
“Susahnya nak jadi baik”
“Change for good ain’t a crime”
“Allah tak tengok natijah, Allah tengok usaha”

Sekian..

p/s Kalau nak tahu apa pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman mengenai ‘tak pakai tudung tapi baik’, sila klik sini.


16 comments:

  1. Bravo bravo ! Tahniah sebab dapat kupoas isu tudung on off tu dengan begitu hebat sekali. Btw, ingat plak kau ayat aku ek. HAHA

    ReplyDelete
  2. syahida : tak igt sgt pon.. aku refer balik kat facebook.. haha..

    ReplyDelete
  3. kalau korang nak taw, abang axl yg hot tu la yg tanya soalan kedua tu.. haha..

    ReplyDelete
  4. abg axl mmg hot meletop-letop cm popcorn
    hahaha
    4 thumbs up

    ReplyDelete
  5. zuhdi : kalau ada button like, dah lama aku like.. haha..

    ReplyDelete
  6. Sila tontotn video ini...
    Pemimpin PAS sendiri yang tolak hudud ...
    Mana Islamnya PAS .....
    Negara Islam bukan Agenda Pakatan Rakyat...
    @http://www.youtube.com/watch?v=yFw4AZAWlUo

    Tukaq balik statement tue....ramai orang membacanya..

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
  7. Keris pusaka : Tak boleh nak tuduh yang PAS tolak hudud hanya dengan klip video selama 6 minit sahaja. Wawancara bersama Dr. Dzulkefly Ahmad pun banyak di cut. Video tu pun entah siapa yang buat. Takkan nak jadi macam trio Datuk T tuduh Anwar berzina dengan hanya klip video? Tiada fakta yang kukuh. Perangai apakah itu?

    Lagi satu, kalau Negara Islam bukan agenda Pakatan Rakyat, adakah negara Islam yang sebenar, bukan Islam Hadhari menjadi agenda barisan Nasional? BN dan memerintah Malaysia 50++ tahun, tapi belum lagi menjalankan pemerintahan Islam. Apa salahnya tukar bagi Pakatan Rakyat memerintah sepenggal. Tengok dulu apa yang Pakatan boleh buat. Ini sistem demokrasi. macam kt US. Biasa je kerajaan bertukar antara Republican dan Democratic. Kalau tak pernah kasi can, setiap kali PRU nak main tipu, main jahat, macam mana nak tahu prestasi PR? Perak yang tak sampai setahun pun PR perintah, BN dah rampas dengan cara jahat, macam mana Nizar nak buktikan kredibiliti dia? BN dah perintah Malaysia 50++ tahun, tapi masih tak dapat tunaikan sebahagian besar janji pilihanraya. Amacam??

    salam perjuangan..

    ReplyDelete
  8. Untuk pengetahuan saudara,video wawancara bersama Dr Dzulkefly Ahmad itu dibuat oleh TVPAS.com.Beliau sendiri menyanggah kata-kata sebilngan pemimpin pas yg menjanjikan hudud akan ditegakkan jika berjaya menawan putrajaya.Beliau juga berkata masih ada perkara yg lebih aula' atau utama dari hudud yang masih belum dpat dibuat.Bahkan hudud merupakan juzu; kecil dalam islam..tidak bermakna kerajaan sekarang tidak melaksanakan hudud ia tidak layak dinamakan negara islam. rujuk huraian Dr asri mengenai hudud dan negara islam di laman you tube.
    Perlaksanaan Islam dalam kerjaan telah terbukti sekian lama, cuma orang PAS saja buat x nampak
    rujuk link ini untuk bukti:

    http://www.mykmu.net/~mykmu/modules.php?name=News&file=print&sid=4081

    ReplyDelete
  9. betul. perlaksanaan islam dalam kerajaan memang ada, tidak dinafikan, dan itu kita sanjungi, tetapi pelaksanaan perkara yang bercanggah dengan Islam lebih banyak drpd pelaksanaan Islam. contohnya, judi, arak dan kelab malam berleluasa di negara kita. Jangan cakap ianya untuk non-Muslim, sebab ramai Muslim yg terlibat dengan benda nie. Bagaimana dgn kasino terbesar di Genting? Amalan riba dlm sistem perbankan tidak dihapuskan, rasuah utk pemberian tender projek2 pembinaan masih berleluasa, kalau tak hulur duit bawah meja, konfem x dpt, fitnah bersebaran dan disebarkan di muka hadapan akhbar2 utama, dan 1001 lagi masalah yg tidak selesai walaupun kerajaan telah memerintah lebih 50 tahun..

    bagaimana dgn nasib guru-guru KAFA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan kelolaan JAIS di negeri selangor? mengapa kerajaan BN sebelum ini menyekat dana kewangan untuk sekolah-sekolah agama?

    begitu juga dengan penipuan-penipuan di dalam pilihan raya? adakah penipuan dibenarkan di dalam islam? kalau kerajaan BN benar2 telus, melaksanakan islam, kenapa perlu menipu setiap kali pilihan raya? adakah kerajaan takut dgn kenyataan? adakah kerajaan takut kalah? sebab apabila kalah, pemimpin BN akan hilang semuanya. seperti Khir Toyo sekarang. wahai kerajaan BN, hadapilah PRU13 ini dengan adil, tanpa sebarang penipuan. tapi penipuan utk PRU13 telah lama dimulakan.

    check this out :
    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27630:pru-13-warga-asing-dapat-status-penduduk-tetap&catid=1:utama&Itemid=50
    https://inksensei.wordpress.com/2011/05/14/5254/
    http://www.malaysiawaves.com/2011/03/spr-sedang-mendaftar-pendatang-asing.html

    ReplyDelete
  10. Lupa, lagi satu, bagaimana dengan kelulusan judi bola menjelang Piala Dunia suatu masa dahulu? pemimpin Malaysia membenarkan judi? sedangkan Allah mengharamkan judi. Termaktub di dalam Al-Quran yg mulia secara jelas. Tak perlu nak rujuk mana2 pendapat ulama' utk membolehkan judi. semua sepaka haram!! Di manakah pelaksanaan islam di situ? Untuk pengetahuan, kalau tak tahu, kerajaan Pulau Pinang yg diterajui oleh seorang CINA, NON-MUSLIM, tidak meluluskan kegiatan judi bola tersebut di Pulau Pinang mengikut kuasanya sebagai KM. Kelantan tak payah cakaplah sbb memang dah 2 dekad haram judi. So, siapakah yg lebih islam dalam hal ini?

    ReplyDelete
  11. mengenai hal di Pulau Pinang, kerajaan DAP yg ada sekarang ini hanya bersandiwara sahaja,kononnya mengharamkan judi bola sepak, padahal mereka menghalalkan judi2 yg lain. Mereka berbuat demikian untuk memberi tamparan kepada kerajaan ketika itu berkemungkinan memberi lesen judi bola sepak ini, akhirnya kerajaan menarik balik arahan tersebut,alhamdulillah.Tetapi kerajaan P.Pinang,memberi lesen rumah urut, arak dan premis hiburan lebih banyak dari kerjaan BN seblum ini yang cuba menghadkannya pemberian lesen ini.
    Rujuk link ini
    http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/04/negeri-ditadbir-dap-sarang-penjudian.html
    Kerjaan PAS kedah dalam pilihanraya 2008 berjanji akan haramkan judi dan arak dijual di negeri kedah, tetapi apa dah jadi??adakah kerjaan PAS mengharamkan penjualannya??mereka juga menipu??Kerjaan kelantan baru2 nie sanggup buat stadium bolasepak drpd nak bina masjid mahupun sekolah yg hampir kesemua masjid dan sekolah di kelantan dibwah biaya kerajaan pusat. Guru KAFA dan sekolah agama juga diberi bantuan oleh kerajaan ,sapa kata x bagi???Cakap dengan fakta bukannya auta.Kalau kata kerajaan menipu dlm PRU x mungkin PR dapat tawan 5 negeri dalam PRU 2008 dahulu.itu menunjukkan SPR telus dalam tugasnya.Tiada kompromi dr mna2 pihak.Kerjaan selangor lagi teruk, kes curi pasir yg didalangi oleh kroni khalid ibrahim dan adun2 PR. Mengenai hal yg mengatakan BN cuba bawa masuk warga asing jadi pengundi itu lagi pembohong besar.Mereka memalsukan surat ketua umno bahagian hulu selangor dengan menggunakan logo dan alamat parti.Lepas tue nama ketua umno dalam surat itu pun salah ejaan..nampak sngat penipuan PR yg semakin dtolak rakyat
    rujuk:http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/05/surat-ketua-umno-bahagian-hulu-selangor.html

    ReplyDelete
  12. Betul ke kerajaan BN cuba mengehadkan lesen rumah urut, arak dan premis hiburan? Yang berlambak2 kat KL nie macam mana?? Kerajaan Kedah tak haramkan judi? Rujuk sini : http://www.khalidsamad.com/2010/05/kerajaan-pakatan-tidak-lulus-premis.html
    Kerajaan BN yg dh perintah 50 tahun lebih x boleh haramkan judi..
    Kerajaan kelantan nak bina stadium marah? kalau tak bina kata kerajaan tak support industri sukan negara. guna stadium buruk. pelik la aku dengan penyokong2 BN nie. kalau bina masjid banyak2 tapi jemaah dua tiga orang, tak guna bro. bazir duit je. baik tumpu kepada pembangunan rohani macam kerajaan kelantan buat. didik akhlak dulu. soal berjaya atau tak itu urusan Allah. usaha penting. kalau bina masjid besar2 macam masjid besi kat putrajaya, masjid kristal kat terengganu tapi jemaah habuk pun tarak, tak sampai satu saff pun, ape cer? dalam hadis pun dah sebut umat akhir zaman nie berlumba2 nak buat masjid besar2 tapi kosong.. isu kerajaan BN terengganu nak robohkan surau suatu masa dahulu tu macam mana? boleh tolong jelaskan tak?
    masjid dan sekolah di kelantan dibiayai Pusat? kalau dah tu memang tanggungjawab Pusat kpd semua negeri, mmg kena buat lah. kerajaan menipu dalam pilihanraya tu fakta lah. bukan auta. yang daftarkan rakyat asing sebagai pengundi tu adalah fakta. harap maklum. kalau dah kaunter bergerak sprm ada depan pejabat umno shah alam, pastu mat2 nepa dan bangla sorang2 beratur masuk dalam bas kaunter bergerak tu nak cakap apa lagi? mat nepal tu pun bila ditemuramah cakap benda sama. Check it out dalah harakah 2 bulan lepas. edisi online malas nak cari.

    C'mon la guys. Tu belum masuk cerita bas dari kl tiba2 ada kat kelantan time pilihanraya. dalam bas penuh penumpang, dan ada logo BN? cerita mcm nie tiap2 kali PRU ada la. tak payah nak dalih lagi. belum campur undi pos lagi. berapa ramai tentera2 yang kena paksa pangkah BN. bapak aku tentera, so tak payah nak berdalih la. belum masuk lagi cerita jumpa peti undi dibuang dlm sungai, kertas undi dijumpa dalam tong sampah majlis bandaran, dan seribu satu lagi macam penipuan. tapi semua nie tak masuk la dalam utusan malaysia anak angkat umno tu. berita harian pun tak de, semua akhbar2 utama yang dikawal oleh KDN mana nak keluar semua cerita nie. Kantoi la.
    Yang keluar ape? seribu satu macam fitnah, gambar video seks di front page, nak suruh anak-anak kecil terdedah kepada seks ke? macam tu ke?
    sila jawab!!
    pastu bukan dalam undang2 kalau sebarkan video lucah boleh ditangkap dan didakwa. ape cer trio T terutama bekas ketua menteri melaka tu tak ditangkap pun? menyebarkan bahan lucah kepada umum? kenapa tak ditangkap? banyak sangat la penipuan yang telah tersurat..

    ReplyDelete
  13. nie sebelum aku nak jawab pasal utusan malaysia...
    hg pi suruh anwar bersumpah dulu, tunjuk jam omega dlu , pi saman dato eskay dlu...psai apa dia tak bwat....dia takut...dah salah tak mau mengaku...video tue sah2 muka dia x mau mengaku, amerika dan korea kata video itu memang tulen pun dia kata konspirasi UMNO BN lagi...apacerita nie...jwab la..patut lar si saiful tue dakwa anwar sebab dah x tahan nafsu setan anwar nie..depan belakang sama sja...mcam nie ka nak jadi PM malaysia...nanti hal gay, lesbian ,zina dah jadi perkara plak biasa plak.Duk buat solat hajat tolak fitnah...last2 Allah buka aib hambanya yang x nak bertobat....buat lagi solat hajat....lagi byak pekung anwar yang akan terbongkar...
    Utusan malaysia mendedahkannya sebab rasa tanggungjawab terhadap rakyat malaysia bagi menyelamatkan rakyat dari terus ditipu anwar.
    tak kira la kecik besar ke...semua wajib tau hal ini....ini masa depan negara.
    Surat kabar pembangkang hari2 duk tabur fitnah kenapa kau tak bising....sebab kau x nak baca paper kerajaan...otak pun dah beku dan terima saja apa pembangkang duk bohong....
    Hang nie memang duk kena tipu ja..kesian aku tgok....apa yang harakah tulis tue tak benar sma sekali ....surat UMNO bahagian tue dah dipalsukan oleh Zuraida Kamarudin..ketua wanita PKR...nama dan kepala surat tue pun tidak sama dengan yang UMNO punya surat rasmi....nak tipu pun pada2 la...kan dah kantoi bodoh...hg pun sma kena tipu..baca nie...http://www.mykmu.net/?p=10529
    pasal undi POS aku nak tnya...bapak hg kena paksa ka..???kalau kena paksa awat x bwat laporan polis...saman kerajaan ka...setakat nie tak ada seorang pun anggota polis tau tentera berbuat demikian...kenapa??kalau x ada memang kerajaan x paksa pangkah kerajaan la....jangan nak tipu la...
    Khalid samad kata x bagi lesen...hahaha..sorang lagi kena tipu....padahal sekarang lagi byak lagi...kenapa PAS selangor tak hapus shj pemberian lsen judi arak nie...Kenapa x tutup shj Kilang Arak Paling Besar Kat Malaysia di selangor...PAS dlu kata nak tutup kalau berjaya jadi kerjaan ...kenapa sampai sekarang masih x tutup...malah bagi kebenaran upgrade lagi besar kilang tue...mana suara PAS..Mna Islam PAS...islam dekat mulut shj...Takbir2...rupanya Take beer shj...sengap dalam hal ini....Hassan Ali pun x berani bersuara...Khalid samad lagi hebat siap buat lawatan lagi...memang ini Islam PAS perjuangkan....Patut la PAS kata undi PAS masuk Syurga....undi BN haram syarie...undi PAS halal syarie...mana kitab PAS pkai nie...tak ada dalam kitab ulamak mna2 pun...kata mcam nie...Kitab ulamak pas mungkin byak....
    Kes Mat Sabu kena tangkap khalwat dulu pun PAS buat x nampak ja...apacerita.....Nik Aziz dah ampun ka...Memang sesat la mcam nie...
    SILA JAWAB...kalau dah taktau sgt....pi Pulau Melaka kelantan jumpa Nik Aziz minx Fatwa..

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!